chap 1

Other Completed 33498

"Syah... bangun... dah pukul 7 ni"ketukan dan sahutan panggilan daripada ibunya diendahkan.
"Ma... Syah baru jer nak tidur, kejutkan Syah lagi setengah jam boleh?"Syahril membalas juga kerana tidak mahu menjadi anak derhaka.
"Syahril Fuad...."mendengar suara tegas itu, Syahril semerta bangun dan berlari ke bilik air.
"Baik pa, Syah mandi sekarang.
"Apa nak jadilah anak awak tu Leha Oii"ujar Encik Salim.
"Anak kita bang,tahu tahu sajalah"balas Puan Saleha.
"Saya akan pastikan dia mengambil alih syarikat keluarga kita tu,bagi hilang sikit pemalasnya tu"kata Encik Salim lagi.
"Leha ikut sajalah perancangan abang, tapi bab pasangan hidup dia biar saya yang tentukan"kata Puan Saleha.
Syahril sempat mendengar perbualan Ibu bapanya sebaik keluar dari bilik air.
"Soal kerja aku tak kisah sangat tapi soal pasangan hidup aku tak akan biarkan mama mengawalnya"fikir Syahril.

Usai sarapan, Syahril memandu ke pejabatnya sendiri. Encik Salim pergi ke pejabat yang sama dengan di pandu oleh pemandu peribadi. Mereka berdua tidak suka berada di dalam tempat sempit berduaan sahaja. Syahril juga menggunakan alasan perlu pergi ke pejabat client oleh itu dia perlu memandu keretanya untuk hal pekerjaan. Tiba di lampu isyarat merah, pandangan Syahril terpaku kepada satu kejadian menarik dihadapannya, dia mengarahkan kamera telefon ke arah tempat kejadian tersebut. dan kembali memandu setelah lampu isyarat bertukar menjadi hijau.

******

Seperti biasa Samira akan memasak bekal makan tengaharinya. kali ini dia turut meembawa bekal air minuman kerana cuaca sekarang sangat panas. selain itu Samira turut membawa dua kotak air teh bunga kesukaannya. Setelah itu Samira berjalan menuju ke station keretapi untuk pergi ke tempat kerja.
"Assalamualaikum Mak Som"Samira menyapa wanita gelandangan itu. sudah lebih 10 tahun Mak Som menjadi gelandangan dan cuma bergantung hidup atas belas ihsan orang ramai. kadang kadang Mak Kiah yang berniaga goreng pisang tepi jalan akan memberinya hasil jualan yang tidak habis pada hari itu untuk dimakan.Mak Som bersyukur untuk semua pemberian bantuan daripada orang ramai. sejak seminggu yang lalu hadir seorang gadis jelita memberikan sarapan untuk Mak Som dan dapat dijadikan alas dan bekal tenaga untuknya keluar mengumpul kotak, tin dan botol kosong untuk dijual.
"Mak Som tengok ni, Hari ni Mira goreng bihun. jom kita makan dulu. Ketika jalan raya penuh sesak dengan kenderaan bertali arus, Samira menikmati makan pagi bersama Mak Som yang dianggapnya sebagai seorang ibu.
"Semalam Mak Som tidur di mana, puas Mira cari. petang ni Mak Som tunggu Mira kat situ ok,Mak Som tinggal dengan Mira ya, Mira tinggal di rumah tu sorang-sorang saja, Mak Som temanlah Mira ya"tangan ditunjukkan kepada sebuah bangku di dalam kawasan pejalan kaki pengguna keretapi itu.

"Mak Som dah tunggu Mira kat situ semalam tapi jaga stesen keretapi tu halau, Mak Som pergi tidur di belakang bangunan Kedai tu, ada Joni dan Miki jaga Mak Som"balas orang tua itu.
"Bahaya lah Mak Som,Joni dan Miki tu anjing, apa yang dua ekor tu boleh tolong. Mak Som tunggu Mira kat bangku tu, jap lagi Mira pesan kat Pak Samad ketua jaga tu jangan halau Mak Som lagi ok"janji Samira.

Untuk seorang anak yatim seperti Samira, menumpang Kasih kepada seorang gelandangan adalah satu rahmat yang besar. Kasih Ibu membawa ke syurga. kisah hidup Samira dan Mak Som hampir sama saja. Mira dibuang oleh ibunya dari lahir ke rumah anak yatim dan bagi Mak Som pula yang sudah ketiadaan suami mengharapkan Kasih sayang daripada anak anak tetapi mereka menghalau ibu tua yang di anggap beban itu lalu terdamparlah Mak Som sendirian di kota kuala lumpur kerana dia tidak tahu caranya untuk pulang ke kampung halamannya.Dan apabila Samira tahu kisah Mak Som, dia bersyukur jika anak anak Mak Som menolak untuk menjaga syurga mereka, biarlah dia yang menjadi pengganti anak Mak Som sebagai mana dia menganggap Mak Som sebagai pengganti Ibu kandungnya. tetapi Mak Som berdegil, ketika Samira keluar pergi bekerja,Mak Som juga curi curi keluar untuk mengumpul bahan terpakai untuk dijual. mujur Samira bertemu semula dengan Mak Som.
"Kenapa Mak tak nak tinggal di rumah Mira?"soal Samira.
"Mak tak layak tinggal di situ, tempat mak di tepi jalan ni Mira,"ujar Mak Som.

"Tak bolehkah mak bagi peluang kepada Mira untuk dapatkan pahala menjaga ibu?"soal Samira.
"Kenapalah anak anak mak tak boleh jadi seperti Mira?, hidup mak pasti bahagia"kata Mak Som.
"Kenapalah ibu Mira buang Mira dari kecil, Mira ni pembawa malang ke mak?"soal Samira.
"Tidak Mira, Mira anak syurga, baiklah mak akan tinggal dengan Mira ok"Mak Som mengalah juga bila melihat tangisan Samira semakin tinggi.

*****
Tiba di pejabat Syahril memanggil PAnya untuk masuk.
"Ya bro?"kata Arian.
"Kita kat office ni bro, kalau depan my dad please call me yang sepatutnya ok"pesan Syahril.
"No problem Bossqu,ada apa ni, muka ketat Tapi bahagia."soal Arian.
"Aku dah jumpa gadis idaman aku dan sekarang tugas kau untuk cari maklumat gadis ini, ini gdmbar dia dan tadi aku jumpa dia di tepi stesen keretapi taman mawar seri."perintah Syahril tanpa memandang kepada Arian.
Aridn mengambil telefon milik Sydhfil dan menghantar gambar Samira ke telefon miliknya. Aridn kemudian keluar untuk mencari maklumat tentang gadis yang dikatakan oleh Syahril.
Ditepi stesen keretapi taman mawar seri, Mak Som sedang memasukkan tin dan kotak terpakai kedalam sebuah guni. disisinya bersusun beberapa bungkal aurat khabar terpakai untuk dijual. Arian mendekati ivu tua itu.
"Makcik .. boleh saya tumpang tanya?, Makcik kenal gadis ini?"soal Arian menunjukkan wajah Samira.
"Aku tak kenal aku tak kenal pergi .. pergi..."Mak Som berfikir Arian adalah orang jahat yang mahu menyusahkan Samira, dia berlagak seolah olah tidak mengenali Samira. Mak Somterkial kial untuk membawa semua hasil kerjanya hari itu.Arian kembali mendekati Mak Som.
"Biar saya tolong makcik bawa kertas-kertas ini ya"pujuk Arian.
"Hoi! jangan ganggu dia"jeritan kuat itu datang dari atas tangga stesen keretapi itu.Pak Sanad berlari ke arah Mak Som.
"Kamu tak apa apa Som, budak ni ganggu kamu ya?"soal Pak Samad.
"Dia cari Mira, aku dah halau dia tadi"balas Mak Som.
"Lebih baik Encik pergi dari sini, saya akan tolong dia"kata Pak Samad,ketua jaga disitu.
"Lagi setengah jam Mira sampai, jom aku belanja kamuminum di sana tu"ajak Pak Samad.Mak Som bersetuju saja.Arian tidak semudahnya mengalah. dia menunggu di dalam keretanya sambil
memerhatikan pergerakan Mak Som.
Seperti hari hari biasa, Samira tiba di stesen keretapi itu pada pukul 8 malam, Kali ini Mak SOom menunggunya di tepi stesen keretapi itu bersama sama dengan Pak Samad. Samira dan Mak Som berjalan pulang ke rumah. Arian juga ikut langkah mereka dengan menaiki kereta.
"Aku sudah tahu tempat tinggal dia, sekarang masanya untuk mengetahui di mana gadis itu bekerja"fikir Arian.

chapter 1 updated

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience