2

Drama Completed 46744

Zamarul menghantar Izaffryl sampai kedepan pintu biliknya.

" Teruk ke dia eksiden? " Tanya Marlia.

" Teruk jugak nek. Tapi okey jugaklah gadis tu tak buat laporan. Dia pulak mengaku kesalahan. " Kata Zamarul selepas meletakkan Izaffryl diatas katilnya.

" Gadis mana ni Rul? " Tanya Marlia.

" Kenapa ni Nek? " Tanya Isaac.

" Kau kemana je? Nenek call tapi tak jawab. " Kata Marlia.

" Isaac jumoa kawan tadi nek. Kenapa? " Tanya Isaac.

" Ryl kemalangan. " Kata Marlia.

" Eksiden? Kat mana? Dia okey tak? " Tanya Isaac berpura-pura risaukan keadaan adiknya.

" Dia okey bang. Cuma tu lah, kalau dah gaduh dengan Seroja. Nilah kejadiannya. " Kata Zamarul yang tak tahu Isaac juga punca pergaduhan Izaffryl dengan Seroja.

" Seroja? " Tanya Isaac berpura-pura tidak mengenali gadis itu.

" Ye. Kekasih Ryl, Seroja. " Kata Zamarul.

" Kereta dia macam mana? " Tanya Isaac.

" Teruk juga. Tapi teruk lagi motor bike gadis tu. Kesian pulak tengok muka dia tadi. Mesti Izaffryl marah teruk kat dia. " Kata Zamarul.

" Girl? Maksud Rul girl tu yang bawak motor? " Tanya Isaac.

" Haah. Tapi dia ada bagi Rul kad tadi. Kalau Ryl nak minta ganti rugi, dia mintak agar kereta Ryl dibawak ke bengkel dia. " Kata Zamarul.

" Ada polis tu bagitahu siapa yang salah? " Tanya Isaac.

" Adik kau yang salah Isaac, memandu dalam keadaan mabuk. Takkan budak tu saja-saja nak langgar Izaffryl. " Kata Marlia.

" Esok bawak saya jumpa gadis tu. " Pinta Isaac.

" Boleh. Tapi waktu lunch. " Kata Zamarul.

" Baiklah. " Balas Isaac dan terus melangkah masuk ke biliknya di depan bilik Izaffryl.

" Nek, saya balik dulu. " Kata Zamarul.

" Tidur kat sini je. Macam Rul tak biasa. " Kata Marlia.

" Takpe Nek, esok Rul nak gerak awal. Nak ambik girlfriend lagi. " Kata Zamarul berbohong. Kerana dia segan nak bermalam disana lagi.

" Hermm. Baiklah, Hati-hati bawak kereta tu. Sampai rumah bagitahu nenek. " Kata Marlia.

" Okey nek. Assalamualaikum. " Kata Zamarul lalu pergi dari rumah milik Marlia.

Dalam perjalanan, dia berfikir bahawa dia tak salah melihat kereta yang masuk ke balai tadi adalah kereta milik Anggrek kekasihnya.

" Dia buat apa ke balai? " Tanya Zamarul mula berteka teki.

" Betul ke dia? " Tanya Zamarul lagi.

" Takpe, esok aku call dialah tanya. " Kata Zamarul akhirnya.

Sedangkan Isaac yang berada di biliknya membaringkan tubuhnya kerana penat lepas jalan-jalan dan pergi ke kelab malam.

" Seroja.. " Sebutnya sekali.

" Pandai kau goda aku. Habis bergetar semua tulang rusukku. " Kata Isaac.

" Kesian kau Ryl, Gadis yang kau puja yang kau sanjung, anggap kau seperti seorang Gay? " Tanya Isaac pada dirinya.

Terngiang-ngiang dia mengingat kejadian diluar kelab malam tadi.

" You tanya I? Tanya diri You tu Zaffryl. You ibarat takde perasaan langsung pada perempuan. Tak payah nak mintak sentuh tubuh I, nak sentuh jemari I pun you taknak. " Kata Seroja.

" I tak sentuh You because I hormat You. I akan sentuh you bila you dah sah jadi isteri I Seroja. " Kata Izaffryl.

" Mengarut. Takde perempuan yang taknak disentuh oleh teman lelakinya. Perempuan mana yang tahan dengan semua tu? " Tanya Seroja.

" Biarlah kat mereka, who are they to me? Not like you. You are my lover.! I ulang lagi, you tu kekasih I. Tapi you balas dengan duakan I. You duakan cinta you pada I. I tak sangka You yang akan berubah. " Kata Izaffryl.

" I berubah sebab you. You tak pernah nak sentuh I Ryl. You tak tahu nak buat apa bila bersama I. You buat I ibarat patung disisi you. " Kata Seroja.

" You ibarat seorang lelaki yang suka kaum sejenis Ryl. You seperti Gay!! Tak suka pada kaum lawan jenis dengan You. " Seroja menengking geram.

Mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Seroja ibarat seribu pisau yang menghiris hati dan perasaan nya.

" I jaga you, I tatang you. Apa yang you nak, I beri. Tapi yang I dapat? I berikan you madu tapi you balas dengan racun. Thanks Seroja. " Kata Izaffryl.

" Aku terima segala yang kau ucapkan malam ni pada aku Seroja. Dan aku takkan pernah lupa. " Kata Izaffryl lagi.

Dia berpaling melintasi Isaac yang tersenyum menang memandangnya.

Bagai terkena renjatan elektrik, Seroja dengan pantas mencapai jemari lelaki itu.

" You jangan sentuh I. I jijik dengan you. " Kata Izaffryl.

" Jijik? Kenapa? Setakat I bercumbu dengan dia ni, You jijik dengan I. Pleaselah. Jangan nak berlagak alim. Sedangkan You tu Gay. " Kata Seroja.

" Aku jijik sebab kau bercumbu dengan Abang kandung aku. Dan aku takkan pernah jilat ludah yang aku dah buang. " Kata Izaffryl.

" Aa-abang you? " Tanya Seroja memandang Isaac yang berwajah kacukan seperti orang belanda. Tak menyangka lelaki itu adalah Abang kandung kekasihnya.

" Thanks sebab pernah hadir dalam hati aku. Aku hargai itu. Tapi aku ingatkan kau, jangan pernah datang merayu melutut depan aku. I thought you were dead. " Kata Izaafryl.

Dia melangkah meninggalkan Seroja dan Isaac dibelakang. Tiada siapa tahu akan perasaan saat itu. Hanya yang dia mampu mabuk, untuk menghilangkan rasa sakit dihati.

Isaac yang menukar posisi baringnya dari terlentang dan kini mengiring, tersenyum puas telah membuatkan Izaffryl jatuh tersungkur dalam percintaan.

" Ni baru sikit Ryl aku buat. Aku akan buat lebih lagi lepas ni. " Kata Isaac.

" Lepas ni, pasti nenek keluarkan kau dari syarikat. " Kata Isaac.

Sedangkan terlalu lama duduk diluar negara, dia tak tahu langsung yang Izaffryl mempunyai syarikat sendiri. Dan Syarikat milik keluarga besarnya dijalankan oleh sepupunya Zamry adik kepada Zamarul.

Dan kepulangan Isaac hanya untuk membalas dendam pada Izaffryl. Dia ingin melihat adiknya jatuh tersungkur merangkak meminta bantuan darinya.

" Aku akan pastikan kau akan rasa apa yang aku rasa selepas Mama dan Papa bercerai. Papa lebih memilih menjaga kau daripada menjaga aku. " Kata Isaac.

" Dan Mama campak aku lepas dia bernikah dengan lelaki Brazil tu. Hidup aku huru hara. Aku akan hancurkan kau Ryl, Dan aku juga akan hancurkan hidup nenek. " Kata Isaac lagi. Wajah bengisnya terpamer.

Niat untuk melakukan sesuatu memang sudah lama dipendam dan sebati dalam jiwanya.

" Aku dah dapat Seroja. Dan aku akan jadikan dia banker aku lepas ni. Jadi apa aku nak aku mintak dari dia. Apa yang dia tak boleh bagi kat aku? Kalau dia nak apa yang jadi tadi tersebar, cuba lah bangkang cakap aku. " Kata Isaac tersengih.

Akhirnya dia terlelap dalam perasaan gembira sebab mampu membuat Izaffryl sampai jadi macam orang gila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience