Rate

BAB 1

Family Series 369

Sememangnya satu dugaan dan ujian yang sangat besar buat insan bernama. Saadiah yang baru sahaja setahun jagung untuk melangkah ke arah kehidupan yang lebih sempurna berlandaskan syariat Allah. Sebenarnya sudah lama Saadiah menyimpan hasrat untuk berubah ke arah yang lebih baik.Sejak di bangku sekolah menengah lagi dia merasakan dirinya sudah terlalu jauh dari Allah.Malahan dia merasa malu apabila terdengar ramai rakan-rakan sekolahnya telahpun mengkhatam kitab suci Al-quran sejak mereka di bangku sekolah rendah lagi. Masakan tidak malu,mengaji Al-quran pun merangkak-rangkak apatah pula mengkhatamnya lagi diejek orang adalah.

“Tidakkah mahu kau bersolat dahulu Saadiah ?” Tanya Salmah yang dari tadi sibuk membentang tikar sejadahnya di ruang kamar sebagai persiapannya untuk solat zohor yang baru sahaja menjengahkan sinarnya sebentar tadi.

“Aku laparlah. Tak bolehkah aku makan tengah hari dahulu, sudah sehari suntuk aku tak makan dek kerana kuliah yang tak bertangguh” Pinta Saadiah sedikit bercampur rasa tidak puas hatinyaterhadap Salmah teman sebiliknya di universiti ini.

“Banyak pula alasan kau ni Saadiah . Aku nasihatkan kau , untuk kebaikan kau. Berdosa kalau kau bertangguh solat ni. Mana yang lebih kau suka?Makan atau solat? Inilah zaman remaja sekarang, dunia sudah hampir tarikh luputnya.” Sindir Salmah.

Saadiah tidak bertangguh lagi.Dia terus meletakkan nasi goreng kampung yang baru sahaja dibungkusnya di kafe sebentar tadi di atas meja belajarnya.Bau aroma nasi goreng memang mengiurkan nafsu makan Saadiah serta membuat perutnya semakin kuat memberontak. Namun pantas Saadiah berlalu pergi untuk mengambil wuduk jika tidak berdosa pulak. Jangan di halang Salmah menyuruh untuk kebaikan nanti berdosa pula. Kena bakar dengan api neraka.

Buat sahaja apa yang di suruh Salmah. Bukankah dia bertudung labuh mesti dia mengetahui dengan lebih luas tentang hukum Allah jika dibandingkan dengan Saadiah yang hanya bertudung biasa malah sedikit liar pula.Nanti bermacam pula hukum yang Salmah keluarkan sampaikan rasanya tiadalah langsung harapan orang seperti Saadiah masuk ke syurga.

Pernah juga mereka bertikam lidah kerana aurat.Salmah yang terlihat Saadiah mengenakan pakaian yang agak ketat segera menegurnya dengan suara yang agak sinis.Salmah langsung tidak memikirkan perasaannya.Hampir seminggu Saadiah tidak menegur Salmah kerana hal demikian. Hatinya sakit.Mengapa begitu sukar sekali dia ingin berubah. Mengapa hidup ini seperti penjara. Tidak sekalipun Salmah menggambarkan keindahan syurga kepadanya malah hanya neraka dan dosa sahaja yang terpacul di mulut Salmah.

Tersengguk-sengguk Saadiah menghadiri ceramah agama yang berlangsung di masjid malam ini.Dia pergi bersama Salmah. Salmah beriya-iya mengajaknya, namun hatinya sedikit terkesan apabila melihat Salmah lebih memilih untuk berjalan dengan rakan-rakannya yang bertudung labuh sepertinya.Mereka saling bersalam-salaman dan bermesra-mesraan sesama mereka.Salmah pun orang terpenting dalam menguruskan hal-hal berkaitan ceramah agama atau apa-apa aktiviti sekalipun di masjid. Dan pastinya semua ahli-ahli biro masjid bertudung labuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience