Rate

SAKA

Horror & Thriller Series 353

           **************

"Kan aku dah cakap! Kau tak boleh lari dari aku Haris. Aku tunggu kau selama ni. Kaulah satu-satunya manusia yang berani berkawan dengan aku. Mungkin sebab kau dapat lihat apa yang aku lihat. Dapat rasa apa itu kesunyian. Kau sentiasa temankan aku masa aku keseorangan Haris. Tapi kenapa selepas kau dah jumpa kawan baru, kau lupakan aku? Satu-satunya kawan baik kau sejak kecil! Kenapa Haris? Aku tak layak berada di samping kau ke?"

Marah lelaki berselubung hitam itu sambil mencengkam kolar baju Haris. Haris yang cuba menahan luka tetakan di kedua-dua bahu cuba melepaskan diri.

"Ayat kau tu buat aku jijik! Aku akan berkawan dengan sesiapa sahaja yang aku nak! Dan aku pasti, aku tak kenal kau! Dan aku takkan kenal kau! Kawan-kawan aku tak ada yang berperangai jahat macam kaulah"

Tengking Haris sekuat hati. Kolar baju ditarik lagi kuat. Haris mengumpulkan tenaga di genggaman kanan dan menumbuk kuat musuhnya. Tepat! Lelaki itu tersungkur ke lantai agak jauh dari Haris.

    Haris bangun secepatnya dan menendang dada musuhnya. Musuhnya kaku. Haris berlari ke pintu keluar. Sebaik tangannya memulas tombol pintu, satu suara kedengaran. Haris menoleh kebelakang.

"Joey...?"

Haris melihat Joey diikat di sebuah kerusi makan di tengah-tengah ruang tamu. Joey yang separa sedar memanggil namanya.

"Kau keluar dari sini, kawan kau akan hilang nyawa. Kau nak tengok kepala kawan kau putus ke?"

Lelaki yang di sangka tewas sebentar tadi tegak berdiri di sebelah Joey dengan kapak diletak dileher kawannya. Haris berhenti bergerak. Wajahnya pucat tatkala ketajaman kapak menghiris sedikit daging leher Joey.

"Jangan! Jangan apa-apakan kawan aku!"

Haris melangkah kehadapan. Matanya tertumpu kepada Joey.

"Sayang betul kau pada kawan kau ni. Kalaulah kau masih ingat aku, aku pasti kau akan tahu betapa sayangnya aku pada kawan baik aku seorang ni."

Lelaki itu seakan tersenyum melihat Haris semakin mendekat. Bulan yang menyinar dapat dilihat jelas di tingkap besar di tengah-tengah tangga yang menuju ke tingkat atas.

"Siapa kau yang sebenarnya? Apa yang kau nak?" Tanya Haris inginkan kepastian.

"Mari aku tunjukkan siapa aku yang sebenarnya!"

Joey ditolak ke tepi. Kerusinya jatuh ke lantai. Haris diterkam. Badannya dibiarkan terbaring di lantai berdekatan Joey yang tidak sedarkan diri. Lelaki bertopeng itu ketawa sinis. 

Akhirnya topengnya dibuka. Mata Haris terbuntang. Memori yang hilang bertubi-tubi menerpa masuk ke mindanya.

"Wong..? Bukan! Kau Firdaus?"

"Ye! Aku Firdaus. Aku tak sangka kau tak ingat aku langsung selama beberapa tahun ni. Aku tunggu kau balik semula ke tempat kita kemalangan dulu. Tapi kau tak datang. Aku dah serik menunggu kau dan janji kau Haris. Jadi, aku datang sendiri ke sini jumpa kau. Sekarang kau dah ingat apa yang berlaku sebelum kita kemalangan?"

Senyuman sinis di wajah Wong mengingatkan Haris pada Firdaus.

"Kenapa kau rasuk Wong? Wong tak ada kena mengena dengan masalah kita! Lepaskan dia!"

Haris cuba merampas kapak di tangan Wong. Mereka bergelut. Haris yang semakin lemah ditumpaskan dengan senang. Haris terhempas ke dinding selepas ditendang Wong.

"Kau tahu tak Haris? Wong menjadi kawan kau selepas aku hilang dalam ingatan kau. Aku cuba cari jalan untuk keluar dari tempat kita kemalangan tu. Akhirnya, aku jumpa Wong! Wong yang bodoh tak tahu aku bukan manusia seperti dia. Aku lembutkan hati dia dan aku rasuk dia secepat yang mungkin! Kau tahu kan asal usul aku Haris?"

                ********************

(Tiga tahun dahulu)
(Di padang)

"Fir, aku tak rasa apa yang kau buat sekarang ini akan bagi kesenangan pada kau. Aku takut benda yang kau ambik ni akan makan diri kau sendiri atau keturunan kau! Baik kau buang saka tu jauh-jauh."

Haris yang baru sahaja melepasi peperiksaan SPM menasihati kawan baiknya supaya pulang ke jalan yang betul. Firdaus mengeluh berat.

"Aku tahu apa yang aku buat sekarang ni salah. Tapi takkan aku nak biarkan saka ni tak bertuan. Dia akan jadi ganas kalau tak ada yang ambil dia. Ayah aku baru meninggal. Jadi sebagai anak yang sulung, aku kena ambil tanggungjawab ni. Aku taknak adik beradik aku yang lain menjadi mangsa."

Firdaus tunduk menatap rumput di kawasan padang di kampungnya. Haris menepuk lembut belakang kawannya.

"Fir, aku kenal kau sejak darjah satu. Bahkan kita satu kampung. Aku taknak kau tanggung benda mengarut ni. Baik kau buang saka keturunan kau ni jauh-jauh. Nanti aku tanya pakcik aku pasal hal ni. Yang penting, kau tak sekongkol dengan syaitan durjana yang datuk kau bela tu." tambah Haris lagi.

"Okaylah. Kau mesej aku nanti ya. Aku balik dulu." Firdaus berlalu dari situ.

Semasa Firdaus melepasi sebuah pokok beringin rendang yang ada di sebelah kanan padang itu, Haris dapat melihat satu lembaga hitam besar merenungnya dengan pandangan bengis. Haris terbangun sendiri.

Angin menderu di sekitar kawasan yang kosong itu. Satu suara hinggap ditelinga Haris yang masih terpaku.

"Tak semudah itu kau nak singkirkan aku manusia!"

Tengkingan di telinga Haris membuatkan badannya terketar-ketar. Suasana yang panas menjadi sejuk. Di mata Haris, lembaga itu sedang cuba membunuhnya dengan mencengkam lehernya kuat. Dia seperti terapung dan nafasnya sesak.

"Haris!"

Satu tepukan dibahu kanan mengejutkan Haris membuatkannya tersedar dari bayangan. Semangat Haris dikembalikan. Haris tercungap-cungap. Serta-merta badannya terduduk di tanah.

"Allahuakbar! Haris, baca al-fatihah nak. Lepas tu, baca ayat Kursi. Biar diri Haris dilindungi oleh Allah S.W.T. Mengucap Haris..."

"Apa tadi tu pakcik? Benda tu nak cekik Haris." Tanya Haris dengan wajah pucat.

"Tak ada apa-apa. Jom balik."

Jamal tiba di tepi anak buahnya itu tepat pada waktunya. Azan maghrib berkumandang. Jamal membawa Haris pulang ke rumah. Haris demam selama beberapa hari. Janjinya ingin menelefon Firdaus terbantut. Firdaus yang tinggal di hujung kampung bersama keluarganya seringkali disalah erti oleh masyarakat kampung. Hanya kerana arwah ayahnya mempunyai saka keturunan.

Arwah datuk Firdaus menurunkan saka miliknya yang asal dari indonesia kepada ayahnya. Ayah Firdaus adalah anak tunggal. Jadi, pada ayahnya sahaja datuknya harapkan.

Firdaus anak yang rajin. Dan sangat menghormati keluarganya terutama ayahnya. Biarpun ayahnya sangat garang, tetapi ayahnya sangat bertanggungjawab.

Disebabkan itu, Firdaus menerima amanat ayahnya untuk menjaga saka keturunannya selama Firdaus hidup. Saka itu harus dijaga kerana perjanjian nenek moyangnya yang dimeterai dahulu kala.

(Selepas seminggu)

"Maaf Firdaus sebab tak datang jumpa kau beberapa hari ni. Aku tak sihat. Kau dengan keluarga kau macammana? Okay tak?"

Haris datang menemui Firdaus seorang diri di tepi sungai. Entah kenapa dia menerima mesej dari Firdaus supaya menemuinya di situ.

"Tak apa. Aku faham. Siapalah aku ni nak berkawan dengan kau anak orang kaya."

Sindiran dari Firdaus membuatkan Haris sedikit pelik.

"Kau ni kenapa? Aku dah minta maaf kan. Janganlah macam ni. Aku janji kalau aku ada rahsia nak bagitahu kau, aku cepat-cepat mesej atau call kau okay? Kau merajuk ke? Macam perempuan."

Haris cuba memujuk Firdaus yang sememangnya sensitif sedikit berbanding remaja lelaki lain. Haris ketawa kecil melihat wajah Firdaus yang kemerahan.

Firdaus yang berketurunan indonesia dan Siam menoleh sedikit melihat wajah kawan baiknya. Di matanya tergambar perasaan sayu. Dia cuba menyampaikan sesuatu melalui matanya. Haris semakin hairan dengan tingkah laku Firdaus sejak ayahnya meninggal dunia.

"Haris, kau janji akan bersama dengan aku masa aku susah dan juga senang? Kau janji akan jadi kawan aku sampai bila-bila?"

Firdaus menunjukkan jari halusnya kepada Haris. Haris ketawa dengan karenah Firdaus.

"Kau ni ada-ada jelah. Ye aku janji! Dahlah! Kalau kau tak ada apa-apa yang nak diberitahu, aku balik dulu. Banyak kerja kat kedai yang aku kena selesaikan. Kau kalau nak duit, datanglah kerja kat kedai ayah aku tu. Tolong sikit-sikit pun dapat juga upah. Boleh tolong keluarga kau."

Haris memberi cadangan kepada Firdaus. Jika ayahnya membei izin, dia ingin menolong keluarga Firdaus yang daif. Biarpun hanya sekampit beras.

"Tak apalah Haris. Duit arwah ayah aku ada lagi. Kau jangan risau. Tapi kau janji tau! Kau kena berkawan dengan aku sampai hujung nyawa kau."

"Kau ni mengarutlah. Pergilah balik. Nanti mak kau risau pula. Aku dengar kau gaduh dengan mak kau semalam." pujuk Haris pula.

Firdaus bangun dan melangkah meninggalkan Haris seorang diri. Haris mengambil ranting kayu dan menepuk-nepuk permukaan air sungai beberapa kali. Dia tidak menghiraukan kawasan semak disekelilingnya.

Angin sejuk datang lagi. Suasana tenang bertukar bising. Air sungai yang berada di tepi hutan simpan itu sedikit berkocak.

"Kenapa ni?"

Haris bangun mendadak. Dia mulai rasa seram sejuk. Bulu romanya meremang. Dia cepat-cepat meninggalkan kawasan sungai itu.

Ketika kaki menapak di jalan berbatu, Haris dapat melihat makhluk yang ditemuinya seminggu yang lepas sedang berdiri tegak sambil merenungnya. Senyuman di wajah yang terkoyak dan berulatnya membuat Haris gerun. Haris pergi dari situ.

(Bersambung)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience