chap 2

Other Completed 33498

Misi hari pertama telah pun selesai. Arian menghubungi sepupunya Arinda sebelum melelapkan mata pada malam itu.

"Ada apa Yanz?"soal Arinda malas
"Arin, aku perlukan pertolongan kau esok, kau Free kan?"soal Arian.
"Masa aku Free tapi tenaga aku kena bayar"kata Arinda.
"Aku bayar kau RM 5000, esok pagi pukul 6 aku ambil kau di rumah"kata Arian.

Pagi pagi lagi Arian sudah ada dihadapan rumah Arinda.

"nah ini kad touch and go kau, pagi ni aku nak kau ikut seorang wanita ni kemana saja dia pergi dan aku nak tahu kat mana pejabat dia, kalau boleh dapatkan nama penuh dia ok."terang Arian menunjukkan wajah Samira kepada Arinda.
Arian meninggalkan Arinda di stesen keretapi taman mawar seri itu sebelum dia pergi ke pejabatnya. Arinda menunggu kedatangan Samira dengan sabar. dan pada pukul 7 pagi, Samira memasuki stesen keretapi itu. Arinda bangun dari bangku dan berjalan ke arah Samira lalu menjatuhkan dirinya dihadapan Samira.
"Eh cik tak apa apa?"soal Samira.

"Kaki saya terpelecok"balas Arinda.
"Saya tolong cik berjalan ya"kata Samira.
"Boleh juga, cik menghala ke mana, mesti cik dah lembat Nak masuk kerja"kata Arinda.
"Saya menuju ke bangunan Hillside Primer,saya bekerja di situ sebagai seorang cleaning service"balas Samira.
'Wah, kebetulan ya, nama saya Arinda Ariffin dan saya juga nak menuju ke sana,nama cik?"soal Arinda.
"Nama saya Samira binti Abdullah,Saya boleh hantar cik balik ke rumah dahulu jika mahu"kata Samira memaut bahu gadis yang malang itu.

"Tak perlu, kita ke bangunan Hillside Primer Sama sama, sepupu saya juga kerja disitu, biar dia tolong hantar saya balik, boleh kan?"kata Arinda.
"Oklah kalau begitu. Mereka berdua pergi menaiki kereta api bersama sama.
"Arinda tak bekerja?"soal Samira.
"Saya sebenarnya masih belajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta, "ujar Arinda. Banyak lagi yang mereka bualkan dan dalam masa singkat itu Samira mendapat seorang kawan yang baru selain daripada Kawan kawan sekerjanya.
Tiba di bangunan Hillside primer,Arinda menghubungi Arian supaya bertemu dengannya di lobi syarikat. Arian segera menemui Arinda.
"Kenapa kau datang sini?"soal Arian.

"Demi nak tahu kat mana Samira kerja aku terpaksa sakitkan kaki sendiri dan dia bawa aku kesini. dia kerja kat bangunan ni sebagai cleaning service nama penuh dia Samira binti Abdullah.mana duit aku, aku nak kena balik naik teksi ni,nah touch and go kau "ujar Arinda.
"Dia kerja cleaning service kat sini?, mampus boss aku tu Wey!"kata Arian.
"Aku nak duit aku"paksa Arinda.

"Nah am ok dulu RM 50 untuk naik teksi, duit aku tak ada cash send nombor akaun, nanti aku bank in macam biasa "kata Arian.

Syahril ternampak kelibat Arian bersama seorang wanita lalu berjalan ke arah pembantu peribadinya itu.
"Siapa tu?"soal Syahril.
"adik sepupu aku, dia dah tolong dapatkan maklumat tentang gadis pujaan ku tu, rumah dia pun aku dah tahu dimana, dan untuk pengetahuan kau, nama dia Samira binti Abdullah, dia bekerja sebagai cleaning service di bangunan ni"lapor Arian.

"Cantik. panggil semua pekerja cleaning masuk bilik meeting pukul 10, dan pergi order Sandwich dan latte dari Starbucks untuk meeting tu ok.
"Ok tapi boss bagi upah aku dulu nak bayar adik sepupu aku tu."kata Arian.
"Pergi minta dengan finance macam biasa.

"Dah kenapa kita semua perlu masuk bilik meeting pula, tak pernah pernah pekerja cleaning dipanggil masuk bilik meeting.
Samira danbpekerja cleaning masih kehairanan kenapa Mew perlu pergi ke bilik mesyuarat utama.
wah ada Starbucks"jerit hati kecil Samira.
"kakak kakak dan makcik makcik boleh minum latte dan makan sandwich ni dulu",ujar Hasya, Setiausaha kepada Syahril.
"sedapnya Sandwich ni"jerit kak Mina.
kemudian pintu utama biikitu dibuka Syahril masuk dengan penuh gaya,
Mata Syahril memindai seluruh bilik mesyuarat itu dan berhenti pada wajah Samira.
"Tujuan saya panggil anda semua kerana saya nk membuat sedikit pertukaran duty roster. Hasya!"ujar Sydhfil. Hasya membuka LCD screen yang menayangkan duty roster untuk pekerja cleaning services di bangun itu.
"Kenapa mesti ada perubahan, kami sudah selesa bekerja di bahagian sendiri"Samira menyuarakan bantahan.
"Ya, saya tahu sebab itu ada sesetengah daripada anda curi tulang semasa kerja. Pernah dengar perkataan come out from your comfort zone,saya pernah pergi ke tingkat 2 dan tidak ada seorang pun pekerja pembersihan di situ dan lantai sangat kotor, Jadi saya membuat keputusan untuk menukar kawasan kerja anda semua.
Ada satu kawasan tambahan iaitu bilik saya. saya mahu bilik saya dibersihkan setiap hari. dan pekerja pertama yang bertuah untuk mengemas bilik saya ialah . Syahril memilik satu gulungan kertas dalam kotak yang dibentang oleh Hasya.
"Samira, tahniah esok pagi anda perlu mengemas bilik saya selama satu bula.
Samira tak berpuas hati dan mahu memilih satu nama dari kotak itu kerana Samira percaya kesemua nama di dalam kotak itu mengandungi namanya
"Hasya pergi keluar sekarang, bawa masuk kotak yang saya minta awak beli semalam"Sydhfil menghantar Hasya keluar dari bilik mesyuarat untuk menghalang Samira membongkar rahsianya itu.
Hasya masuk dengan membawa sarubkitsk besar.
"Ini sarung tangan untuk you, ini penyegar bilik untuk you sembur selepas selesai mengemas. semua barang dalam bilik ni perlu di sanitasi oleh penyembur ini" saeu botol room sanitiser diserahkan kepada Samira.
"Mesyuarat kita tamat disini. bulan depan jika prestasi Samira buruk dia akan tetap mengemas bilik saya sampai Bila bila.
"Jom ikut saya" ajak Syahril.
"Nak kemana?"soal Samira gugup.
"Saya nak tunjuk tempat kerja baru awak, jom Saya nk bawa awak melawat ni"balas Syahril. Supervisor Samira,Puan Qistina menolak Samira untuk mengikut jejak pemilik bangunan Hillside primer itu.
"Atas meja saya ni awak wajib sembur Room sanitizer tu dulu sebelum lap ya. sini saya tunjukkan contoh"Sydhfil mengambil botol room sanitiser Dari tangan Samira sehingga memberikan sensasi kejutan kepada Samira saat tangan Syahril tak sengaja tersentuh jari gadis itu.
Samira hanya melihat pemilik perusahaan itu mengelap mejanya sendiri.
"Seronok jadi mandur tercegat disitu?"perli Syahril.
"Encik rampas botol dan kdib tu dari tangan saya, kalau begini esok saya tak perlu bersihkan bilik encik zsyahril.
"Apa awak makan setiap pagi untuk breakfast?"soal Syahril.
"Tak tentu encik bergantung kepada bahan bahan masakan yang ada dirumah, kadang nasi goreng, mee goreng bihun goreng "balas Samira.
"Awak beli?"Sydhfil menyoal lagi.
'Tsk encik saya masak sendiri"balas Samira.
"Ambil ni, "beberapa bot RM 100 dihulurkan kepada Samira.
"Esok masakkan saya sama dengan apa yang awak makan, setiap pagi saya nak sarapan saya tersedia di atas meja ni di sebelah cawan kopi saya, Faham Samira"soal Syahril menunjukkan kepada secawan kopi di atas meja itu.
'Saya faham encik. dah siap boleh saya pergi?"soal Samira.
"Ya, boleh,erk!

selamat menyambut hari Gawai Dayak dan Kaamatan untuk semua pembaca yang menetap di Sabah dan Sarawak. enjoy your celebration dengan hati hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience