BAB 1

Romance Completed 385

Aku. Aku adalah aku.Tak payah nak tahu. Cakap memang senang tapi apa
mereka tahu.Mereka tetap mahu fitnah aku. Fitnah aku menjatuhkan syarikat
abah aku. Jadinya, abah kau. Tiru trademark Zizan Raja Lawak. Seketika,aku
mengeluh.

Aku ini dah menjadi mangsa. Aku dipandang jijik oleh keluarga aku.

Pang! Sedas pipi aku kena pelempang dengan emak.

“Aku tak pernah lahirkan anak untuk jadi macam kau ni. Sanggup
membankrapkan syarikat abah kau sendiri.” Bahuku dipegang kuat lalu
digoncang-goncangkan.

Air mata aku yang jatuh berderai bagaikan angin yang lalu. Dipandang
sepi.“Mak, Nasuha tak buat mak. Demi ALLAH mak” benar ,aku
dianiaya.Benar-benar dianiaya. Aku dapat lihat satu-satunya kakak aku
sedang tersenyum mengejek. Ya ALLAH.

“Kau jangan guna nama ALLAH untuk tutup silap kau. Dasar manusia tak
syukur. Kalau aku tahu gini rupanya,aku pijak-pijak je masa kecil dulu.
Biar tak kenal bumi” luluh hatiku mendengar cacian emak. Hina sangatkah
aku hanya kerana aku beritahu pada emak yang kakaklah dalang sebenarnya.

“Mak, banyak kali dah Nasuha cakap ni semua kerja akak. Bukan kerja Nasuha ”

“Eh , kau jangan kurang ajar Nasuha. Apa kau ingat aku tak ada bukti kau buat
semua tu?” Zifarah mula gelabah kutu.

Aku senyum sinis. “Kalau betul kau ada bukti ,mana bukti kau kak?”

Giliran Zifarah pula tersengih sinis. Dia memeluk bahu emak. “Mak,bukti
tu ALLAH nampak kan mak?” Masha ALLAH! Sampai hati akak memfitnah aku
sehingga menggunakan nama ALLAH.

“Apa yang kau nak dalihkan lagi Nasuha? Dah terang lagi bersuluh.” Emak
berkata.

Ternyata emak lebih mempercayai kata-kata akak daripada aku.Padahal,aku
telah menggunakan nama ALLAH untuk menegakkan kebenaran. Aku benar YA ALLAH.

“Aku tetap tak puas hati kak. Mana bukti?” melengking suaraku.

Dia pandang aku tajam kemudiannya dia mencapai satu sampul surat yang
berisi apa entah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience