BAB 5

Romance Completed 385

Mataku mengekori langkah Zarith sambil makan dengan lahapnya. Makan
banyak-banyak and then, cabut.

“Apalah nak jadi dengan adik kamu tu Fara? Hati mak ni dah lembut sikit
pasal dia buat abah macam tu tapi kali ni, mak tak dapat nak maafkan dia
lagi” keras Puan Aira berkata.

Zifarah seronok kerana adiknya sekali lagi terkena. Padan kau Nasuha ! Rasakan.

“Dahlah mak, biarlah dia bahagia dengan cara hidup kotor dia tu. Dia yang
pilih”

“Yang mak pelik ni, macam mana dia boleh terlepas? Bukan kunci dekat kamu
ke?”

Tahu pula si Zifarah ni panic. “Hmm , Fara kan baik. Tak sampai hati nak
biarkan Nasuha lapar. Tu yang Fara buka pintu tapi tak sangka dia sanggup
lari. Siap tinggal surat bertaip segala”

Nampak sangatlah. Surat bertaip.Tipu benar kau ya Zifarah.

Melihatkan Puan Aira seperti sudah syak, Zifarah memainkan peranan
sebagai pelakon superstar. “Dahlah mak,jangan difikirkan lagi orang
macam Nasuha tu. Buat semak fikiran je.”

Puan Aira menggangguk. Nak, mak restu perjalanan kau walaupun kau jahat
nak. Kau tetap anak mak sampai ke syurga.Hati seorang ibu sudah
merestui. Hati seorang kakak tetap membenci.

Mamat ni percaya benar dekat aku ya? Siap tak kunci pintu. Taktik apalah?
Ah, yang penting aku dapat larikan diri.

Kejap! Aku cuba memunggah rumah mewah mamat ni. Cuba mencari selendang ke!
kain ke! yang boleh menutup rambut. Free je dosa aku dapat mamat tu tengok rambut aku tadi.

Yes jumpa. Selamat tinggal Aziq. Terima kasih kerana bagi aku makan nasi
sepinggan dengan air segelas.

Zarith sengih seorang-seorang. Kali ini, aku takkan lepaskan Nasuha lagi.
Takkan lagi seperti 10 tahun yang lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience