Rate

BAB 2

Family Series 369

Saadiah ingin benar bersama mereka semua. Tentu ianyaakan membawanya lebih dekat kepada pencipta alam ini, kerana tentu ilmumereka lebih banyak berbanding dirinya. Tetapi dia sendiri disimbah perasaan malu yang menebal kerana siapalah dirinya untuk bersama mereka.Ya Allah, mengapa sukar benar mengejar cinta agungMu?Apabilabertanya kepada Salmah mengenai hal-hal agama pasti jawapannya rumit terutamanya mengenai solat-solat sunat.Terasa malas pula hendak melakukannya.

Malam mula melabuhkan tirai,menutup segala teriknyamentari serta bersembunyilah mega merah di kakia dibelinya menggunakan duit simpanannya terleka sehingga tidak sedar dirinya hampir melanggar sebatang tubuh kecil yang sedang berjalan bertentang arah dengannya.Saadiah melanggar sedikit bahu kanan gadis tersebut dan nyata gadis tersebut sedikit terkesima.Saadiah yang menyedarinya segera meminta maaf kepada gadis itu. Namun gadis yang bertudung labuh itu hanya tersenyum manis.Saadiah kenal benar gadis itu.Dia adalah rakan biro masjid bersama-sama Salmah.Saadiah pernah Nampak gadis itu berbual bersama Salmah. Gadis itutinggal di blok kediaman yang lain mungkin dia baru sahaja bertemu dengan Salmah.

“SayaSaadiah. Teman sekamar Salmah.Saya pernah terlihatsaudari bersama Salmah sebelum ini” Saadiah memulakan bicara.“Oh, saya Rabiatul Adawiyah. Selamat berkenalan.”Sambil tangannya dihulurkan tanda salam pertama untuk ukhwah yang baru
sahaja terjalin.

Saadiah sangat senang dengan perkenalan ini.Dia berasa
amat tertarik untuk mendekati Rabiatul Adawiyah.Oleh itu, pelbagai usahadilakukannya untuk sering bertemu Rabiatul Adawiyah antaranya mengikuti.Salmah ke masjid kerana dia tahu selalunya Rabiatul Adawiyah ada bersama.Jalinan yang baru ini nyata memberi sinar baharu buatSaadiah .Rabiatul Adawiyah tidak kedekut ilmu mahupun masa.Kata-kata Rabiatul Adawiyah tersangatlah berhikmah dan penuh dengan pengisian.Rabiatul Adawiyah telah banyak mengajar Saadiah mengenai kehidupan sebenar sebagai khalifah di muka bumi Allah ini.Hal ini sedikit sebanyak membawa perubahan yang sangat besar ke atas diri Saadiah .

Aurat mula dijaga dengan lebih sempurna, solat pulasemakin menjadi satu kesenangan, tidak pula kehidupan sebagai muslimah sejati dilihat merumitkan. Yang penting tinggalkan segala larangan Allah,buat segala suruhan Allah, itulah pesanan Rabiatul Adawiyah buat Saadiah yang kini teman setianya untuk solat berjemaah bersama di surau kecil kolej kediaman mereka sekiranya tidak sempat mengunjungi masjid.Surau itu tidaklah sebesar mana tapi cukup lengkap segala kemudahannya.Rabiatul Adawiyah merupakan pengunjung setianya pada waktu malam kerana sebelah pagi dan petang ramai pengunjungnya tetapi sesetengahnya kurang beradab.Mereka sering mengotorkannya.

Rabitul Adawiyah sering menyusun membersihkan surau tersebut setiap hari.Sedih rasanya apabila mengenang sesetengah orang yang langsung tidak menghormati kesucian surau dengan membuat onar di situ.Lepas itu lepas tangan.Namun Rabiatul Adawiyah tidak pernah merungut. Dia membersihkan surau tanpa mengharap sebarang balasan, kalau di masjid pun dia jugalah yang secara automatiknya akan terus menyapu bersih segala sampah sarap di situ lebih-lebih lagi di sudut bahagian muslimah. Tidak seperti sesetengah orang yang gagal menghargai kewujudan rumah Allah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience