Rate

BAB 4

Family Series 369

Sesekali Rabiatul Adawiyah mencubit peha Saadiah kerana cuba bermain tipu dengan mengerling ke arah Al-quran di hadapannya. Senyuman Rabiatul Adawiyah pada malam itu masih melekat di sanubarinya.Tersenyum Saadiah memikirkannya.Rindu benar dia pada sahabatnya itu.

Malam itu Saadiah pulang dengan hampa kerana bayangan sahabatnya itu langsung tidak muncul.Sesampai di kamarnya dia berasa sungguh sebak.Tidak dia menyangka Rabiatul Adawiyah sanggup membiarkan dia dengan penantian ini.Melihat keadaan sedemikian Salmah terus menenangkan Saadiah .Tetapi Saadiah terus dengan emosinya sehingga langsung tidak mempedulikan Salmah di sebelahnya.

Azan subuh berkumandang dengan sayupnya.Saadiah terasaseperti ada tangan yang memegang tubuhnya.Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati ianya adalah Rabiatul Adawiyah yang dirinduinya duduk di sisinya. Dia segera memeluk batang tubuh itu,sejuk benar tubuh ini barangkali pagi ini sedikit sejuk. Bau harum kasturi menusuk kalbu Saadiah untuk pertemuan ini. Wajah Rabiatul Adawiyah begitu berseri-seri sekali melebihi jika sebelum ini wajahnya yang cerah sentiasamenenangkan jiwa.
“Marilah solat subuh denganku.”

Saadiah bingkas bangun dari katil dan segera membersihkan diri.Dia mengambil wudhuk dan bergegas ke surau kerana Rabiatul Adawiyah menunggunya disana.Pelik. Tak pernah mereka solat subuh bersama apatah lagi Saadiah menjadi imam,barangkali Adawiyah rindu akannya. Bisik hati Saadiah dalam kegembiraan.


Usai solat subuh Rabiatul Adawiyah dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya tiba-tiba sahaja memeluk erat Saadiah tanpa dipinta.Saadiah membalasnya dengan rasa terharu.Dia tahu Adawiyah tidak pernah melupakannya.Malam itu, Saadiah seperti biasa ke surau untuk membuat amal sambil bertemu Rabiatul Adawiyah.Dia sedikit ceria.Namun wajah cerianya hanya bertahan seketika kerana tiadalah Rabiatul Adawiyah dilihatnya tetapi melihat Salmah serta rakan-rakannya yang bertudung labuh duduk di dalam bulatan di halaman tengah surau bersama seorang wanita tua.Salmah yang menyedari kehadiran Saadiah terus bangun dan memeluk Saadiah sambil menangis sekuatnya.Semua orang di situ turut mengalirkan air mata.
"Adawiyah Saadiah ... tuhan lebih sayangkan dia"
Saadiah terpaku seketika.Wanita tua yang ada bersama mereka menghulurkan sebuah kotak kecil dan Saadiah menyambutnya dengan tangan yang menggeletar. Dibukanya kotak itu dan di dalamnya terdapat sepucuk surat.Bersamanya tasbih berwarna hijau milik Rabiatul Adawiyah.ke hadapan sahabatku Saadiah.Semoga engkau sentiasa dilimpahi kasih sayang rahmat Allah.Aku ingin sekali bertemu denganmu melepaskan rindu namun aku tidak pasti kesempatannya wahai sahabatku. Saadiah janganlah kau bersedih di atas setiap bencana mahupun rintangan yang ditimpakan ke atasmu kerana sesungguhnya Allah bersama kita. Aku amat berbangga denganmu dan bersyukur dipertemukan dengan sahabat sepertimu Saadiah …aku sayang padamu dan segala memori bersamamu tidak akan aku lupakan..maafkan segala kesalahanku Saadiah . Maafkan aku jika pernah meninggalkanmu dalam kesusahan.Saadiah …jangan pernah kau berputus asa pada yang satu..akhir kata redhailah apa yang telah di putuskan Allah untuk kita semogaberjumpa lagi kau di syurga nan indah sahabatku sayang…..
Ukhwah fillah….teruskanlah berjuang mujahidahku.


Tubuh Saadiah tidak lagi mampu menahan kepiluan lantas
terduduk.Dia pasrah dengan pemergian sahabatnya.
Adawiyah baru sahaja pergi malam semalam akibat barah
otak.Dalam tangisan dia menggenggam tasbih milik Rabiatul Adawiyah.Dalam percaya atau tidak dia teringat solat subuhnya bersama Rabiatul Adawiyah hari ini.Mengapa kau hadir subuh tadi?Hanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepadaku? Aku redha dengan pemergianmu.
Saadiah merenung cat pada dinding surau yang mulai tertanggal. Mungkin surau ini rindu akan kehadiran insan bernama Rabiatul Adawiyah. Di jalan Allah persahabatan ini bukanlah milikku malah bukan jua milikmu,tetapi ianya perancangan dari Allah. Kita hanya mampu melabuhkan kasih bersama. Allahhuakhbar……..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience