BAB 4 - P365 - 365 HARI

Romance Completed 237436

"Jangan sekadar berjanji, Harraz... Raz kena tunjukkan pada mummy, daddy yang Raz betul-betul dah berubah."

"Baik, mummy... Raz janji... Raz janji akan berubah..."

"Baguslah kalau Raz cakap macam tu... Usia Raz dah semakin meningkat... Abang-abang Raz dah ada 2, 3 orang anak... Raz? Asyik nak enjoy je... Mummy bimbang, mummy tak dapat nak tengok anak bongsu mummy kahwin. Mummy tak dapat tengok Raz bersanding." Harraz terus memeluk tubuh mummy yang sedang terbaring.

"Raz tak nak dengar mummy cakap macam tu... Tolong, jangan tinggalkan Raz... Raz akan dengar cakap mummy, daddy... Raz janji..."

"Sudahlah tu... Pergi mandi, rehat, makan. Jangan lupa solat..."

"Err... In shaa Allah, mummy..." Harraz tersengeh. Faham sangat mummy dengan senyum sengeh Harraz tu.

**************************

"Argh!" Rambut dikusutkan...

"Kahwin...? Aku belum nak kahwin... Aku nak enjoy...! Daddy sengaja je nak seksa aku, kan?"

"Takpe... Aku akan ikut segala kemahuan daddy, mummy... Jangan salahkan aku kalau budak perempuan tu terseksa lepas kahwin dengan aku..." Bebel Harraz.

Harraz tak peduli... Dia tak mahu kehidupannya dikongkong. Dia tak mahu terikat dengan commitment. Cukuplah commitment yang diberikan daddy dengan tugas di pejabat. Yang penting, dia bebas enjoy dengan rakan-rakan karibnya selepas waktu kerja.

Harraz pasti, daddy dan mummy takkan tahu perihal dirinya sebab Harraz akan pulang ke kondo miliknya yang berdekatan dengan pejabat selepas puas menghabiskan masanya dengan rakan-rakan dan perempuan-perempuan yang hanya mahukan wang dari mereka.

Bukan sekali, malah berkali-kali, perilaku Harraz dapat ditangkap oleh orang suruhan daddy... Tapi, Harraz tetap Harraz... Kedegilannya tak dapat dikawal dan inilah kesalahan Datuk Hanif dan Datin Kamelia.

Selama ini, segala kemahuan Harraz dituruti tanpa memikir kesannya pada masa akan datang. Nah! Sekarang... Inilah Harraz Hakimi... Anak lelaki Datuk Hanif Hamsha dan Datin Kamelia Khaiser. Jantan playboy yang masih belum berumahtangga lantaran sikapnya yang lebih gemar menghabiskan masa dengan berfoya-foya..

"Yes! Remy dan Ghaz... Dorang tentu boleh tolong aku... Yes!" Nombor Remy di dail... Hampir 30 minit bersembang... Talian diputuskan. Harraz tersenyum lebar.

"Aku akan pastikan kau akan menyesal kahwin dengan aku...! Hahaha!" (Gelak jahat)

*************************

"Kakak, mari sini... Duduk sini dengan babah... Syamil pun sekali..." Sofie melangkah perlahan ke arah babah. Selepas menghidangkan minuman untuk tetamu di ruang tamu, Sofie berhasrat ingin masuk ke bilik untuk beristirehat. Tapi, sayang... Pergerakkannya tersekat lantaran babah yang memanggilnya untuk duduk bersama-sama dengan para tetamu.

"Baik, babah." Sofie duduk di sisi babah dan bersebelahan Syamil. Terasa jantungnya kuat berdegup ketika ini. Dapat dirasakan ada sepasang mata yang merenungnya dari kejauhan.

'Emm... Not bad...'

"Macamana Shaiful? Pinangan kami diterima ke...? Saya berharap sangat pinangan kami tidak ditolak. Lagipun, saya berkenan dengan Sofie ni... Sofie pun, bukan tak kenal dengan uncle, kan? Uncle kenal Sofie dari Sofie kecil lagi... Tak gitu Lia...?"

"Ya, Shaiful. Sofie pun kami dah anggap macam anak kami sendiri. Lagipun, kami mana ada anak perempuan. Tiga anak lelaki. Yang dua dah selamat berumahtangga. Tinggal yang ini je... Si Harraz Hakimi... Risau kalau tak dikahwinkan cepat." Harraz masih tidak mengalihkan pandangannya. Sofie dapat rasakan renungan tajam sang jejaka.

"Saya takde masalah, Datuk, Datin... Saya dah memang setuju dari awal lagi. Sofie, macamana? Setuju ke terima pinangan dari Datuk Hanif ni...?" Perlahan Sofie mengangguk tanpa mengangkat wajahnya. Tangannya sedari tadi menggenggam erat tangan Syamil.

"Alhamdulillah... Kalau macam tu... Sebulan dari sekarang, kita akan adakan majlis perkahwinan mereka berdua. Bolehkan Harraz?" Pandangan daddy beralih ke arah Harraz yang sedari tadi tak berkedip memandang seraut wajah cantik milik Sofie.

"Boleh daddy... Raz ikut je mana yang baik..."

"Macam nilah anak daddy..." Bahu Harraz ditepuk perlahan...

Disudut sana, mata Syamil tak berhenti merenung bakal adik iparnya. Memang Syamil tidak bersetuju, Sofie dijodohkan dengan Harraz... Syamil kenal Harraz macamana... Tapi, itu keputusan babah dan Sofie... Tambahan pula, Sofie rela berkorban untuk babah asalkan syarikat babah selamat dari bankrup.

'Aku harap keputusan babah dan Sofie, tidak salah...'

Sofie termangu sendiri... Betul ke apa yang dia lakukan? Kahwin... Tidak pernah terlintas di fikiran Sofie untuk berkahwin dalam usia sebegini... Sofie belum pernah bercinta apatah lagi hendak menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki...

Takut... Takut melihat perkahwinan babah dan ibu yang separuh jalan. Perkahwinan yang dibina berlandaskan cinta dan suka sama suka, menjadi tragedi lantaran sikap curang ibunya sendiri hingga terlahirnya Syifa...

Kipas di siling direnung. Nak tak nak, Sofie perlu menunaikan janjinya pada babah... Jika tidak, tentu babah akan dituduh muflis... Sayang sekali hendak melepaskan syarikat yang dibina dengan titik peluh sendiri jatuh ke tangan orang lain.

'Tak! Aku takkan sesekali kecewakan babah... Hanya babah yang aku ada... Babah dah banyak berkorban... Tak mungkin aku akan biarkan babah terkontang-kanting seorang diri... Aku akan bantu babah walau terpaksa berkorban kebahagiaan aku sendiri...' Sofie bermonolog sendiri.

Adakah jalan yang diambil Sofie ini, berbaloi buat dirinya. Entah berapa lama Sofie mengelamun, tidak dapat dipastikan sehingga Sofie terlena.

Hari yang dinanti-nantikan menjelma sudah. Sofie mengenakan baju kurung moden yang terletak cantik ditubuhnya. Ya, Sofie memang cantik, persis model... Memang tidak dinafikan. Harraz Hakimi sendiri teruja dengan kecantikkan yang dimiliki Sofie... Namun, sayang... Keegoan yang melangit membatasi segala-galanya.

'Sorry, beauty... Kau bukan diciptakan untuk aku... Kau hanya akan aku jadikan pemuas nafsuku...' Senyuman sinis diberikan.

Setelah selesai majlis pernikahan dan sesi bergambar yang diadakan di rumah agam milik Datuk Hanif, Sofie dibawa Harraz ke bilik mereka yang terletak di tingkat 2 rumah agam itu.

"Masuklah... Kenapa tercegat kat situ..."

"Emm... Terima kasih..." Sofie melangkah masuk ke bilik Harraz yang baru bergelar seorang suami baginya.

"Err... Abang... Mana satu bilik mandi...?" Terkesima Harraz mendengar kelunakkan suara Sofie yang pertama kali memanggilnya dengan panggilan 'abang'.

"Kat sana... Pintu warna gelap tu..." Seraya menunjukkan pintu bilik berwarna gelap dengan jari telunjuknya.

"Wait! Wait!" Terhenti langkah Sofie.

"Maaf...?"

"Kau duduk sini..." Arah Harraz... Sofie sedikit terasa apabila Harraz membahasakan dirinya 'kau'. Sofie menurut kemahuan Harraz.

"Ini ada dokumen perjanjian yang perlu kau sign..." Dokumen perjanji tersebut dicampak di atas paha Sofie yang lagi memakai baju pengantin.

"Boleh Sofie tahu, dokumen perjanjian apa?"

"Kau tak nampak kat situ ada tulis Perjanjian 365 Hari..."

"Perjanjian 365 Hari...? Perjanjian apa?"

"Aku nak kau sign kat sini... Ini perjanjian perkahwinan kita... Kau kahwin dengan aku selama 365 hari dan aku akan bayar kau satu juta ringgit." Muka surat terakhir dokumen perjanjian itu diselak. Pen berjenama Mont Blanc dicampakkan ke arah Sofie.

"365 hari? Sofie tak faham..."

"Untuk pengetahuan kau, aku tak pernah terfikir untuk terima perkahwinan ini. Aku belum nak kahwin lagi... Tapi, daddy beria-ia nak aku kahwin dengan kau... Entah apa yang istimewanya kat kau, aku tak tahu... Tapi, aku terpaksa ikut cakap daddy mummy aku kalau nak terus hidup senang... So, dalam bahasa yang mudah untuk kau faham, kita akan berkahwin untuk setahun sahaja... Not more than that... Then, aku akan lepaskan kau..." Sebak Sofie rasakan. Inikah perkahwinan yang diimpikannya selama ini?

"Jadi...?"

"Aku nak kau sign sini. Bermaksud kau terima segala syarat yang telah aku tetapkan dalam dokumen ni..." Sehelai demi sehelai kertas berwarna putih diselak Sofie. Berbagai reaksi yang terpampang di wajah Sofie ketika ini.

"Apa maksud awak... Kalau semuanya tak boleh, kenapa kita kahwin?"

"Woi, perempuan! Kau faham tak aku cakap, aku terpaksa! Aku tak nak ada apa-apa committment dengan kau... Lagi-lagi dengan perempuan yang bukan pilihan aku sendiri...! Aku tak cintakan kau dan takkan sesekali cintakan kau..."

"So, kenapa perlu tunggu sehingga 365 hari, kenapa tak sekarang?"

"Wow... I'm impressed... Tak sangka kau berani... Aku suka. Apapun, aku nak kau baca syarat-syarat dalam perjanjian ni..." Sofie menjeling Harraz.

"Tak boleh pegang tangan, tak boleh tidur bersama, tak boleh jatuh cinta, tak boleh campur tangan dalam hal pasangan, tak boleh ada anak... Kenapa perlu diteruskan perkahwinan ni, kalau tak mahu semua ni...?"

"Apasal kau ni banyak cakap, hah?" Sofie menjeling ke arah Harraz untuk kesekian kalinya. Helaian kertas diselak...

"Berlakon bahagia di depan mummy daddy? Apa yang awak mengarut ni? Kenapa semua ni saya kena ikut?"

"Kesian kau ni, kan? Kau betul-betul bodoh ya?"

"Apa maksud awak?"

"Oh, please! Aku tahu niat korang sekeluarga..."

"Apa maksud awak? Saya betul-betul tak faham."

"Tak faham atau buat-buat tak faham?"

"Awak... Demi Allah, saya memang tak faham apa yang awak cakapkan ni..."

"Baik... Aku terangkan... Aku tak nak berkahwin sebenarnya... Ini semua atas aturan daddy dan mummy aku. Dan untuk pengetahuan kau, aku kahwin dengan kau pun sebab arahan daddy. Aku tak sangka pulak dorang kenal kau dari kecil. So, straight to the point..."

"Kau hanya akan menjadi tempat melempiaskan nafsuku. Jangan minta lebih dari itu. You are nothing to me!" Jantung Sofie berdetak laju. Air mata bergenang di tubir mata, dikesat kasar.

"No! Saya tak sanggup jadi tempat melepaskan nafsu awak! Saya takkan izinkan awak sentuh tubuh saya. Biarlah saya berdosa pun. Jangan ingat saya hadap dengan wang sejuta awak tu, Tuan Harraz Hakimi!" Harraz sedikit terkejut mendengar jawapan Sofie.

"Walaupun kau tahu aku ada hak untuk sentuh kau?"

"Saya tak kisah apa ja jawapan awak! Sedangkan dalam perjanjian bodoh awak tu, dah tertulis yang kita tak boleh bersentuhan, tak boleh ada anak... Kalau awak boleh buat perjanjian bodoh ni, takkan saya kena layan nafsu gila awak!"

"Tak sangka, perempuan macam kau berani nak lawan aku! Kau kena hormat aku. Aku suami kau!"

"Suami atas kertas perjanjian... Huh! Dasar jantan dayus! Untuk apa perjanjian bodoh tu? Awak ingat, awak dah sah jadi suami saya, awak boleh sesuka hati nak buat keputusan! Saya takkan kalah dengan awak, Tuan Harraz!" Sofie menjeling Harraz. Jangan ingat dia akan lemah. Syamil sudah mengingatkan dia siapa Harraz Hakimi. Sofie takkan mengalah sebegitu.

"Kalau awak boleh sediakan dokumen macam ni, saya juga boleh berbuat demikian. Jangan ingat awak anak orang kaya, sewenang-wenangnya nak jatuhkan maruah orang lain. By the way, saya takkan kalah dan saya takkan sesekali dengar cakap awak!"

"Kenapa kau tidak tolak je pinangan mummy daddy?"

"Saya bukan awak, Harraz Hakimi... Jantan yang suka berfoya-foya. Dasar playboy! Awak ingat saya macam perempuan-perempuan jalang yang sesuka hati awak dampingi... Habis madu sepah dibuang...!"

"Wow! Jadi, kau tahu aku siapa? So, kenapa nak teruskan perkahwinan ni?"

"Sebab saya tak sekejam awak nak kecewakan harapan ibu bapa awak yang mengharapkan perubahan awak. Awak rasa umur awak boleh bertahan sampai 100 tahun kalau tak berkahwin? Awak ingat awak mampu hidup enjoy selama-lamanya? Tak pernah fikir dosa yang dah menimbun-nimbun awak dah buat?"

"Tak perlu nak bersyarah dengan aku!"

"So, lepaskan saya sekarang juga! Ceraikan saya! Saya tak perlu hidup dengan lelaki yang hanya mahukan keseronokkan hidup... Awak boleh cari mana-mana perempuan murah yang ada kat lorong-lorong, kelab-kelab malam... Lepaskan saya! Lepaskan saya!" Bergema kamar tidur Harraz dengan jeritan Sofie. Tangisan Sofie bergema. Harraz tak sangka Sofie sanggup meminta cerai. Tak sangka Sofie seberani itu. Harraz ingat Sofie senang dipijak dan diperbodohkan.

Tok! Tok! Tok! Ketukan di pintu mengejutkan mereka. Lantas Harraz melangkah laju ke pintu bilik lalu dikuak pintu. Terjengul mummy di pintu bilik.

"Kenapa ni, Harraz? Apa yang Harraz dah buat? Kenapa Sofie menangis? Kenapa? Harraz buat apa kat Sofie?" Cepat-cepat Sofie mengesat air matanya... Dokumen perjanjian yang ada di atas katil, disorok di bawah bantal. Harraz terdiam.

"Sofie... Kenapa sayang?" Harraz speechless. Tak sangka pertengkaran mereka didengari mummy.

"Maafkan Sofie, mummy... Sofie tak mampu nak tunggu lama. Sofie minta maaf..." Sofie melangkah keluar dari bilik dengan beg pakaian di tangannya.

"Sofie! Sofie! Jangan sayang! Jangan tinggalkan mummy! Sofie...! Argh...!" Mummy jatuh dari kerusi rodanya.

"Mummy...!" Harraz cuba membantu, tapi ditegah mummy. Berkali-kali tangannya menepis tangan Harraz yang cuba membantu.

"Tepi! Mummy tak perlukan Harraz! Mummy tak perlukan Harraz! Tinggalkan mummy! Sofie... Jangan pergi, sayang... Sofie..." Harraz kecewa... Mummy mengenepikan dirinya, tetapi mencari Sofie... Apa lebihnya Sofie dari dirinya...

"Mummy...!" Sofie berlari mendapatkan mummy yang sudah selamat mendarat di lantai.

"Mummy, Sofie minta maaf... Sofie minta maaf..." Sofie berusaha mengangkat tubuh mummy dan didudukkan semula di kerusi roda yang dipegang Harraz. Rasa bersalah dan kecewa menyelubungi diri.

"Mummy... Sofie minta maaf... Ini bukan tempat Sofie... Sofie tak mampu menolak permintaan mummy, daddy dan babah Sofie... Bukan ini yang Sofie mahukan... Sofie minta maaf... Sofie tak sesuai dalam rumah ini... Sofie tak sesuai dengan Tuan Harraz... Maafkan Sofie..." Sofie menangis di riba mummy.

"Jangan cakap macam tu, Sofie... Mummy sayang Sofie. Tolong jangan tinggalkan mummy." Mummy turut merasai kesedihan yang Sofie alami. Mummy tahu semua ini berpunca dari Harraz. Kalau bukan sebab Harraz, tentu Sofie takkan menangis begini.

Chapter baru, updated... Maaf, sis ambik masa sikit untuk selaraskan jalan cerita ni, walaupun dah lama siap... Nak main dengan emosi memang memenatkan. Penat nak menjiwai watak Sofie ni... Apapun, enjoy reading... Hi silent readers...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience