SESAMPAINYA mereka di villa milik Han, terlihat Reen pantas mencari tempat yang jauh dari bossnya agar dia dapat menghubungi Mia, kawan baiknya tentang masalah resignnya ini. Tapi malangnya, signal pulak hilang.
'Aduh, takda signal pulak. Aku dekat zuhal ke apa ni?. Menyesal pulak, ikut orang tua tu. Kalau aku tahu tadi, baik aku tak payah bagitahu dia langsung.' Kesalnya.
"Nampak kesal je ni. Kenapa?." Soal Han, yang entah dari mana munculnya. Mengejutkan Reen.
"Tuan."
"Saya perhati je kamu dari nanti, nampak gelisah. Ada masalah ke?."
"Oh, saya nak telefon mak saya. Tapi takda signal pulak."
"Memang takda, maklumlah tengah-tengah hutankan. Kalau kamu nak, pinjam telefon saya dulu. Puan Zimahkan. Nah." Pelawa Han, sambil menyerahkan telefon bimbitnya pada Reen. "Guna."
"Eh, takpalah. Saya tahu mak saya, baik-baik saja." Tolak Reen.
"Itu bermakna, kamu nak call seseorang selain mak kamu. Siapa?. Mia." Teka Han.
"Macam mana tuan tahu?."
"Saya tak sengaja terdengar keluhan kamu tadi. Ingat masa saya bagi hanya 5 hari sahaja, bermula dari sekarang."
"Sekarang!?."
"Ya, sekarang. Saya ingatkan nak bagi kamu masa sampai kita balik. Tapi tulah, saya terdengar kamu hina saya, cakap saya ni tua. Sepanjang hidup saya, belum pernah ada lagi orang hina saya ni tua tau." Jawab Han kesal.
"Sangat langka bukan. Orang lain tak pernah cakap sebab jaga perasaan tuan. Mereka tidak benar-benar dengan pujian tu. Bagi saya masa, please."
"Maaf, saya orangnya tegas dengan keputusan. Sekali saya kata tu, bermakna keputusan akhir adalah itu. Saya berbeza dengan orang lain, sebab saya langka. Tak ke macam tu, Putri Ereen Nasyaa."
Kata-kata Han benar-benar membuatkan Reen ingin saja menjambak rambut bossnya itu, namun di tahannya.
"Ok. Jadi malam ni, saya minta izin pulang sebab nak tunaikan cabaran tuan."
"Silakan. Tapi saya takda masa nak hantar kamu pulang. Pandai-pandailah cari pengangkutan sendiri ya. Good luck." Jawab Han, lalu melangkah pergi dengan membawa senyuman puas hatinya.
'Ish, dasar boss takda hati perut. Kau ingat senang nak cari orang yang benar-benar faham kau. Lagipun, siapa juga yang tahan dengan boss cerewet, banyak mahunya. Silap-silap, tak sampai sehari dah resign. Oi, masalah, masalah.' Bebelnya.
*****
GUSTO GELATO & CAFFE,
LIAR mata Puan Yasmin, mencari-cari keberadaan Bunga anak kepada kawan baiknya. Katanya mahu join mereka menikmati dessert terbaik di Bali. Tapi batang hidungnya juga tidak kelihatan.
"Mana Bunga?. Kata nak join kita makan dessert ni."
"Anak I kan sarat mengandung, mana larat jalan jauh-jauh macam ni. Jadi dia rehat dalam bilik. Jangan risau, suami dia ada temankan. Hanya saja dia suruh I tapau untuk dia." Jawab Puan Inara.
"Untung Youkan ni dah cucu ke 3. Harapkan Zara. Memang taklah, asyik pentingkan kerja berbanding rumahtangga. You rasa?."
"Wajar sajalah, diakan model. Haruslah jaga badan. Lagipun Han ok jekan. Takda masalah, kalau suaminya baik-baik saja."
"Hanya tengok dari luaran, tidak menjamin dia baik-baik saja. I kenal Han, dia orangnya tak banyak bunyi lebih-lebih lagi pada orang yang dia sayang. I yakin, dia mesti nak ada pewaris. Sekurang-kurangnya satu. Ini tak, Zara langsung tak nak. Macam I cakap tadi, dia lebih mementingkan kerjaya berbanding suami dia. You know, harini hari apa?."
"Hari apa?."
"Hari jadi Han. Sepatutnya Zara ada bersama dia harini, sambut hari jadi bersama. Tapi Zara lebih memilih pergi Paris, berbanding bersama Han. I kecewa sebagai ibu."
"Sampai macam tu sekali. Kesiannya Han."
"Kan, jika isteri yang baik dia akan kembali, dan sesibuk apapun seseorang pasti akan pulang. I nak dia sedar, bahawa isteri dia bukan yang terbaik. You know what i mean right?."
"I pun dapat rasakan hal yang sama. Zara hanya pentingkan kerjaya dia berbanding layani suami. Tapi anak you tetap sayangkan dia, bukan?."
"I berfikir, nak pisahkan mereka."
"Gila ke apa?."
"I memang gila. I dah bagi banyak peluang dekat Zara ubah diri tu menjadi lebih baik, tapi apa yang i dapat?. Dia balas I, dengan menyakiti hati Han. Ingat I tak tahu ke, yang dia ada simpanan selain anak I. Hanya saja Han buta. Tapi tidak untuk I."
"What!?. Siapa?."
"Tengku Rizan."
"Kawan baik Han. Boss Zara sendiri?. Macam mana you tahu?."
"I dah lama ikut dia, tapi I ingatkan mereka hanya sekadar boss dan pekerja. Tapi rupanya, lebih dari itu. I tak boleh tengok Han terus di perbodohkan dengan isteri tak guna seperti Zara, yang hanya manfaatkan anak I. Mungkin di mata Han, I ibu yang jahat. Tapi sejujurnya, I sayang dia sangat-sangat. I tak nak dia terus di permainkan."
"Siapa yang tak sayang anakkan. I harap you sabar menghadapi dugaan ni, terutama Han. Jadi apa langkah you seterusnya."
"You masih kenal tak, dengan maid yang pernah I bagitahu you dulu. Kenal tak?."
"Reen. Reenkan!?."
"Tepat sekali."
"Kenapa dengan dia?."
"You rasa dia sesuai tak, jadi menantu I."
"Jap, you nak jadikan Reen isteri kedua Han ke apa ni?." Teka Puan Inara.
Soalannya hanya Madam Yasmin balas dengan senyuman saja. Membuatnya penasaran dengan isi kepala kawan baiknya itu.
*****
8:54 MALAM,
TERLIHAT Reen duduk di tengah-tengah padang golf yang ada di villa milik bossnya, kerana signal di tempat ini sangat baik. Bolehlah, hubungi kenalannya.
"Kepada sahabatku, selamat hari jadi. Semoga tahun ini membawa lebih banyak kebahagiaan, cinta, dan keberkahan dalam hidup kau. Amin."
"Amin. Terima kasih Mia, kaulah sahabat aku dunia akhirat. Always love you."
"Always love you too. Ni, kau dekat mana?. Nampak macam dekat taman."
"Taman golf, dekat sini je signal ok. Macam mana dengan mak, dia ok?."
"Dia ok. Hanya saja tadi ayah kau datang. Bertengkarlah mereka berdua."
"Ayah datang. Dia nak apa?."
"Dia nak kaulah. Entah apa mak dan ayah kau janjikan sebelun cerai. Tapi yang pasti, aku dengar sekarang kau dah genap 22 tahunkan. Itu bermakna, kau kena ikut ayah kau."
"Oh, pasal tu. Aku pun tahu, tapi tulah. Aku tak suka dengan keluarga ayah aku. Lebih-lebih lagi nenek. Oi, lebih baik hidup miskin daripada masuk dalam keluarga tu. Mimpi nyeri kau tahu."
"Kalau aku jadi kau pun, aku tak nak tinggal dengan orang yang tak terima aku. Yelah, dari sakit hati berterusan lebih baik jangan masuk sama sekali. Kan."
"Kau faham aku. Tengok sekarang, lebih dari 20 kali ayah aku call. Tapi tak aku angkat, buang masa."
"Angkatlah. Dia ayah kandung kau juga. Dia dah laksanakan tangunggjawab dia sebagai ayah. Semua keperluan kau dia penuhi, hanya saja keluarga dia toksik."
"Nantilah."
"Oh ya, berapa hari kau dekat sana?."
"Entah, aku pun tak tahu. Tapi yang pasti, esok aku balik. Sebab nak cari pengganti aku. Kau boleh tolong tak?."
"Ni pasal cabaran boss Han iblis kita tu ke?. Oi, kalau kau berhenti sekalipun, dia tak rugi sama sekali. Ni tak, tahan kau sampai bagi cabaran 5 hari untuk cari pengganti serupa dengan kau. Gila ke apa?. Kau nak tahu, aku kerja dengan dia hampir 4 tahun. Tak pernah lagi dia macam ni. Tahan-tahan pekerja. Kalau ada pun yang resign, di persilakan. Tapi tidak untuk kau. Ke korang, ada hubungan special?."
"Gila ke apa?. Ada hubungan dengan suami orang."
"Aku hanya teka je. Tak payahlah terkejut. Jadi kau nak aku tolong apa?."
"Aku dah hantar ciri-ciri yang Tuan Han nak, jadi pandai-pandailah kau cari. Tolong aku ya."
"Mudah je tu. Kau jangan risaulah. Nanti, kalau aku dah jumpa. Aku chat kau tau."
"Terima kasih Mia, kau yang terbaik."
"Sama-sama. Dahlah, aku nak tengokkan mak kau. Kot-kotlah ayah kau datang lagi."
"Baiklah. Jaga dia tau, kalau ada pape. Cepat-cepat call or mesej aku tau."
"Baiklah. Jaga diri."
"Kau juga. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam, bye."
"Bye." Balas Reen, lalu menamatkan panggilan.
'Oi, mana aku nak cari ni?.' Keluh Reen.
Di bukanya email, lalu melihat siapa saja yang berminat untuk mengantikan dirinya. Memang ada banyak, tapi tidak sesuai dengan kemahuan bossnya yang serba sempurna itu.
"Dah jumpa pengganti kamu?." Soal Han, sambil melabuhkan punggungnya di hadapan Reen.
"Oi, terkejut saya."
"Saya manusia, bukan hantu. So, dah jumpa ke?. Saya tak sabar nak tahu keputusannya." Soal Han lagi, sambil tersenyum perli pada Reen.
"Jangan terlalu yakin. Ni Reenlah."
"Saya yakin bahawasanya kamu takkan dapat jumpa, pekerja yang memenuhi kehendak saya. Jika ada pun, saya akan siksa dia. Sampai mampus."
"Apa yang tuan nak sebenarnya?."
"Apa yang saya nak?. Saya hanya menikmati hidup ni, salah ke?."
"Suka hati tuanlah, yang pasti saya akan cari pengganti saya lalu resign secepatnya. Pasal tuan nak siksa dia, itu terpulang pada tuan. Saya tak kisah. So, baik tuan pergi masuk tidur. Kang ada yang nampak kita berduaan dekat sini, tak pasal-pasal kena tangkap basah. Masalah lagi yang datang. Saya tak nak ada permasalahan dengan Puan Zara."
"Kamu takut?."
"Gila tak takut."
"You know kenapa saya tak nak kamu resign?."
"Kenapa?."
"Secret."
"Ala, tak bestlah kalau macam ni."
"So nah. Happy birthday to you, semoga karma baik sentiasa mengikuti setiap langkah kaki kamu tu." Ucap Han, sambil menyerahkan kotak kecil berwarna merah pada Reen.
"Ai, macam mana tuan tahu harini birthday saya?."
"Tak payah tanya, saya takkan jawabnya. So, bukaklah hadiah tu."
"Apa ni?." Soal Reen, lalu membuka kota tersebut.
"Suka?."
"What!?. Gelang cartier!?. Biar betul."
"Betullah. Jangan risau tu original, bukan beli dekat shopee."
"Mahal ni tuan, ambil balik."
"Ambil jelah. Saya dah bagi. Lagipun berapalah sangat gelang tu. Tak bagi saya miskin sedikit pun. Kalau kamu tak ambik, saya singkatkan masa pencarian kamu jadi 2 hari. Nak?. Saya ok je."
.
"Ok, ok. Saya ambil. Terima kasih, tapi lain kali tak payah susah-susah beli barang mahal macam ni. Sepatutnya tuan beri ni pada isteri tuan. Mesti dia sukakan."
"Dia ada banyak, setakat gelang macam tu. Dia tak pandang. Ambil jelah, jangan banyak songeh."
"Terima kasih sekali lagi."
"Tapi jangan salah faham ya, saya bagi gelang ni sebab, harini hari jadi kamu. Bukan sebab lain. Harap maklum."
"Saya fikirkan apa. Saya tak seperasan tulah."
"Mana tahukan. So, saya masuk dalam dulu. Ingat, 4 hari lagi. Saya tak sabar menyaksikan kekalahan kamu. Good luck." Pamitnya, lalu melangkah pergi.
'Hoi, sempat ke ni?.' Kesalnya.
Share this novel