BAB 3 - P365 - KORBAN

Romance Completed 238060

"Mari Sofie... Kita pergi klinik... Babah takut luka Sofie semakin parah..."

"Babah..." Pandangan Sofie cukup menyedihkan...

"Maafkan babah, Sofie... Babah tak mampu nak jaga Sofie... Tak mampu nak pertahankan Sofie selama ini..."
"Abang..." Sedikit kekesalan... Tapi adakah Kamariah benar-benar menyesal dengan apa yang berlaku?

"Oh, ya Kamariah... Saya harap... Bila saya pulang dari klinik nanti... Tolong... Saya rayu sangat... Kalau saya pulang dari klinik nanti, saya tak mahu lihat awak dan Syifa dalam rumah saya ni... Pergilah... Sebelum kesabaran saya semakin memuncak. Mari Sofie..." Tangan Sofie ditarik perlahan menuju ke kereta Mercedes GLA milik babah.

Tiada apa yang dapat Sofie dan Syamil lakukan untuk memujuk ibu bapa mereka bersatu kembali. Ya. Talak telah dilafazkan. Cukup tak dapat dibayangkan betapa hancurkan harapan babah saat mengetahui kebenaran yang terpampang...

Belum lagi Syamil dan Sofie yang selama ini menjadi saksi betapa babah mereka bagai dibodohkan ibu mereka sendiri. Dan paling tidak dapat diterima akal, Syifa bukan dari darah daging mereka... Betul, mereka hanya adik-beradik seibu bukan sebapa...

Namun, dah 18 tahun mereka hidup bersama, tentu perasaan sayang bercambah, tambahan pula Syifa yang paling bongsu... Tak mustahil, sayang pada Syifa, melebihi segalanya. Namun sayang... Syifa tidak seperti abang dan kakaknya. Syifa lebih leka dengan kehidupan duniawi...

Syifa gemar berfoya-foya. Sentiasa berangan nak jadi yang paling cantik walaupun hakikatnya, Sofie ternyata lebih cantik dari dirinya. Perasaan iri hati dan busuk hati sentiasa menjalar dalam diri anak gadis itu...

Syifa enggan menyambung pelajarannya... Tetapi dipaksa oleh babah. Keputusan Syifa tak seperti abang dan kakaknya yang sentiasa mendapat pujian dari para guru dan pensyarah... Tetapi, Syifa... Sering diberi amaran kerana leka dan cuai dalam membuat tugasan yang diberi. Dalam erti kata lain, Syifa malas...

Itu semua tidak dipedulikan Syifa... Yang penting, keinginannya untuk menjadi model tercapai... Syifa sanggup membohongi ibu bapanya. Berbagai-bagai alasan yang diberi demi merealisasikan impiannya untuk menjadi model... Walau hakikat sebenarnya, dia tidak layak... Kerana kecantikkan Sofie tidak mampu diatasi.

Dan sebab itu juga, Syifa sanggup berhabis duit, demi membayar yuran kemasukkan model agency di bawah naungan ibu ayam yang terkenal dalam dunia permodelan... Mummy Zetty... Siapa yang tidak kenal Mummy Zetty... Ibu ayam yang sudah menjadi supplier tetap untuk orang-orang VIP, VVIP atau orang-orang kenamaan demi mendapatkan sugar baby untuk melayan nafsu serakah mereka.

Yang pasti, Syifa bakal menjadi salah seorang dari anak ayam Mummy Zetty. Syifa tidak tahu akan hal itu... Yang dia tahu, Mummy Zetty bakal merealisasikan impiannya untuk bergelar model berjaya...

*************************

3 tahun berlalu... Sofie dan abangnya, Syamil kini bekerja dengan babah mereka. Dua tahun merupakan tahun kegemilangan buat mereka anak-beranak...

Segala-galanya berubah setelah kehadiran seorang lelaki yang mengaku dari kalangan kerabat yang kononnya berminat untuk melabur dalam syarikat mereka yang kebetulan sedang mencari pelabur yang berminat untuk menjadi share partner syarikat.

"Babah...?"

"Kakak..."

"Babah ada masalah ke...? Dari tadi babah diam je... Meeting tadipun babah macam tak fokus... Kenapa? Babah ada masalah ke?"

"Takde apa-apa kakak... Babah mungkin keletihan..."

"Babah... Kakak bukan budak kecil, bah... Kakak dah 25 tahun... Kakak dah masak dengan sikap babah... Cubalah cerita dekat kakak... Mana tahu, kakak boleh tolong..."

"Babah minta maaf kakak... Babah salah percaturan... Babah salah mengenal hati budi manusia... Bodohnya babah ni..."

"Apa maksud babah? Kakak tak faham..."

"Kakak... Babah ditipu, kak... Syarikat kita akan muflis kalau babah tak bayar hutang kita..."

"Allahuakhbar... Maksud babah... Tengku tu..."

"Dia penipu kakak... Babah tak sangka dia menipu kita. Babah tak tahu mana lagi nak cari wang... Babah buntu..."

"Berapa hutang kita, bah... Banyak ke...?"

"Banyak kak... Banyak sangat... Babah tak tahu sampailah pihak supplier menghantar notis saman menyuruh kita membayar segala hutang."

"Berapa bah...? Berapa banyak hutang kita pada mereka...?"

"Lima ratus ribu ringgit Malaysia..."

"Lima ratus ribu? Ya Allah... Banyak tu... Mana kita nak cari, babah...? Abang Syamil tahu ke benda ni...?" Babah menggeleng...

"Habis tu, macamana babah? Macamana kita nak bayar hutang tu? Duit simpanan kakak pun tak banyak... Kakak cuma ada lebih kurang dalam 10 ribu ringgit je... Tapi, babah gunalah dulu..."

"Tak perlu kakak... Itu duit kakak..."

"Babah... Duit kita boleh cari babah... Kakak akan keluarkan nanti..."

"Jangan kakak...! Babah boleh jual kereta kita... Biar kita guna kereta biasa... Kita boleh ke pejabat bersama-sama... Bolehkan...?"

"Tapi babah..."

"Sebenarnya, ada satu je cara untuk babah selesaikan segala hutang babah..."

"Macamana babah?"

"Sebenarnya, baru-baru ni Datuk Hanif ada merisik kakak untuk anaknya, Harraz..."

"Apa yang babah cuba nak sampaikan pada kakak ni...?"

"Datuk Hanif akan tolong kita kalau kakak bersetuju untuk berkahwin dengan anaknya, Harraz Hakimi..."

"Syamil tak setuju...!"

"Syamil..."

"Along..."

"Babah nak gadai anak untuk selesaikan hutang babah?"

"Along... Jangan cakap macam tu... Babah cuba nak cari jalan untuk selesaikan hutang kita..." Sofie cuba menyelamatkan keadaan.

"Tapi, takkan sampai nak kena kahwinkan kakak?"

"Along... Kakak tak kisah berkorban untuk keluarga kita, long..."

"Masalahnya, Sofie tak kenal siapa Harraz Hakimi? Kakak tak tahu macamana dia sebenarnya..."

"Syamil kenal Harraz?"

"Siapa yang tak kenal dengan Harraz Hakimi...? Anak orang kaya yang suka berfoya-foya... Perempuan keliling pinggang..."

"Syamil tahu...?"

"Babah... Harraz Hakimi tu, kawan sekolah Syamil... Dari sekolah menengah sampai ke universiti... Syamil satu sekolah, satu kelas dengan dia. Syamil kenal sangat perangai dia macamana..."

"Syamil... Babah dah buntu. Babah tak tahu mana nak cari wang untuk membayar hutang kita sebanyak lima ratus ribu ringgit. Mana babah nak cari wang sebanyak itu dalam masa 3 bulan...?" Syamil terdiam mendengar jumlah wang yang babah sebut.

"Lima ratus ribu ringgit...?"

"Ya, long... Lima ratus ribu ringgit..."

"Allahuakhbar... Macamana boleh sampai banyak tu...? Kan setiap bulan kita bayar kat supplier tu, bah..."

"Kita kena tipu, Syamil. Kita ditipu Tengku. Babah minta maaf... Babah bersalah..."

"Babah... Jangan cakap macam tu... Kakak tak kisah berkorban untuk babah..."

"Babah minta maaf... Babah gagal menjadi seorang ayah yang baik buat anak-anak babah..."

"Jangan cakap macam tu, bah... Babah tetap babah yang terbaik buat kami..."

"Terima kasih sebab masih bertahan untuk terus bersama babah. Babah sayang anak-anak babah..."

****************************

Sementara di satu lokasi berlainan...

"Aku dah buat seperti yang kau suruh..."

"Wow... Aku bangga dengan kau. Tak sia-sia aku upah kau... Nah... Ini upah kau...! Jangan datang sini sehingga aku call... Sembunyi atau kau balik kampung... Whatever! Tiba masa nanti, aku akan hubungi kau semula..." Tangannya menyambut huluran wanita itu... Diintai sedikit didalam sampul surat yang diterimanya... Lebar senyuman melihat isi di dalam sampul surat itu.

"Thanks... Kalau macam ni... Aku blah dulu... Jangan lupa call aku kalau kau perlukan bantuan aku..." Jelingan dilemparkan...

"Dah blah!" Lelaki tadi melangkah pergi dengan senyuman yang melebar.

"Padan muka kau... Shaiful Syaqil... Kau ingat kau boleh terlepas macam tu je... Hahaha! Aku takkan biarkan kau anak-beranak gembira atas penderitaan aku...!" Penumbuk dikepal...

**************************

Di rumah agam Datuk Hanif Hamsha...

"Harraz.."

"Daddy..."

"Come... Daddy nak cakap sikit..."

"Raz penatlah daddy... Nanti-nantilah..."

"Harraz Hakimi! Jangan degil!" Harraz melangkah longlai...

"Duduk! Daddy ada hal nak bincang dengan Raz..."

"Hal apa? Raz penatlah..."

"Sampai bila Raz nak jadi macam ni?"

"Macam ni, apa?"

"Raz... Raz dah 26 tahun... Bila lagi daddy kak tengok Raz berkahwin? Daddy mummy dah berusia, Raz. Kami teringin nak tengok Raz berumahtangga."

"Ala, daddy... Raz tak puas lagi nak enjoy. Nanti-nantilah fikir pasal kahwin ni... Lagipun, Raz tak nak ada apa-apa commitment! Abang Hakim dan abang Haris kan dah kahwin... Dah ada anak pun... Cukuplah tu!"

"Sampai bila, Raz? Sampai bila Raz nak berfoya-foya? Raz tak takut ke balasan Allah...?"

"Daddy, please... Raz tak nak dengar ceramah agama... Raz penat... Nak tidur..."

"Itulah kamu... Bila daddy tegur.. Raz tak nak dengar... Sampai bila nak buat maksiat macam ni, Raz...?"

"Daddy...?" Kerutan di dahi bertambah.

"Jangan ingat daddy tak tahu apa yang Raz buat selama ini... Berfoya-berfoya... Bertukar-tukar pasangan... Keluar masuk kelab..."

"Err... Raz..."

"Macam nilah, Raz... Daddy dah buat keputusan... Daddy akan satukan Raz dengan anak kawan Daddy..."

"No! Raz takkan setuju! Takkan sesekali Raz setuju dengan keputusan daddy...!"

"Itu keputusan daddy! Kalau Raz nak hidup senang... Masih nak daddy tanggung hidup mewah Raz... Raz dengar cakap daddy. Otherwise... Raz boleh angkat kaki dan cari duit sendiri... Segala credit card, kereta Raz... Daddy akan tarik..."

"Daddy ugut Raz?"

"Yes! Rasanya Raz takkan termakan dengan pujukan daddy. Raz takkan dengar cakap daddy... Jadi, hanya cara ini yang daddy rasa akan buat Raz dengar cakap daddy...." Harraz bungkam... Rambut dikusutkan.

"Daddy bagi masa seminggu bermula hari ini untuk Raz fikir semasak-masaknya..." Bahu Harraz ditepuk perlahan sebelum Datuk Hanif melangkah meninggalkan Harraz yang terpinga-pinga sendiri...

Raz membawa diri ke kamar tidurnya. Tubuh dihenyak ke tilam empuk bersaiz king di kamar. Memikirkan ugutan daddy, membuatkan Harraz sedikit tersentak... Belum pernah daddy mengugutnya sebegitu...

Selama ini, Harraz tak pernah memikirkan hal perkahwinan... Hidupnya selama ini hanya untuk berseronok. Kata-kata rakannya, menjadi pegangannya selama ini...

'Hidup hanya sekali... So... Enjoy you life...'

Kahwin? Hidupnya tentu akan dikongkong. Tentu Harraz takkan dapat berseronok seperti selalu... Keluar kelab masuk kelab... Tak dapat nak menghabiskan masanya dengan kawan-kawan... Duit, takde masalah bagi seorang Harraz Hakimi...

Lagi-lagi bekerja dengan daddy sendiri... Segala kemahuannya dituruti... Sebagai anak bongsu dalam keluarga, tiada istilah susah atau penat bagi Harraz... Segala-galanya sudah tersedia... Berbeza dengan abang-abangnya, Hakim Hanafiah dan Haris Haider...

Kedua-duanya sudahpun berumahtangga dengan pilihan masing-masing dan memiliki 2, 3 orang anak... Keputusan daddy benar-benar menyentap jantungnya. Mana mungkin dia hendak berkahwin... Harraz bimbang segalanya akan tersekat selepas ini...

