BAB 3~CURIGA

Romance Completed 45053

AWAL pagi lagi Zara sudah bersiap-siap untuk pulang ke Malaysia setelah habis pekerjaannya di Paris. Barang di susun kemas, tidak lupa hadiah untuk suami tercinta. Hadiah yang ia pilih sendiri, sebagai permintaan maaf kerana tidak hadir di hari penting suaminya.

"You dah nak Malaysia ke?. Cepatnya, nanti-nantilah. Lagipun kita ada event 4 hari lagikan. Buat apa balik."

"I dah janji dengan Han, untuk sambut birthday bersama. Takkanlah I mungkir janji pulak."

"Nampaknya you sayang sangat dekat Han, yang I ni. You anggap apa?."

"Gila tak sayang. Suami I kot, and you simpanan yang paling I sayang. Seimbangkan."

"You ni isteri nakal ya. Kalaulah Han tahu, mati kita. You tak takut ke?."

"Tak. Sebab dia sayang I. Sepatutnya, I yang tanya you. Tak takut ke?. Korang kawan rapat tau. Han dah anggap you sebahagian dari keluarga dia. So, you lebih nakal dari I sebab you khianati persahabatan korang."

"Itu sebab hati ni terlanjur sayang you, sampaikan I tak takut pada resikonya."

"Sebab tu I sayang, sebab kita sama-sama gila."

"Pasangan gila. Aneh bukan?. Jadi, you balik ke ni?."

"Sehari je. Bolehkan?."

"Sudah tentu sayang." Jawabnya sambil memeluk erat tubuh gadis yang amat ia cintai.

"I love you."

"I love you too sayang."

Pelukkan di balas dengan pelukkan, sehingga lupa akan status mereka. Ini kerana cinta yang membara, sehingga tidak takut akan resikonya.

*****

HAIRAN Rid ketika bossnya tiba-tiba saja ada di rumahnya, dengan membawa senyuman lebar, sehingga membuat dirinya gugup oleh kerana senyuman yang jarang Han tunjukkan pada siapa-siapa, kecuali itu Puan Zara. Baru senyuman itu akan terukir dengan lebarnya.

"Saya ada buat salah ke tuan?." Soal Rid, yang berdiri di samping Han sedangkan di rumahnya sendiri.

"Ai, duduklah. Kenapa kau berdiri?."

"Oh ya."

Rid pantas melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Han, sambil menuangkan wine ke gelas bossnya.

"Jemput minum tuan."

"Besar jugak rumah kau ni ye. Mengalahkan rumah aku." Puji Han.

"Mana ada tuan. Biasa-biasa je, itu pun berkat saya kerja dengan tuanlah saya dapat buat rumah sebesar ni. Tuan banyak bantu saya wujudkan satu-persatu impian saya. Terima kasih tuan."

"Tak perlu berterima kasihlah. Ni semua atas usaha kau sendiri, aku hanya bayar je apa yang kau buat untuk aku. Ni, mana ayah dan mak?. Sunyi je rumah."

"Ayah dan mak saya dah balik kampung, semalam. Sebab tulah sunyi, maklumlah mereka nak urusan majlis perkahwinan adik saya, si Wawa." Jawab Rid.

"Wawa baru 17 tahunkan, awalnya kahwin. Tak habis sekolah lagi. Kenapa korang benarkan?."

"Budak zaman sekarang tuan, nak larang nanti buat maksiat pulak. Saya dah puas nasihatkan dia, tapi tulah telinga letak dekat kaki. Kenal cinta, sampai lupa masa depan. Sejujurnya saya kecewa tuan. Kecewa sangat."

"Kenapa pulak?."

"Saya hanya kecewa kerana dia lebih memilih cinta daripada masa depan dia sendiri. Dia tak hargai langsung usaha saya untuk dia, sampaikan saya sanggup berhenti sekolah dan bekerja di usia muda semata-mata nak dia hidup senang, belajar dengan selesa. Tanpa harus berhutang pada pihak sekolah lagi. Saya tak mengharapkan apa-apa dari dia, hanya saja saya nak tengok dia berjaya. Itu saja. Tapi nak buat macam mana lagikan, dia lebih memilih jalan sendiri. Saya hanya mampu berdoa yang terbaik buat dia jelah." Ujar Rid.

kelihatan dari matanya. Han dapat rasakan, betapa kecewa Rid pada adik satu-satunya itu.

"Kau dah melaksanakan tugas kau sebagai seorang abang, jadi terpulang pada dia menjalaninya sebagai seorang isteri nanti. Harap dia tak menyesallah dengan pilihan dia ni. Dahlah, masanya fokus pada kebahagiaan sendiri. Itu yang penting."

"Baiklah tuan. Apa-apapun terima kasih, sebab sudi dengar luahan hati saya. Rasa ringan sikit, dari tadi."

"Takda masalah."

"Oh ya, lain kali tak payah susah-susah datang sinilah tuan. Kalau tuan perlukan saya, just call or mesej saya. Sesegera mungkin, saya ke tempat tuan."

"Apa yang susahnya, aku pakai kereta bukan jalan kaki. Lagipun, aku ada perkara penting nak di bicara berdua dengan kau."

"Apa dia tuan?."

"Kau kenal Reen?. Maid dekat rumah aku."

"Putri Ereen Nasyaa. Benarkah?." Teka Rid.

"Tepat sekali, kau tahu latar belakang dia atau siapa dia sebelum jadi maid. Dia nampak mencurigakan. Kau tak rasa macam tu ke?."

"Mencurigakan macam mana tuan?. Saya nampak dia biasa-biasa je. Mungkin saya tak tinggal bersama dia kot. Tulah saya tak tahu. Kenapa tuan?."

"Dia nampak bukan orang biasa-biasa. I mean dia anak orang kaya."

"Bagaimana bisa tuan berfikir sejauh tu?. Apa yang Reen buat, sampai tuan curiga pada dia. Reen bukan orang baru tau, dia dah setahun kerja dengan tuan. Kenapa baru sekarang tuan curiga?."

"Aku dah lama perhatikan dia. Apa yang aku dapat, dia memang sesuatu. Kau tahu, kalung yang dia pakai tu brand Louis vuitton. Harga atas RM 100,000. Maid, mana mampu beli kalung seharga sebiji kereta. Mustahil."

"Hanya kerana kalung tuan curiga?."

"Yelah. Mahal kot."

"Mungkin tuan tak pernah belanja online, tulah sebabnya tuan tak tahu."

"Maksud kau?."

"Maksud saya, kalung Louis vuitton banyak di jual dekat shopee atau app lain. Harga pulak berpatutan. Kalau tak percaya, tuan boleh tengok sendiri."

"Tak juga, semalam aku bagi dia gelang cartier. Respon dia biasa je. Tak macam orang lain, kalau dapat benda mahal. Menambahkan lagi kecurigaan aku."

"Ok, macam ni. Apa yang tuan nak sebenarnya?. Adakah nak saya siasat siapa dia, atau ada tugas lain terkait dengan dia."

"Aku nak kau halang dia cari pengganti, yang akan mengantikan dia. Aku hanya nak dia jadi maid, bawah jagaan aku. Boleh kau buat untuk aku?."

"Boleh. Tapi kalau boleh saya tahu, kenapa tuan nak sangat dia terus bekerja dengan tuan?. Apakah di sebabkan wajah dia serupa dengan arwah Cik Izyan."

Tekaan Rid hanya Han balas dengan diamnya saja.

Ya, Izyan merupakan adik kepada Han yang telah meninggal dunia di sebabkan penyakit yang menyerangnya sehingga tidak dapat lagi di selamatkan. Dari wajah, hingga umur arwah Izyan memang serupa dengan Reen. Apalagi, ketika Reen tersenyum. Itu benar-benar seiras. Adakah itu alasan kenapa Han mempertahankannya?.

*****

SEMENTARA di sebuah restorant, terlihat Madam Yasmin sedang menikmati hidangannya, bersama Roy yang merupakan assistantnya.

"Kenapa nak jumpa saya ni?. Tak tengok saya tengah bercuti ke sekarang?."

"Maaflah Madam, saya bukan sengaja ikut Madam sampai kemari. Tapi saya ada sesuatu yang mengemparkan. Madam nak tengok."

"Apa dia?. Kalau tentang orang lain, baik tak payah. Saya tak nak dengar."

"Nah. Ni gambar fresh, yang orang-orang kita dapat semalam." Kata Roy, sambil menunjukkan beberapa  gambar kepada bossnya.

Madam Yasmin pun mengamati setiap gambar tersebut, membuatkan bibirnya mengukir senyuman lebar.

"Benarkah gambar ni?. Bukan edit?."

"Bagaimana bisa, kami mengeditnya. Ni gambar paling sempurna menurut saya. Lagipula, Bik Yaem menyatakan yang Tuan Han memang menginap di villa dekat ladang anggur bersama Reen. Adakah gambar ni, masih di kira edit?."

"Seriusly?, wah. But, hanya Reen je ke yang dia bawa. Tania, Mak Ja, Bik Yaem?. Mereka tak ikut sekali?."

"Bik Yaem cakap, Tuan Han hanya mahukan Reen saja yang ikut bersama dia, siap drive sendiri lagitu. Katanya, Reen faham dia. Tahu apa yang dia mahukan. Bukan itu saja, dia dah tahu tentang Reen nak resign."

"Macam mana dia tahu?. Masalah ni, hanya saya, kamu dan Reen saja tahu. Macam mana boleh tersebar, sampai ke telinga dia." Hairannya.

"Itu saya tak tahu. Tapi yang pasti, dia minta borang resign Reen katanya nak tengok detailnya. Jadi saya bagi jelah. Tak salahkan."

"Kenapa dia nak borang resign Reen?."

"Saya pun tak tahu jawapannya. Nak tanya lebih, nanti saya juga yang binasa. Madam tahu sendiri, perangai anak Madam seperti apa. Suka siksa orang. Seram."

"Ni menarik. So, saya nak balik Malaysia sekarang ni juga."

"Ai, saya baru je sampai. Dah nak pulang. Bagi saya enjoy dululah Madam, bersama awek-awek Bali."

"Kalau nak enjoy, di persilakan. Saya nak balik." Tegas Madam Yasmin.

"Oi, merajuk pulak dia. Baiklah Madam. Saya belikan tiket sekarang ya."

"Ni baru assistant saya." Pujinya.

"Semestinya."

*****

11:43 Malam,

TERLIHAT Reen selamat sampai di Villa bossnya selepas penat mencari orang yang sesuai untuk mengantikan posisinya nanti. Namun, setakat ini tidak ada yang sesuai yang memenuhi cita rasa bossnya.

'Penatnya, kalau macam nilah baik aku menyerah. Duit hilang, apa yang aku ada. Sakit jelah.' Keluhnya.

"Ehem, ke mana saja kamu?. Sekarang dah nak pukul 12, baru nak balik."

Suara garau itu, membuatkan langkah Reen terhenti, lalu pantas menolehnya.

"Eh, tuan. Kenapa tak tidur lagi?. Tidurlah. Bukankah esok, tuan kena bangun awalkan, sebab nak jemput Puan Zara."

"Jangan nak tukar topik, kamu pergi mana?. Sekarang baru ingat nak balik. Ingat ni hotel ke, boleh pergi habistu pulang sesuka hati kamu."

"Maafkan saya tuan. Sebenarnya, tadi lagi saya dah sampai. Tapi tulah, kereta rosak. Habistu kena tipu dengan abang grab pulak, katanya sangup hantar saya sampai villa, rupanya scam. Semua duit cash saya, habis di ambil abang tu. Tapi takpalah. Nak marah pun takda guna. Benda dah jadikan. Nasib baiklah kad dan barang penting saya tak bawa. Kalau tidak, nangis tak bersuaralah jawabnya."

"Kena rompak!?."

"Ya, kena rompak."

"Dia tak apa-apakan kamukan?." Soal Han, sambil membelek-belek tubuh Reen, memastikan bahawa gadis itu baik-baik saja.

Pantas Reen menjauhkan diri dari Han, yang terus menerus menyentuh tubuhnya.

"Terima kasih atas keperduliannya. Saya ok, jangan risau. Kalau saya tak ok, bukan sini tempatnya. Melainkan hospital. So, kalau takda lagi benda penting nak di bahas. Saya masuk dalam dulu. Good night." Pamitnya lalu segera melangkah pergi, oleh kerana takut akan kekhawatiran bossnya yang berlebihan itu.

"Reen !." Panggil Han, dengan nada sedikit tinggi.

Membuatkan langkah Reen serta merta terhenti,

'Aduh, apa orang tua ni nak.' Gumannya, lalu berpaling menatap bossnya semula. "Ya, ada apa tuan?."

Han pun berjalan menghampiri Reen, dengan membawa wajah mendatarnya. Hanya dengan memasang wajah seperti itu, sudah berjaya membuatkan Reen gugup sehingga tidak berani menatap mata pemuda itu.

"Kamu cakap, bahwa kamu baik-baik saja. Tapi saya tak rasa, kamu benar-benar baik-baik saja." Kata Han, sambil menaikkan dagu Reen agar gadis itu menatapnya.

"Kenapa pulak?."

"Jangan bohonglah Reen, tak penat ke?. Asyik tipu saya. Tak takut dosa ke?."

Pantas Reen mengelak dari terus di sentuh dagunya.

"Saya ok, jangan risau."

Namun Reen sepertinya tercium bau yang tidak menyenangkan datangnya, dari Han.

"Eee, tuan mabuk ke ni?."

"Mana ada saya mabuk, buktinya. Saya masih waras, dan masih boleh kenal siapa gadis degil, depan saya ni."

"Siapa degil. Saya?."

"Siapa lagikan."

"Saya degil pada orang yang takda lubang telinga seperti tuan. So, kalau takda benda lagi nak di bahas. Saya izin pergi. Good night tuan." Pamit Reen, lalu melangkah pergi.

Buk.., (Bunyi keras yang membuatkan Reen berpaling semula pada Han.)

"Ya Allah. Kenapa ni tuan?." Soal Reen pantas menghampiri Han yang terlihat pucat, di tambah hidungnya pula berdarah. Ini tidak lain, tidak bukan mesti penyakitnya, kembali kambuh.

•••

SETELAH tersedar dari pengsannya, liar mata Han mencari-cari keberadaan Reen. Namun yang ada di biliknya sekarang, bukanlah gadis yang ia cari, melainkan ibunya yang memandang sinis padanya.

"Mama!."

"Ya, mama. Kamu mengharapkan siapa?. Isteri tak guna kamu tu."

"Ma, apa cakap macam tu. Tak baiklah."

"Salah ke?. Memang betulkan. Kalau isteri kamu tu sayang, bahkan cinta kamu. Dia takkan biarkan suaminya tinggal sorang-sorang dalam keadaan kamu baru nak pulih ni."

"Dia sibuk ma, Han faham. Lagipun ni juga silap Han, sebab lupa makan ubatkan. Tulah penyakit Han kambuh. Mama jangan risaulah."

"Jangan risau kamu cakap. Mak mana yang tak risau kalau anaknya jatuh pengsan macam ni. Nasib baik ada Reen tau, kalau tidak mati sia-sialah jawabnya."

"Cakap tentang Reen, mana dia?."

"Kenapa cari dia?."

"Han tanya je, salah ke?. Lagipun, Han nak berterima kasih pada dia, sebab dah bantu Han tadi."

"Dia dah pergi, katanya nak jumpa seseorang."

"Oh."

"Kamu nak tahu, dia sepanjang malam jaga kamu sampai hitam bawah mata dia. Mama yakin yang dia tak tidur semalam. Kesian tengok dia. Habistu, mama dengar yang kamu bagi dia masa 5 hari untuk cari pengganti. Boleh mama tahu, apa alasan Han tak benarkan dia resign?."

"Roy ke yang bagitahu mama?." Soal Han, dengan menatap sinis assistant ibunya. Membuatkan Roy hanya menunduk kepalanya saja.

"Sakit, sakit pun masih saja kejam. Tak pandai insaf. Kalau Roy tak bagitahu, adakah kamu akan suka rela memberitahunya?."

"Han takda alasan untuk itu. Hanya saja Han malas nak ada pekerja baru lagi. Reen dah cukup sempurna dalam mengurus Han."

"Kalau Reen cukup sempurna buat Han, apakata kamu kahwin dengan dia je. Biar dia jadi isteri kamu, jaga kamu lebih baik dari Zara."

Betapa Han terkejut, ketika mendengar pendapat ibunya yang menurutnya berlebihan.

"Ma. Macam mana mama boleh terpikir sejauh tu?. Han dah ada isterilah."

"Ada isteri ke tak, ada mama kisah. Jika isteri kamu pandai jaga kamu beserta rumahtangga kamu. Mama tak mungkin berfikir sejauh ni. Itu salah Zara. Mama dah bagi banyak peluang pada dia. Tapi malangnya, dia masih dengan ego dia."

"Zara hanya mengejar cita-cita dia, dan Han faham tu."

"Walaupun mengejar cita-cita, takkan tak boleh seimbangkannya kot. You know, banyak je artis dan model di luar sana berkeluarga. Mama tengok masih popular je, meskipun di kurniakan anak. Badan masih bagus, dan sama sekali tak menggangu karier mereka. Alasan apalagi yang kamu nak bagi untuk menutupi isteri kamu tu?."

"Han sayang Zara, hanya dia. Lagipun Han hanya anggap Reen hanya sekadar adik. Itu sahaja. Umur kami juga jauh beda. Dia 22, dan Han 40. Dia masih muda, dia boleh cari lebih baik dari Han. Please, jangan berfikir yang membuatkan rumahtangga Han musnah."

"Mama tak kisah, dengan pendapat kamu. Apa yang mama nak, kamu harus turuti. Jika tidak, posisi chief executive officer. Mama bagi pada Imran. Yelah jika di fikirkan balik, kamu tak layak berada di posisi tu. Kerana apa?. Kerana syarat untuk mengambil alih posisi chief executive officer perlu mempunyai pewaris sekurang-kurangnya seorang. Tahukan tentang ni." Ujar Madam Yasmin, membuatkan Han terdiam.

"Mama dah tua, mama perlu segera bersara. Sampai bila mama harus menunggu sedangkan kamu langsung tak bertindak." Tambahnya. "Kamu tahu sendiri, ni bukan syarat yang baru di buat semalam, ni syarat yang telah nenek moyang kamu buat untuk generasi yang akan datang. Itu kamu. Tapi kamu langsung tak ambil tahu tentang syarat tu. Ingat mama akan bagi posisi chief executive officer, suka hati je ke?. Sorry to saylah, ni amanah papa. Kita harus turuti. Jadi pilihan di tangan kamu. Jika Zara masih berkeras juga, jangan segan jumpa mama. Akan mama aturkan perkahwinan kamu, dengan gadis pilihan mama." Kata Madam Yasmin.

Seketika Madam Yasmin, menatap Roy lalu mengukirkan senyuman lebar padanya. Kalini, Han pasti akan terperangkap dengan ugutannya, kerana Han begitu sayang akan 'G.H(Golden Hour) GROUP'. Dia yakin, Han akan buat apa saja untuk mendapat posisi tertinggi di company itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience