BAB 2 - P365 - RAHSIA

Romance Completed 238060

Sofie menyelak helaian Al-quran. Surah Al-Baqarah, ayat 255 dibaca... Terkumat-kamit mulut Sofie membaca pengertian dari ayat ini yang berbunyi...

"Allah swt menjanjikan kesembuhan dan ketenangan hati jika kita mengamalkannya. Selain itu, ayat ini juga memiliki keutamaan dapat memelihara kita dari kejahatan, keburukan hingga penyakit."

Sofie turut menyelak helaian Al-Quran, mencari ayat 250 dari surah yang sama, yang memberi pengertian...

"Saat resah dan gelisah, kamu bisa menenangkan hati dengan membaca ayat ini..."

Selesai mengaji beberapa helai muka surat Al-Quran, Sofie menyimpan Al-Quran dan menanggalkan telekungnya sebelum meletakkan di tempat yang sepatutnya sebelum berbaring.

Terasa ketenangannya waktu ini... Moga Sofie bangun dengan perasaan tenang dan kisah hari ini perlu dilupakan jauh menghilang... Yang muncul nanti, Sofie yang baru dengan azam yang baru... In shaa Allah... Sofie melelapkan mata selepas doa tidur dibaca...

**********************

"Sofie... Awal bangun hari ni?"

"Biasa je babah... Sofie memang selalu bangun awal..."

"Babah, jemput minum... Sofie ada masakkan babah nasi lemak dengan sambal ikan bilis petai..."

"Terima kasih Sofie... Sofie tahu kesukaan babahkan...?"

"Takde apa babah... Biasalah... Anak mesti ingat kesukaan orang tua mereka, kan?"

"Yelah tu! Kau nak bodek babahkan? Macamlah aku tak tahu." Suara ibu yang tiba-tiba menerjah ke telinga Sofie.

"Apa lagi awak ni, Kamariah? Tak ingat amaran saya malam tadi? Awak nak saya pecahkan semuanya ke?"

"Apa awak ni, bang? Saya cakap sikit je, awak nak marah. Awak kenapa, buang tabiat ke?" Sofie hanya mampu menundukkan kepalanya waktu ini. Tak mahu bertentang mata dengan ibu bapanya.

"Kalau saya buang tabiatpun, saya buang tabiat sebab awak je... Kalau saya matipun, saya akan tarik awak sekali Kamariah."

"Awak nak mati, nak bawak saya pulak. Kenapa? Nak mati mati sorang jelah!"

"Eloklah tu! Tunjuk kat anak awak betapa kurang ajarnya awak! Tunjuk perangai awak yang memang dari dulu membodohkan saya... Dari awal kahwin, sampai dah ada 3 anak... Memang awak membodohkan saya... Jangan ingat saya tak tahu rahsia awak, Kamariah!"

"A...Apa yang awak merepek ni bang...?" Ketakutan mula menerjah diri.

"Babah... Ibu... Sudahlah... Tak baik bergaduh depan rezeki!"

Pang!

Satu tamparan kuat dari ibu membuatkan kepala Sofie berdesing... Berpinar mata Sofie...

"Sofie!" Terjerit kecil babah melihat Sofie hampir terjatun akibat tamparan kuat Kamariah.

Pang!

"Argh!" Puan Kamariah terduduk akibat tamparan dari Encik Shaiful.

"Abang! Berani abang tampar saya, bang!"

"Kau... Berani kau tampar Sofie! Berani kau! Kau ingat Kamariah... Aku takkan biarkan kau sesuka hati nak seksa anak aku... Sofie..."

"Sebab budak sial ni, abang tampar saya! Hah! Awak tampar saya, Shaiful!"

"Ya... Aku tampar kau sebab Sofie! Aku cukup lama bertahan dengan kau! Aku cukup bersabar dengan kau... Selama ini, aku bertahan sebab anak-anak.. Tapi..."

"Babah! Ibu!"

"Along..." Sofie menerpa ke arah Syamil yang baru tiba dari lapangan terbang. Tubuh Sofie dipeluk erat. Syamil kesal... Sepatutnya, kepulangannya kali ini membawa kebahagiaan dan sekaligus melepaskan rindu. Tapi sayang... Ini yang terpaksa dia hadap...

Sementara itu, Sofie masih menangis dalam dakapan Syamil. Jelas kelihatan kesan tamparan ibu di pipi mulus adiknya yang berkulit cerah.

"Eh, Syamil... Bila sampai... Mari, nak... Ibu dah masak untuk Syamil..."

"Sejak bila awak rajin buat sarapan dalam rumah ni...? Awak tahu merintah je... Sofia yang masak, bukan awak..." Puan Kamariah menjeling tajam ke arah Enck Shaiful.

"Mana anak manja awak? Pukul berapa nak bangun? Nak tunggu matahari terpacak atas kepala, baru nak bangun!"

"Awak ni tak habis-habis nak cari masalah dengan si Syifa, kenapa?"

"Dasar pendek akal! Belajar tak pandai! Menipu! Pemalas! Sesuailah dengan awak! Tak tahu bersyukur!"

"Apa awak ni, Shaiful? Awak jangan nak cari masalah dengan saya."

"Saya? Saya cari masalah? Yang awak belasah Sofie sampai separuh nyawa, awak tak cari masalah! Si Syifa menipu belajar, ponteng kelas... Habiskan duit dengan berfoya-foya... Awak taknak ambik tahu... Si Sofie ni juga jadi mangsa awak... Awak nak cakap apa? Jawablah?"

"Sebab budak ni bawak sial!"

Pang! Sekali lagi satu tamparan hinggap di pipi Puan Kamariah.

"Awak... Shaiful... Berani awak tampar saya sebab budak sial ni...?"

"Saya takkan izinkan awak siksa Sofie lagi... Saya takkan benarkan awak pukul Sofie sesuka hati awak... Jangan sampai saya pukul Syifa pulak. Baru awak tahu!"

"Jangan nak usik anak saya!"

"Ibu... Sofie bukan anak ibu ke?"

"Bukan! Kau anak sial! Kau anak yang membawa malang dalam hidup aku!"

"Anak yang awak kata anak sial nilah yang jadi kuli batak awak dan Syifa selama ini! Awak siksa Sofie... Awak pukul dia, awak libas badan Sofie sampai berparut! Binatang pun tahu sayang anak tau!" Babah menarik tangan Sofie, lalu ditarik ke atas baju t-shirt yang tersarung di tubuh Sofie.

"Tengok ni! Ini kerja awak, kan?"

"Ibu... Betul ke semua ni?" Soal Syamil... Puan Kamariah menelan air liur kelat.

"Ibu?"

"Huh! Ibu tak suka budak bawak sial ni... Ibu taknak dia ada dalam rumah ni lagi..."

"Astaghfirullahalazim... Kamariah... Awak ni kenapa Kamariah! Tak sudah-sudah dengan sial awak!"

"Memang budak ni bawak sial!"

"Kamariah! Jangan sampai saya buat awak menyesal, Kamariah! Awak jangan cabar saya!"

"Ibu, babah! Apa bising-bising ni! Orang nak tidurpun tak senang! Bising je!"

"Hah bangun pun budak pemalas ni!"

"Apa babah ni? Ibu... Dah pujuk babah pasal duit tu?"

"Tulah kerja kamu... Sikit-sikit duit... Sikit-sikit duit... Belajar tak nak.. Pastu menipu beli sijil! Kamu nak jadi apa ni, Syifa, hah?"

"Ish, babah ni! Bebel je..."

"Kurang ajar kau kan... Kau ngan ibu kau, sama je... Kurang ajar!"

Syamil mengeluh kasar...

"Sudahlah tu babah, ibu... Takmu bertekak lagi. Depan rezeki... Tak baik.."

"Eh, along... Hai..." Hanya itu teguran dari Syifa. Memang Syifa tidak menggemari Syamil. Bagi Syifa, Syamil suka mengongkong hidupnya.

"Babah kamu nilah! Asyik nak menangkan si budak sial ni je!"

"Ibu... Kenapa masih nak panggil Sofie budak sial, anak bawak malang... Tak sudah-sudah ke, bu...?" Tegur Syamil, lembut.

"Memang dia bawak malang... Anak si... Argh!" Satu lagi tamparan hinggap di pipi Puan Kamariah...

"Shaiful! Awak tampar saya lagi, Shaiful... Pasal budak ni... Awak tampar saya...?"

"Cukuplah Kamariah... Saya dah letih dengan perangai awak ni... Saya cukup tertekan selama ini... Dengan perangai awak, sikap boros awak... Patutlah Syifa ikut perangai awak..."

"Hello Encik Shaiful... Anak awak juga, kan? Awak jangan lupa, kalau bukan sebab saya, awak takkan sesenang ini, tau Shaiful? Kalau bukan sebab saya, awak takkan mampu berjaya sehingga ke hari ini. Awak jangan lupa..."

"Ya... Saya tak lupa jasa baik awak! Awak pinjamkan saya 200,000 ringgit untuk saya memulakan perniagaan saya. Awak lupa saya dah pulangkan pada awak 300,000 ringgit sebagai ganti rugi... Siap dengan bunganya sekali. Awak lupa Kamariah?"

Terdiam Puan Kamariah mendengar jawapan Encik Shaiful... Ya, memang benar... Sebelum memulakan perniagaannya, Encik Shaiful menggunakan wang simpanan Puan Kamariah, namun telah dikembalikan beserta saguhati.

"Ibu, babah... Sudahlah!"

"Kamu diam, Syamil!" Jerkah Kamariah.

"Ibu! Bawak mengucap bu... Bawak mengucap.... Syamil tak faham dengan ibu... Cukup tak faham... Sepatutnya, ibu yang belajar pondok, belajar mengaji setiap petang... Pergi dengar ceramah agama. Lebih bijak menyusun kata-kata... Ibu melawan suami... Satu dosa, bu... Ibu lebih percaya dengan kata-kata arwah Tok Besah yang cakap Sofie bawak sial, malang... Ibu rasa ibu betul ke? Tiada istilah dalam Islam, anak sial atau malang, bu... Bawa mengucap bu... Ingat Allah...!"

"Kamu diam, Syamil! Kamu tak tahu apa... Jadi lebih baik kamu diam!"
"Syamil tahu, bu! Syamil tahu apa yang berlaku dalam rumah ni... Syamil kesal dengan sikap ibu yang tak pernah berubah... Bertaubatlah bu... Bertaubatlah... Pintu taubat masih terbuka!"

"Wah... Kamu tahu, ya? Jadi, budak sial nilah yang mengadu dengan kamu, ya? Hah?" Rambut Sofie ditarik.

"Argh! Aduh bu.. Sakit! Sakit bu!"

"Kamariah sudah!" Babah cuba meleraikan.

"Ibu... Sudah tu...! Ibu!" Syamil cuba menghalang tangan ibunya dari terus memukul adiknya. Kamariah masih memukul Sofie tanpa belas kasihan. Syifa sekadar memandang dengan senyuman sinis...

'Padan muka, kau Sofie...'

"Kamariah, sudah! Saya cakap sudah!"

"Saya dah cakap budak ni bawak sial! Bawak malang!" Tak henti-henti tangan Kamariah menampar wajah dan tubuh Sofie.

"Kamariah... Cukup! Saya cakap cukup! Jangan sampai saya buat awak menyesal Kamariah!"

"Saya tak peduli...! Saya mesti bunuh budak ni sekarang! Sebab budak ni... Bawak sial! Bawak malang!"

"Kamariah binti Khalid!" Puan Kamariah masih memukul Sofie... Hampir pengsan Sofie diperlakukan sebegitu... Syamillah yang menjadi perisai melindungi adiknya.

"Ibu, sudah bu!"

"Kamariah binti Khalid... Aku ceraikan kau dengan talak tiga!" Babah menghela nafas lega selepas melafazkan talak pada ibu. Terhenti tangan Puan Kamariah dari terus memukul Sofie...

"Abang! Awak... Awak ceraikan saya, Shaiful...?"

"Saya dah tak tahan dengan layanan awak pada Sofie. Cukuplah. Saya dah tak mampu menanggung dosa, Kamariah..." Babah terduduk... Sementara Kamariah hanya terdiam tidak terkutik... Syifa turut terdiam.

"Babah..." Sofie cuba mengesot ke arah babah walau dalam kepayahan...

"Sofie... Anak babah... Maafkan babah, nak..." Rambut Sofie diusap penuh kasih sayang.

"Awak ceraikan saya, Shaiful... Awak ceraikan saya sebab budak sial ni...?"

"Jangan salahkan saya, Kamariah... Saya dah tak sanggup tanggung dosa yang awak lakukan selama ini... Saya berdosa sebab biarkan isteri saya buat maksiat... Saya dayus, Kamariah..."

"A...Apa maksud awak?" Peluh mula terbit di dahi. Tangan menggigil, lebih kepada takut rahsia yang selama ini, bocor.

Nafas ditarik sebelum dihembus kasar... Babah mencari kekuatan untuk meluahkan segala yang terbuku dalam hatinya.

"Di depan anak-anak, saya akan luahkan apa yang saya simpan selama ini..."

"Babah... Apa yang babah cakap ni?" Soal Syifa...

"Syifa... Maafkan babah... Syifa bukan anak babah..." Bagaikan petir yang menyambar, Syifa tersandar di dinding.

"A...Apa yang..." Kamariah terkedu... Peluh mula merecik di dahi... Tangannya sudah berpeluh.

"Ya, Syifa. Babah minta maaf sebab sembunyikan rahsia ini... Babah terpaksa..." Syifa mendapatkan Puan Kamariah...

"Ibu... Betul ke apa yang babah cakapkan ni...? Ibu... Betul ke? Betul ke apa yang babah cakapkan tu? Ibu?" Tiada jawapan dari Puan Kamariah...

"Babah... Macamana babah tahu...?"

"Betulkan Kamariah?"

"Sa..."

"Saya tahu apa yang awak buat belakang saya, Kamariah... Saya tahu... Saya terpaksa butakan mata, pekakkan telinga sebab saya sayangkan awak... Tapi, semakin lama awak semakin mencabar kesabaran saya... Awak tak pernah hormatkan saya sebagai suami awak... Awak perlekehkan usaha saya mencari rezeki... Untuk apa, Kamariah? Untuk apa selama ini saya berusaha siang malam mencari rezeki kalau bukan untuk awak dan anak-anak?"

"Awak buat saya macam tunggul... Awak buat hubungan sulit belakang saya dengan sahabat saya sendiri... Betulkan Kamariah? Dan Syifa... Syifa darah daging Badrul, kan? Betulkan Kamariah?" Tiada anggukan mahupun gelengan dari Kamariah.

"Babah, betul ke semua ni...?" Soal Syamil yang masih terkejut mendengar pengakuan babah.

"Ya, long... Itulah realitinya... Ketika Sofie berusia dua tahun, doktor mengesahkan babah mengalami masalah kesihatan..."

"Masalah kesihatan? Babah sakit apa?"

"Kanser prostat... Dan... Babah tak mampu... Ibu kamu tak boleh mengandung lagi... Betulkan Kamariah? Awak tahukan?"

"Jadi, maksudnya, Syifa...?"

"Ya, long... Babah malu, long... Babah malu nak cakap... Babah gagal menjadi seorang suami... Babah gagal. Selepas kelahiran Syifa, darah dan DNAnya berbeza dengan kita semua... Dan, jawapannya ada pada ibu kamu dan bapa kandung kamu, Syifa... Ya, uncle Badrul bapa kandung kamu, Syifa..." Babah tertunduk sambil terhinjut-hinjut tubuhnya menahan tangisan.

Segala yang tersimpan selama ini akhirnya terhambur keluar bersama tangisan yang penuh hiba. Tiada apa lagi yang mampu menahan babah dari terus menghamburkan tangisannya... Sofie yang merasa kasihan pada babahnya, lantas memeluk tubuh babah. Syamil turut melakukan sedemikian.

"Saya izinkan awak ambik kereta Honda Civic tu, Kamariah... Kereta tu saya dah letak atas nama awak..." Babah bangun dari sofa lalu mengambil sesuatu dari laci... Sehelai kertas dan sehelai cek dihadiahkan pada Puan Kamariah yang masih diam tidak terkutik.

"Ini kunci kereta Honda... Dan ini... Cek bernilai 100,000 ringgit sebagai bayaran saguhati untuk awak... Saya akan serahkan segalanya pada peguam saya, esok pagi..." Cek dan sehelai surat bersaiz A4, diletakkan di atas meja.

"Babah... Jangan..." Sofie cuba memujuk...

"Sofie, benarkan babah jalankan tanggungjawab babah yang babah abaikan selama ini..." Wajah Sofie dielus.

"Syifa Syarmila... Maafkan babah... Jangan risau... Babah sayangkan kamu macamana babah sayangkan Sofie dan Syamil... Kamu tetap anak babah walaupun kamu bukan dari darah daging babah..." Syifa menangis... Tersedu-sedan Syifa menangis.

"Dan Kamariah... Saya hadiahkan rumah teres yang saya beli di Melaka untuk awak... Ini kuncinya. Saya halalkan segalanya... Terima kasih atas segalanya... Saya hargai apa yang telah awak lakukan pada saya selama ini. In shaa Allah... Saya akan pujuk Badrul untuk mengahwini awak... Saya tak sanggup jadi pak sanggup lagi..." Babah menarik Sofie ke dalam pelukannya...

"Mari Sofie... Biarkan mereka... Syamil, terpulang pada Syamil... Syamil dah besarkan... Mampu fikir mana yang baik mana yang salah... Babah takkan salahkan Syamil..."

New chapter updated... Scene ni banyak main emosi... Penat rupanya nak kekalkan momentum nak sedih ni, hahaha... Enjoy reading... Hi silent readers..

Share this novel

Hawani Hashim66
2022-03-21 19:01:12 

hmmmm


NovelPlus Premium

The best ads free experience