'Argh...!' Batinnya menjerit... Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menamatkan zaman bujangnya yang penuh kegembiraan dan hidup tanpa batasan.

"Seminggu je daddy bagi aku buat keputusan? Ish! Tensionnya... Macamana kalau perempuan tu tak cantik...? Orang kampung... Ah, taknaklah! Tapi, kalau tak ikut cakap daddy, aku kena merempat... Duit, card credit... Kereta... Aduh... Tensionnya...!" Habis bersepah rambut dibuatnya...

Ting! Harraz dapat idea...

'Mummy...! Mummy tentu akan dengar cakap Harraz...'

Harraz berhasrat untuk memujuk mummy agar membatalkan keputusan daddy... Harraz percaya, mummy terlalu sayangkan dia... Tentu mummy akan dengar cakap Harraz.

Harraz melangkah ke bilik Mummy... Datin Kamelia Khaiser, mummy Harraz mengalami strok sebelah badan. Jadi... Mummy tak boleh banyak bergerak... Hanya duduk di kerusi roda atau terbaring di atas katil. Setiap dua hari sekali, akan datang seorang doktor peribadi yang akan membuat fisioterapi pada mummy.

"Mummy..." Pintu diketuk sebelum dikuak. Terjengul kepala Harraz. Nasib baik daddy takde dalam bilik tu.

"Harraz... Masuk sayang..."

"Mummy, tolong Raz... Raz tak nak kahwin lagi... Raz tak puas nak enjoy... Tolong mummy... Tolong cakap dengan daddy... Raz tak nak kahwin..."

"Harraz... Mummy tak dapat nak tolong Raz kali ini... Dah berkali-kali mummy daddy bagi peluang kat Raz, tapi Raz tak nak dengar..."

"Tapi, mummy... Raz tak kenal perempuan yang nak kahwin dengan Raz... Raz tak cintakan dia..."

"Raz... Cinta boleh dipupuk selepas nikah... Dan mummy dah tengok wajah budak perempuan tu... Dia cantik, Raz... Cantik sangat... Mummy tak sabar nak tengok Raz dan Sofie disatukan..."

"Sofie?"

"Ya, nama budak perempuan tu, Sofie Shahiela... Anak Tuan Shaiful Syaqil... Business partner daddy..."
1"Maksudnya, mummy tak nak tolong Raz?"

"Bukan tak nak, tapi mummy tak mampu. Raz kahwin jelah dengan Sofie... Mummy suka tengok dia... Rajin, cantik, baik hati..." Rambut lebat Harraz dielus...

"Yelah tu! Depan mummy tunjuk baik... Belakang, macam perempuan murah!"

"Harraz! Tak baik cakap macam tu...! Jangan buat tohmahan... Raz tak patut cakap macam tu kat Sofie... Raz tak tahu apa yang Sofie alami selama ini... Jangan suka-suka nak judge orang kalau Raz tak tahu kisah sebenar Sofie... Mummy tak ajar Raz buat tuduhan macam tu... Raz tak kenal dia..." Naik seoktaf suara mummy apabila Harraz semudah itu menghakimi seorang gadis yang tidak dikenalinya luar dan dalam.

"Sorry, mummy... Raz minta maaf..." Raz rasa bersalah.

"Sudahlah... Mummy harap sangat Raz terima cadangan daddy... Dah tiba masanya Raz ubah cara hidup Raz... Mummy nak tengok Raz berkahwin, ada orang jaga makan minum Raz... Pakaian Raz... Sudah-sudahlah tu enjoy sakan... Ya, mummy tahu, hidup hanya sekali... Tapi, jangan sampai terjerumus ke lembah maksiat... Raz tak takut dosa ke...?"

"Mummy, please..."

"Kalau mummy bebel je... Raz cepat bosan... Dahlah! Mummy nak rehat. Raz tak suka dengar mummy bebelkan? Cakap banyak-banyakpun bukan Raz nak dengar... Nanti, mummy dah takde... Baru Raz tahu... Time tu, baru Raz rindu bebelan mummy..."

"Mummy... No! Jangan cakap macam tu... Raz minta maaf... Raz salah... Raz takde niatpun nak lukakan hati mummy..." Tangan mummy dikucup berkali-kali...

"Raz sayangkan mummy... Raz janji akan berubah... Raz janji... Raz janji akan ubah sikap Raz. Raz tak nak mummy tinggalkan Raz..."

Sorry... lewat sikit.. Sibuk sangat dengan 4 permata hati sis... maklumlah, semuanya sekolah... 2 sekolah menengah, sikembar sekolah rendah... nasib baik tak banyak hal... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience