“Ni apa Nasuha ? Jangan cakap kau tak kenal orang dalam gambar ni? Nilah
Datuk Fahrin yang kau bocorkan maklumat syarikat tu” ya,itu gambar aku
dengan Datuk Fahrin tapi tahukah mereka bahawa aku pergi belasah Datuk
Fahrin itu. Aku saksi kepada kejahatan kakakku sendiri.
“Tengok tu mak.Dia terdiam maknanya betullah tu”
Dan sekali lagi badanku ditolak. Dihentam tanpa belas kasihan. Tanpa emak
sendiri mengingati bahawa aku ini anak dia. Anak yang dianugerahkan ALLAH.
Sudah dua hari aku dikurung di dalam bilik stor ini tanpa diberi
makanan. Mujurlah emak masih memberikan aku air untuk terus hidup.
Perut aku sangat lapar. Ya ALLAH, dah dua hari aku tak solat.Malunya aku
pada Engkau Ya ALLAH.
Pintu aku ketuk kuat. Cuba untuk menarik perhatian orang di luar.
“Tolong! Aku nak solat. Mak, tolong Nasuha. Nasuha nak solat”laungku sekuat
mungkin. Namun tiada balasan.
Tiba-tiba semua jadi gelap. Aku panic.Black out ke?
“Rasakan Nasuha. Ni balasan sebab kau menjerit-jerit macam orang gila
tadi. Bingit telinga aku tahu?” itu suara akak.
“Akak, aku nak solat je. Tolonglah aku”
“Mak tak ada dekat sini jadi selamat merasai alam sengsara kau. Dan esok
malam kau takkan muncul di hadapan aku lagi buat selamanya. Kau akan
dijual Nasuha. I’m serious” lalu dia gelak.
Aku terdiam tak terkata.Kejamnya hati kau kak.Kita adik beradik sedarah
tapi sanggup kau buat aku macam ni?
“Fara bagi dia makan tak? Bagi! Sejahat-jahat dia pun,dia tetap anak
mak” bebel emak di dalam telefon. Zifarah muak.
“Mak ni, orang macam tu patut mati je. Tak payah biar hidup”
“Eh, kamu jangan nak macam-macam. Mati budak tu, mati kamu. Mak tak
sejahat-jahat manusia”
“Yalah” talian dimatikan. Emak takkan tahu punyalah. Aku jual minah
tu, aku dapat duit. Lepas tu, aku tipu mak yang budak tu lari ikut jantan.
Hahaha.
“Mana adik kau? Betul ni cantik?” tanya si hero cerita ini. Hero jahat
mula-mula,biasalah.
“Cantiklah. Kalau kau tengok, gerenti kau terliur” kata Zifarah
membayangkan adiknya akan kotor pada tangan pelanggan yang baru dikenali
ini.
Share this novel