"Kak Sofie! Kak Sofie!" Jeritan seseorang mengejutkan lamunannya. Baru nak berehat, dah dipanggil.
"Ya, dik! Kak Sofie datang!" Kelam kabut Sofie berlari mendapatkan adiknya, Syifa Syarmila di tingkat dua rumah banglo itu.
"Apasal kau lambat sangat ni! Lembap!"
"Maafkan akak, dik. Kak Sofie kat dalam toilet tadi... Adik nak apa dari Kak Sofie?"
"Aku nak kau berambus dari sini, boleh?"
"Adik, sampai hati adik nak halau akak... Apa salah akak pada adik? Apa yang adik benci sangat dengan akak?"
"Sebab kau bawak malang kat keluarga ni! Kau bawak sial tau tak!" Kepala Sofie ditunjal.
"Huh! Kekadang akak tak faham dengan adik. Belajar tinggi sampai dapat ijazah... Tapi, sayang... Adik punya akal pendek sangat."
"Apa kau kata? Akal aku pendek?"
"Ya, memang akak pendek akal!"
"Kurang ajar kau, kan?"
"Kak Sofie takkan kurang ajar kalau bukan kau yang kurang ajar dengan akak."
"Berani kau menjawab ya... Kau lupa siapa diri kau? Hah? Kau lupa?"
"Akak tak lupa siapa diri Akak... Akak sedar... Tapi, sekurang-kurangnya Kak Sofie boleh fikir yang mana betul yang mana salah."
"Apa yang betul, apa yang salah ni? Hah, Sofie... Apa lagi masalah yang kau buat ni? Tak sudah-sudah lagi ke buat masalah?"
"Ibu! Kak Sofie cakap Syifa takde akal... Akal pendek..." Syifa merangkul lengan ibu, manja...
"Berani kau cakap macam tu kat adik kau. Hah? berani kau ya?" Ibu terus mencapai rotan yang sengaja digantung di pintu bilik Syifa...
"Kenapa ibu bencikan Sofie? Apa salah Sofie pada ibu?"
"Sebab kau bawa malang! Kau bawak sial dalam rumah ni." Ibu terus merotan Sofie... Sofie hanya mampu melindungi wajahnya dari terkena libasan rotan.
"Argh! Sakit! Sakit ibu! Tolong, jangan ibu! Sakit!" Habis kemerah-merahan kaki, tangan dan tubuh Syifa akibat dilibas dengan rotan.
"Puas hati aku! Berani kau nak menjawab ya... Hah, dasar anak bawak sial!"
"Lagi-lagi nak cakap Sofie bawak malang! Bawak sial! Kenapa semua orang cakap macam tu? Kenapa semua orang dalam rumah ni cakap Sofie bawak malang, bawak sial? Apa salah Sofie?" Tangisan Sofie semakin bergema dalam rumah banglo dua tingkat itu.
"Sebab kau, punca segala-galanya. Kau punca mak aku mati! Kau punca semua harta benda yang sepatutnya menjadi milik aku, dirampas orang lain. Semua sebab kau anak yang bawak sial, bawak malang!" Jerkahan ibu cukup melukakan sekeping hati milik Sofie Shahiela.
"Ibu, tiada dalil dalam Islam yang mengatakan anak pembawa malang, pembawa sial... Takde bu... Jangan percaya benda-benda mengarut, tahyul semua tu... Percaya qada dan qadar Tuhan, bu..." Sofie cuba memujuk ibu.
"Kau nak mengajar aku pulak? Berani kau? Hah? Berani kau nak mengajar aku?"
"Argh! Aduh, ibu! Sakit! Sakit!" Berkali-kali badan Sofie dilibas dengan rotan. Air matanya dibiarkan mengalir bersama azab kesakitan yang ditanggungnya.
"Astaghfirullahalazim... Kamariah oi! Awak dah gila ke? Awak nak bunuh anak ke? Mana perasaan belas kasihan awak, Kamariah? Anak sendiri pun awak nak belasah macam ni. Apa masalah awak ni, Kamariah? Cuba bawak mengucap!" Babah terus mendapatkan Sofie yang sedang mengerang kesakitan di tepi tangga rumah banglo itu.
"Huh! Menangkan sangat anak sial tu!"
"Balik-balik awak nak cakap budak ni bawak sial. Bawak malang. Kenapa awak tak bunuh dia saja. Baru puas hati awak! Kenapa awak pukul dia? Alasan apa pulak kali ini?"
"Sebab budak ni kurang ajar dengan saya! Ada dia cakap Syifa akal pendek!"
"Bodoh! Mak dengan anak sama bodoh! Memang Syifa ni akal pendek! Sama macam awak! Kalau tidak, dia takkan beli sijil diploma tu..." Syifa dah tak tentu arah... Syifa ketakutan kerana rahsianya yang tersimpan elok, dah bocor.
"Be...li apa?"
"Tulah awak! Dengan anak kesayangan awak, awak percaya sangat! Budak tu menipu awak pun, awak tak kisah."
"Apa maksud awak, bang? Syifa tipu saya...? Sijil? Diploma?"
"Awak tanya anak kesayangan awak... Sebab tu, sampai hari ni dia tak dapat kerja... Menipu... Jangan ingat orang tak tahu yang kamu menipu, Syifa... Sijil ngan diploma tu bukan original kan? Betul tak Syifa Syarmila?" Syifa tergamam. Alamak, rahsia dah terbongkar.
"Syifa, cakap dengan ibu... Apa yang kamu dah buat Syifa? Jawab Syifa!" Bahu Syifa dipegang ibu.
"Syifa... Syifa..." Tergagap-gagap Syifa nak menjawab. Syifa hanya mampu menunduk sambil meramas-ramas jari-jemarinya sendiri.
"Dia takkan jawab! Meh sini saya jawabkan untuk dia... Saya dapat laporan dari pihak universiti, dia ponteng universiti... Ponteng kelas, dah berkali-kali sebab pergi buat kerja sambilan nak jadi model. Betul tak Syifa Syarmila?" Air liur kelat, ditelan. Ketakutan mula menjalar dalam dirinya.
"Betul ke, Syifa? Jawab Syifa! Selama ini, Syifa tipu ibu hah?"
"Belajar tergantung... Duit habis macam tu je... Mana perginya duit tu kalau bukan dia habiskan dengan berfoya-foya. Ada awak tahu semua tu? Awak hanya nampak salah Sofie... Salah Syifa, sikit pun awak tak ambik tahu..."
"Ibu... Syifa..." Tergagap-gagap Syifa nak menjawab...
"Ingat Kamariah! Sekali lagi awak sentuh Sofie.. Saya takkan teragak-agak ceraikan awak... Awak dan anak awak dipersilakan keluar dari rumah ini dengan sehelai sepinggang. Awak jangan ingat saya tak tahu apa yang awak buat belakang saya, Kamariah! Saya belum buta! Ingat Kamariah!"
"A...Awak ugut saya bang? Awak nak ceraikan
saya?"
"Kenapa? Awak ingat saya tak berani nak buat semua tu? Saya dah cukup bersabar dengan awak selama ni. Ingat! Saya dah penat dengar macam-macam cakap orang luar pasal perangai awak. Jangan ingat saya tak tahu apa yang awak buat kat luar, Kamariah! Ini amaran saya kali terakhir... Amaran penghabisan buat awak dan Syifa... Nak hidup senang, jauhi Sofie atau awak dan anak awak akan saya halau dari sini..."
"Dan kamu, Syifa... Babah takkan bagi lagi walau sesen pun duit pada kamu lagi... Kamu nak, kamu usaha sendiri... Ingat Kamariah. Jangan sampai saya buat aduan pada pihak polis sebab mencederakan anak. Ingat tu!"
"Mari Sofie... Babah letakkan ubat." Sofie dicempung Tuan Shaiful Syaqil masuk ke biliknya. Kesakitan yang dialami bukan sahaja kerana libasan rotan, tetapi juga setiap bait-bait kata yang keluar dari mulut ibu dan adiknya cukup melukakan hatinya. Hatinya benar-benar terluka.
"Babah... Terima kasih..."
"Don't mention. Babah tak boleh tahan dengan perangai ibu kamu. Babah bodoh sebab percayakan kata-kata ibu dan Syifa bulat-bulat. Sampai jiran-jiran kita tegur babah... Kata babah dah dibodohkan ibu kamu..."
"Babah..."
"Babah salah... Babah terlalu sibuk hingga mengabaikan Sofie... Babah bersyukur sebab kalau Uncle Hanif tak suruh babah pasang CCTV dalam rumah kita... Tentu babah tak tahu apa yang ibu dan adik kamu buat pada kamu."
"Sofie tak pernah salahkan babah..."
"Babah minta maaf, Sofie... Dah jelas, bukti dah ada depan mata. Tak sangka selama ini Sofie menjadi mangsa kegilaan ibu Sofie sendiri. Babah bersalah. Maafkan babah, Sofie... Maafkan babah..."
"Babah... Babah tak salah... Sofie tahu babah keliru... Jangan risaukan Sofie. In shaa Allah, Sofie akan pulih..."
"Mari, babah letakkan ubat..."
"Tapi, babah..."
"Jangan risau... Babah nak letak ubat je.. Babah tahu Sofie malu... Niat babah baik... Babah minta maaf..." Sofie menyelak kain labuh yang dipakainya hingga ke lutut sebelum babahnya meletakkan ubat krim yang memang sudah dibeli ketika pulang dari pejabatnya petang tadi.
"Allah..." Hanya perkataan itu yang mampu terluah dari bibir babahnya setelah melihat kesan berbirat di kaki, tangan dan belakang Sofie. Menitik air mata jantannya melihat kesan dan parut yang ada pada belakang tubuh Sofie...
"Maafkan babah, sayang... Babah bersalah... Babah lambat bertindak hingga Sofie terseksa begini... Allahuakhbar..." Babah meraup wajahnya berkali-kali...
"Babah... Jangan salahkan diri babah. Sofie bersyukur sekurang-kurangnya, masih ada yang sayangkan Sofie... Terima kasih babah... Terima kasih sebab masih ambil berat pasal Sofie..."
"Maafkan babah... Babah sayangkan Sofie..." Tubuh anaknya dipeluk erat. Air mata Sofie dan babah mengalir deras. Sofie bahagia... Ini yang Sofie mahukan selama ini... Selama 22 tahun hidup di muka bumi, inilah kali pertama Sofie merasakan dirinya disayangi.
"Sofie, maafkan babah. Maafkan babah..." Pelukan terlerai...
"Babah, sudah tu. Sofie ok... Babah jangan risau ya..." Dahi Sofie dikucup.
"Sofie rehat ya... Sofie dah makan?"
"Dah, babah..." Babah melebarkan senyumannya.
"Babah..." Babah memusingkan tubuhnya...
"Terima kasih..."
"Sama-sama... Sofie rehat, ya. Sofie... Maafkan babah." Sofie mengangguk lesu.
'Alhamdulillah... Terima kasih Ya Allah...'
Sementara di bilik Syifa...
"Apa yang kamu dah buat Syifa? Berani Syifa tipu ibu selama ini?"
"Ibu, maafkan Syifa. Syifa tak minat belajar. Syifa nak jadi model... Syifa nak pakai cantik-cantik... Tolonglah Syifa, bu... Syifa nak pakai duit... Bagilah Syifa duit, bu..."
"Mana ibu nak cekau Syifa... Duit ibu dah habis kat kamu... Kamu asyik belanja je... Boros sangat."
"Ibu, ibu pujuklah babah... Kasihankanlah Syifa, bu... Syifa nak jadi model... Syifa kena bayar duit pendahuluan... Kalau tak, peluang nak jadi model... terlepas bu!"
"Berapa yang Syifa nak guna?"
"Tak banyak... Syifa cuma nak 5000 ringgit je... Tolonglah bu..." Melopong mulut ibu mendengar nilai yang diperukan Syifa.
"Syifa... 5000 ringgit... Banyak tu, Syifa... Mana ibu nak korek lagi...?"
"Ala, dalam akaun ibu kan banyak duit babah masukkan... Bolehlah bu..."
"Mana ada lagi... Babah dah sekat akaun ibu... Semua kad kredit ibu, babah dah sekat... Ibu dah takde duit tau."
"Ibu tak sayang Syifa... Syifa cuba nak 5000 ringgit je... Syifa janji, lepas ni Syifa takkan minta lagi dari ibu... Tolonglah ibu... Tolonglah!"
"50 ringgit pun babah takkan bagi... Takkan!"
"Babah, tolonglah Syifa... Syifa tak nak sambung belajar... Syifa nak jadi model." Syifa terus menerpa ke arah babahnya... Kaki babahnya dipeluk erat bersama air mata palsunya..
"Nak jadi model? Ingat kamu layak ke? Silap haribulan kamu kena tipu... Nak sangat, cari duit kamu sendiri..."
"Babah!"
"Babah takkan bagi kamu dan ibu kamu, duit lagi... Hidup nak berlagak... Tak tahu bersyukur! Kamu ingat kamu tu cantik sangat ke sampai nak jadi model. Belajar dahlah bodoh! Huh!"
"Babah, tolonglah Syifa... Kali ini je, babah. Syifa pohon sangat... Syifa perlukan duit tu nak bayar yuran kemasukan... Babah tolonglah."
"Tidak! Babah dah cukup diperbodohkan kamu dua beranak. Lepas ni terpulanglah pada kamu. Cari duit sendiri... Dan awak... Jangan mimpi nak minta apa-apa lagi dari saya... Segala barangan, makanan dalam rumah ni, saya sendiri akan beli... Saya takkan tertipu lagi dengan awak, Kamariah. Awak dengan anak awak yang gila glamour ni, sama je, menyusahkan!"
"Babah!" Tuan Shaiful Shaqil melangkah masuk ke biliknya, meninggalkan kedua beranak itu yang masih terjerit-jerit mahukan wangnya.
"Sudahlah, Syifa... Hentikanlah niat Syifa nak jadi model... Syifa carilah kerja kat mana-mana... Ada duit nanti, jadilah model sangat."
"Syifa nak sekaranglah, bu... Syifa nak duit tu sekarang... Syifa..."
"Syifa Syarmila! Jangan degil... Ibu takde duit... Nak duit, cari kerja... Belajar malas! Huh!" Ibu terus meninggalkan Syifa yang tergamam kerana inilah kali pertama ibu menengkingnya.
Air mata mengalir laju. Tangan dikepal.
"Sampai hati ibu marah Syifa... Sampai hati ibu tengking Syifa... Syifa taknak duduk dalam rumah ni lagi. Syifa taknak tinggal dalam neraka ni lagi..." Syifa membawa dirinya masuk ke kamar mandi.
Bam! Pintu bilik dihempas... Nak proteslah tu...
"Argh...!" Terdengar jeritan nyaring dari bilik Syifa... Habis rambutnya ditarik-tarik...
"Awak masuk lagi dalam bilik Syifa... Jangan mimpi dapat masuk bilik ni lagi... Tak sudah-sudah nak menyusahkan orang. Sudah! Tidur!" Terhenjut tubuh ibu mendengar jerkahan babah.
Sementara Sofie hanya berdiam diri di dalam biliknya... Mindanya perlu berehat... Dia mahu melupakan segalanya... Esok, abangnya Syamil Shahrin akan pulang selepas menghabiskan masternya di Jerman. Hampir 2 tahun dia tidak bertemu dengan abangnya...
Sofie nak masak sedap-sedap esok untuk abangnya, Syamil. Sofie rindukan Syamil. Syamil memahaminya. Tidak seperti Syifa yang lebih pentingkan dirinya sendiri... Syamil selalu menghubunginya... Kekadang, Syamil akan mengirimkan hadiah buat Sofie...
Mungkin kerana mereka agak rapat dari kecil kerana beza umur Sofie dengan Syamil hanya setahun. Berbeza dengan Syifa... Jarak umur Sofie dengan Syifa sedikit jauh, iaitu 4 tahun... Walaupun jauh beribu batu, Syamil rajin menelefon atau berwassup bertanyakan khabar Sofie... Hanya Syamil yang tahu apa yang berlaku pada Sofie selama ini.
Sofie cuba melelapkan matanya... Sofie berdoa agar esok menjadi hari yang paling bahagia buatnya... Baru nak melelapkan matanya... Sofie baru teringat yang dia masih belum menunaikan solat Isyak. Lantas Sofie terus bangun dari pembaringannya...
Sejadah dan telekung disediakan di birai katilnya. Sofie melangkah ke kamar mandinya. Wudhuk diangkat sebelum telekung dipakai...
Usai mengerjakan solat Isyak, Sofie menadah tangan, berdoa pada Yang Esa...
"Ya Allah, Ya Tuhanku... Aku mohon padaMu Ya Allah... Kau ampunilah segala dosa ibu bapaku... Ampuni dosa abang dan adikku... Kau ampunilah dosa-dosaku Ya Allah..."
"Berikanlah aku peluang mengecapi kebahagiaan hakiki Ya Allah.. Berikanlah aku peluang untuk membalas jasa kedua ibu bapaku Ya Allah... Kau bantulah aku Ya Allah..."
"Ya Allah Ya Tuhanku... Kau berikanlah aku kesihatan yang baik, rezeki yang baik, jodoh yang baik... Hanya engkau yang mampu membantu aku... Aku serahkan segala jiwa dan ragaku padaMu Ya Allah... Aamiin, ya rabbal alamiin..."
Sofie meraup wajahnya. Sesudah berdoa, Sofie berhasrat membaca Al-Quran... Sofie masih ingat pesan gurunya, Ustazah Mashitah...
"Jika hati kita tidak tenteram, ambiklah wudhuk... Mengaji... Ajar lidah kita berzikir dan menyebut nama Allah... In shaa Allah... Hati kita akan menjadi tenang. Setenang air di telaga Kausar." Kata-kata nasihat dan motivasi dari Ustazah Mashitah masih terngiang-ngiang di fikirannya.
Assalammualaikum... Bertemu kembali Nurul_MataPena78 ke udara di NovelPlus. Jemput singgah ke novel terbaru saya, Perjanjian 365 Hari... Kisah tragis kehidupan seorang gadis yang bernama Sofie Shahiela... Jemput singgah, baca dan komen... Enjoy reading...
Share this novel
nak tau sangat apa jadi dkt sofie
bab 21 ada tak