Chap 3

Other Completed 33489

Kenapa hari ini aku rasa pelik,balik dari kerja hari ini aku rasa seperti di perhatikan. Aku melilau melihat ke sekeliling tapi tak ada apa apa yang mencurigakan pun.
"Masuk mak, terus masuk bilik kak, mandi ya, Mira siapkan makan malam kita dulu ya"ujarku kepada Mak Som.
Siap memasak Mak Som tiba di dapur dengan berpakaian rapi dan wangi.
"Mak sape cantik ni"selorohku,memeluk Mak Som dan mencium pipinya.
"Humph wangi! rindu dengan mak, malam ni Mira nak tidur dengan mak ok"ujarku.
"Tadi ada seorang lelaki tanya mak pasal Mira, dia tunjuk gambar kita makan pagi diatas padang tepi stesen beberapa hari lepas "kata Mak Som
Kebetulan ke, aku rasa diperhatikan dan mak kata ada orang cari aku"fikir ku. Aku tidur nyenyak malam ini,mak ada disebelah aku dan aku bersyukur Allah menghadirkan mak untuk aku jaga,. Terima kasih Allah.

Bila azan subuh berkumandang aku mengejutkan mak untuk solat.
"Mak tunggu di rumah ya, risau la Mira ada orang culik mak Mira yang cantik ni"kataku.
"Mak dah janji nak kutip surat khabar lama di kedai Letchumy hari ni. Letchumy janji nak beri botol kosong juga pada mak "kata Mak Som.
"Wah.. kayalah mak Mira lepas ni, "usikku.

"Mira dah siapkan makanan untuk makan tengahari ni, dalam peti ais ada air kotak dan buah buahan. mak makan apa yang ada ya, maaf mak Mira terpaksa kunci pintu rumah. depan dan belakang, Mira tak nak mak curi curi keluar lagi."pesanku
Setelah menyiapkan bekal aku keluar ke stesen keretapi. Seorang gadis dengan sengaja menjatuhkan tubuhnya dihadapanku Aku boleh cam terjatuh atau sengaja jatuh. aku berpura pura menolongnya dan dia juga mahu pergi ke bangunan Hillside Primer. Apa helah gadis ini. Banyak soalan berkaitan peribadiku yang ditanyakan gadis bernama Arinda ini.
Satu lagi keanehan berlaku di pejabat, untuk pertama kali dalam sejarah pekerja pembersihan di minta untuk masuk ke bilik meeting. Lebih aneh bila menu sarapan disediakan oleh syarikat ialah Sandwich dan latte panas dari Starbucks. hidangan mewah sebegitu Untuk pekerja pembersihan, sangat tak masuk akal. Bila pintu dibuka dan pemilik bangunan ini iaitu Encik Syahril melangkah masuk, matanya lekat ke arahku, apa maksudnya.

intipati mesyuarat, duty roster akan sentiasa bertukar dan untuk sebulan kani perlu mengemas bilik Encik Syahril. Dia memilih satu nama melalui undian tee ahsia kononnya, aku tak terkejut bila dia sebut nama aku. Samira. Aku cuba untuk membuka satu nama lain, Firasat aku kuat mengatakan kesemua nama di dalam box itu ialah nama aku . Encik Syahril tiba tiba meminta Hasya Untuk membawa masuk satu kotak yang sudah disediakan.
Kemudian dia menyatakan hasratnya untuk membawa aku nsronda officenya yang kecil itu.
Perlakuan Encik Syahril terlalu mudah untuk diduga. Wow!, Adakah aku kini seorang Cinderella alaf baru.
Pelik pula bila seorang Pemilik perusahaan mengajar pekerja pembersihan Cara Cara untuk mengelap meja. Kemudian Encik Syahril meminta agar aku membawa sarapan untuknya setiap pagi.
Pulang ke rumah aku membeli makanan untuk aku dan mak dirumah. Tak sabar untuk aku balik ke rumah. Aku bukan kejam untuk kurung mak dalam rumah, makanan semua aku dah sediakan. Aku tak nak dia curi curi keluar lagi seperti dulu, risau jika berlaku kemalangan kepada ibuku itu.
"Assalamualaikum mak...."rutin biasa aku semenjak ada mak Som.
"Mira dah balik, jom makan mak dah masak"ajak Mak Som
"Kenapa mak masak Mira dah beli makanan untuk kita ni"Aku menunjukkan plastik Berisi makanan kepada Mak Som.
"Kenapa membazir duit mak tengok ada bahan untuk dimasak, ada beberapa jenis sayur dah nak rosak mak potong potong buat sayur campur saja, jom makan "ajaknya.
"Sesudu nasi masuk ke mulut.
"Ya Allah mak, sedapnya"ujar aku.
Sungguh aku tak tipu, jikalau aku tahu makanan ibu sesedap ini, aku pasti setuju menjadi anak angkat Datin Nora dulu, Kerana aku menolak, Amelia terpilih menjadi anak angkat Datin Nora sekarang. Aku tak pasti adakah Hidup aku lebih bahagia bersama Datin Nora Atsu tidak. Tapi aku tak menyesal kerana aku lebih bahagia berjumpa dengan Mak Som dan Aku bersyukur dan yakin Allah sudah mengatur perjalanan hidup aku sebaiknya dengan cantik dan aku bersyukur.

POV Syahril

Gadis ini lebih cantik dari jarak dekat. kecantikan yang unggul. cantik luar dan dalam.
Sebaik saja Arian memaklumkan Samira ini pekerja di bangunan ku, dalam bidang pembersihan. Semerta otak ku merancang sesuatu Untuk dilakukan.
Aku meminta Hasya, menulis 50 keping nama Samira dan digulung lalu dimasukkan ke dalam kotak. Beberapa peralatan Mengemas juga aku minta Hasya sediakan sebagai satu props lakonan aku.
Aku meminta semua pekerja pembersihan berkumpul di bilik mesyuarat. ari mereka terkejut namun ini semua hanyalah satu setup untuk memastikan Samira bekerja di hadapan mata aku saja.
Aku teringin sangat nak merasa air tangan Samira, aku bekalkan upah dan duit untuk Samira beli bahan bahan untuk dia memasak. Syukurlah dia setuju. Aku semakin gugup berasa dekat dengan Samira. Aku akan mencari masa untuk meluahkan perasaan hati aku kepadanya.

Pulang ke rumah malam itu mama memulakan rancangannya untuk menjodohkan aku.
"Syah... Sabtu depan kita akan ke rumah Datin Nora, Anak angkat Datin Nora sudah menamatkan pengajian,mama nak Syah berkensl kenalan dengan gadis itu"ujar Puan Saleha.
"Ma, tolong Syah, jangan nak kenalkan Aysh dengan mana mana gadis, Syah mampu Cari sendiri ma"balas aku
Mama terperangah dengan jawapan aku.
"Mahu yang terbaik untuk Syah"kata mama.
"Syah tahuma, tapi bukan begini Caranya.",kata Syahril.
"Mama tak mahu tahu Syah, tapi kalau nak cari calon isteri cari yang ada kerjaya hebat atau puteri dari keluarga kaya sahaja"ujar Puan Saleha.."Mama, Syah tak setuju dengan pendapat mama, untuk apa Syah kahwin dengan wanita berkerjaya hebat atau puteri dari keluarga kaya?, akhirnya Aydh perlu menggaji pembantu rumah untuk memasak atau menyediakan semua keperluan Syah, kalau begitu baik Syah kahwin dengan pembantu rumah tu jer"balas Syahril.
"Reputasi dan kebanggaan keluarga Syah, itu yang mama dan papa pentingkan "sambung Puan Saleha.
"Mama sendiri datang dari keluarga petani ma, dan walaupun begitu mama tetap tak pandai memasak, sebab itu papa berkahwin dengan Acik Limah, bekas tukang masak di kantin sekolah menengah Syah.Buat apa Syah perabis duit dan masa berkahwin dengan isteri pertama jika akhirnya hanya isteri kedua yang lebih menyenangkan hati dan perasaan Syah ni"Syahril menyatakan pendiriannya.
"Acik Limah tu dah guna sihir untuk dapatkan papa, cuba tengok mata papa ru, nxmpfk hitam jer kan?"Puan Saleha
"Hitam bawah mata tu petanda papa tak cukup tidur. Mama minta papa untuk menambahkan lagi harta kekayaan keluarga kita. tapi mamasenfiri pun tak bekerja kan ma?"balas Syahril
"Jangan kurang ajar dengan mama Syahril"Puan Saleha berang.
"Ok fine pilih sendiri pasangan Syah,tapi jangan menyesal"ugut Puan Saleha.

semuanya sudah dirancang oleh Syahril.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience