prologue

Other Completed 33498

satu dewan tiba tiba sunyi sepi saat Hakim Raja Aisya memasuki dewan perbicaraan. Samira tetap tenang di dalam kandang tertuduh. peguamnya, Hafiz berdiri di sebelahnya. Suami Samira,Syahril bersama dengan ahli keluarganya menunggu dengan sabar, pelbagai reaksi wajah ditunjukkan terutama sekali wajah Saleha, ibu Syahril.

"Keputusan perbicaraan ke atas Puan Samira Binti Abdullah akan dibacakan.

Setelah meneliti semua hujah hujah dan bukti daripada pihak pendakwaraya serta beberapa bukti pembelaan, Mahkamah memutuskan Puan Samira Binti Abdullah bersalah kerana memiliki kartel dadah sebesar 100 kilogram yang disimpan secara rahsia di sebuah rumah teres miliknya di Jalan Bintang Utara.

Mahkamah telah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada beliau tanpa kebenaran parol"ujar Hakim Raja Aisya.
wajah kelegaan terpamer pada beberapa orang yang berada di dalam dewan mahkamah itu. Namun berbeza pula dengan Samira, dia merasa dikhianati kerana salah seorang saksi utama Ialah Puan Saleha.Samira masih tidak percaya, ibu mentuanya sanggup membuat kenyataan palsu yang menjurus kepada hukuman yang diterima olehnya itu.
Syahril masih tidak boleh terima dengan keputusan itu,dia berlari ke arah Samira. Dua orang pegawai polis wanita berada disamping Samira bersedia untuk membawanya pergi dengan menaiki black Maria jabatan penjara Malaysia ke sebuah penjara wanita.Hafiz selaku peguam bela Samira tiba tiba menundukkan kepalanya. Setelah tiga tahun bergelar seorang peguam, baru kali ini Hafiz kalah.

"Mir... maafkan I,tak mampu nak bela you"ujar Hafiz.

"Ya memang semua ni salah kau, aku nak kau buat rayuan untuk bebaskan isteri aku dari penjara",jeritan Syahril menggema. para wartawan meluru kehadapan untuk merakam kejadian itu.

"Encik Syahril sedar tak siapa saksi utama kes ini, ibu encik Syahril sendiri, "balas Hafiz.

"Kalau diri tu tak mampu tak usah berjanji"kata Syahril kegeraman.
"I akan cari bukti baru untuk buat rayuan Mir, ingat janji I"kata Hafiz dengan azam yang tinggi dia bergerak seiringan dengan Samira menuju ke perkarangan kompleks mahkamah tersebut.

"Tak perlu Fiz, I dah tak ada duit nak bayar you"kata Samira.
"You tak perlu bayar apa-apa Mir, I ikhlas nak tolong you"balas Hafiz untuk kali terakhir sebelum pintu black Maria jabatan penjara Malaysia itu ditutup. Kenderaan itu bergerak perlahan meninggalkan perkarangan kompleks mahkamah tersebut.
Orang ramai meninggalkan mahkamah setelah prosiding perbicaraan kes itu selesai.
"Syah... jom kita balik"ajak Puan Saleha lembut.

"Mama.... kenapa mama rahsiakan perkara ni daripada Syah?"soal Syahril.
"Syah tu cinta mati pada Samira,mahukah Syah dengar cakap mama lagi?"Puan Saleha turut menyoal anaknya.
"Mama... abang Syah.... jom balik"ajak seorang gadis dengan senyuman palsu.

Sementara itu Hafiz memandu kereta pulang ke kawasan rumah teres milik Samira.Hafiz mahu mencari bukti sabotaj keatas Samira.
"Encik pemilik rumah sebelah ni sudah ditangkap oleh polis, ada apa ya kesini?"seorang jiran Samira menyapa Hafiz.
"Saya tahu, saya kesini untuk mencari bukti baru yang boleh digunakan untuk membuat rayuan "balas Hafiz.
"Agaknya bukti ni boleh digunakan tak encik?"soal jiran itu.Hafiz mengambil sebuah alat yang diberikan oleh jiran Samira itu.

Selesai prosedur kemasukan banduan baru diselesaikan dipejabat ketua warden penjara, Samira menukar pakaiannya dan di bawa ke sebuah sel tahanan dengan 6 orang penghuni lain.
Bau hancing menyeruak ke rongga hidungnya memberikan satu perasaan mual dan Samira muntah dengan banyaknya.
"Dia boleh muntah atas lantai pulak. kat mana kita nak lepak main kad macam ni"marah Anita.Dia banduan paling lama di sel itu dengan badan sasa menjadikannya seorang ketua di dalam sel tersebut. Samira jatuh pengsan sesudah itu.

"Dia mengandung agaknya, macam aku ni ha"sahut Marissa, seorang banduan berbadan dua di dalam sel itu
"Puan tolong beli alat UPT untuk dia ok, "pesan Marissa. Dan keputusan ujian...negatif.

Tiga bulan berlalu. Samira semakin betah berada di dalam penjara. kompleks penjara ibarat satu kawasan penempatan. azan dilaungkan lima kali sehari semalam. Semua Banduan akan diiringi oleh warden penjara yang ramai ke sebuah pusat Islam untuk solat berjemaah. dan ada tazkirah serta ceramah agama oleh pelbagai ustaz dan ustazah terkenal tanahair . Setiap hari juga selepas bersarapan Samira pergi ke bilik jahitan untuk belajar menjahit. ilmu yang di pelajari di dalam penjara itu dapat digunakan untuk menyara kehidupannya selepas keluar dari penjara kelak.

"Wey Samira, mana kau dapat stok dadah banyak macam tu?, mesti kau ni kaya kan, sekilogram dadah pun boleh cecah RM2 juta. kalau 100 kilo. pergh.... RM 200 juta tu"kata Anita ketika mereka membincangkan tentang bagaimana Samira Boleh masuk penjara.

"Dadah tu semua bukan hak milik aku, aku dianiaya."balas Samira.
"Alamak... orang berak tepi jalan pun tak mengaku tahi tu dia punya lah"sindir Anita.

"Tapi saya cakap betul dadah yang banyak tu bukan kepunyaan saya, cuma saya tak cukup bukti Untuk membela diri saya"balas Samira sayu.

"Doa banyak banyak semoga Allah membantu kau bebas dari sini jika betul kau dianiaya. Aku nak cakap soal agama pun tak pandai, aku pun jahil bab bab agama ni, tapi mak aku cakap, Allah bersama dengan orang yang teraniaya."ujar Anita.

"Kak Nita masuk sini sebab apa?"soal Samira.
"Tak payah nak panggil Kak Nita lah, aku kau jer, aku bunuh laki aku, dia dah mula naik tangan kat muka aku, masa tu aku tengah potong daging, Dia boleh bawa balik betina masuk dalam rumah aku, aku serang dengan pisau potong daging tu ke dada dia, aku ingat masa perbicaraan mereka cakap aku tetak arwah suami aku sebanyak 30 kali, betina simpanan dia tu jadi saksi, tapi aku puas ..Dia memang layak untuk mati "cerita Anita.

keesokan harinya semasa Samira berada di bilik jahitan, dia mula pening kepala dan mual, selepas warden asrama membawanya ke hospital,Samira disahkan mengandung 3 bulan.

"Mama akan jaga anak mama dengan baik selepas sayang lahir nanti ok"Samira berbicara dengan anaknya.
"Harapan jer Mir nak jaga anak kita sendiri. Selepas bayi ini lahir mereka akan diberikan kepada ahli keluarga kita untuk dijaga dan untuk kes yang lebih teruk mereka akan diberikan kepada keluarga angkat sekiranya ahli keluarga kita enggan untuk menjaga bayi itu"ujar Marissa.

"Mar dah mengandung semasa masuk ke sini?"soal Samira.
"Tak... sama macam Mir juga, dah masuk sini baru mengandung, tapi alhamdulillah warden dan kawan kawan jaga kita baik baik. kat dalam ni dapat kita makan percuma tiga kali sehari, kalau kita kat luar sana belum tentu dapat makan sebaik dalam ni bukan?"ujar Marissa.
"Mar tak rindu suami Mar?"soal Samira.
"Buat apa nak rindu, dia mesti happy Mar dalam ni untuk 25 tahun, jangan jangan dah ada isteri baru.Dia lupa agaknya, dia yang paksa Mar mencuri di kedai emas dulu. sampai Mar ditangkap tapi dia pula bebas di luar sana.

novel ni adalah novel unlock, esok Che da published novel Free reading.ok

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience