BAB 1~SETUJU

Romance Completed 45053

PAGI yang indah di hujung minggu, terlihat Han sedang menikmati sarapannya sendiri, oleh kerana isterinya berada di Paris sekarang. Mengikuti Paris fashion week di sana selama seminggu, sedangkan hari ini adalah ulang tahunnya. Hanya pesan saja yang isterinya berikan padanya, itu sudah cukup buat dia bahagia.

"Selamat ulang tahun tuan. Semoga Allah memberikan tuan umur yang panjang, kesehatan yang baik, dan kebahagiaan yang tak terhingga. Semoga semua impian dan harapan tuan menjadi kenyataan. Amin." Ucap Bik Yaem.

"Amin. Terima kasih atas ucapannya."

Seketika liar mata Han mencari-cari keberadaan ibunya yang dari tadi tidak kelihatan. Selalunya, dialah yang paling awal duduk bersarapan sebelum dirinya.

"Mana mama?."

"Madam dia ada perjumpaan dengan kawan dia, mungkin tak balik malam ni."

"Perjumpaan dengan siapa?."

"Puan Inara, tuan. Mereka ada party dekat Bali. Katanya party hari jadi anak kepada Puan Inara. Bunga."

"Bali!?. Kenapa dia tak bagitahu saya?." Soal Han sedikit terkejut. Yelah, ibunya langsung tidak memberitahunya tentang penerbangannya ke Bali.

"Tak tahu tuan. Itu yang saya tahu, selebihnya saya tak tahu tuan."

"Mama memang macam tu, anak orang lain di beratkan. Anak sendiri?. Aku ni anak kandung dia, bukan anak tiri. Tapi takpa, saya juga tak perlukan dia. Oh ya, malam ni saya bermalam di villa dekat ladang anggur. Jangan susah-susah masak, masak untuk korang je."

"Baiklah tuan."

Datanglah Reen, membawa susu di atas dulang. Lalu di hidangnya di atas meja.

"Ni tuan, susunya."

"Terima kasih."

"Sama-sama tuan." Balas Reen, lalu menyusun langkah untuk pergi.

"Oh ya Reen."

Serta merta langkah kakinya terhenti, lalu berpaling semula menatap bossnya.

"Ya tuan."

"Macam mana dengan Puan Zimah?. Saya dengar dia baru selesai pembedahankan. Semua berjalan dengan lancar ke?."

"Alhamdulilah dia semakin membaik, hanya saja memerlukan rehat secukupnya. Mungkin esok atau lusa dia boleh pulang ke rumah tuan."

"Baguslah. Nanti saya suruh Rid tranferkan duit, untuk bayar bil hospital."

"Eh tak perlu tuan, bil hospital dah di lunaskan." Tolaknya.

"Dah di lunaskan?. Ok, kalau macam tu kamu free tak harini?."

"Kenapa tuan?." Soal Bik Yaem penasaran.

"Saya tanya Reen, bukan Bik Yaem. Bagi saya jawapan sekarang Reen."

"Ya, saya free. Nak ke mana?."

"Baguslah, saya nak ajak kamu untuk ikut saya ke villa. Yelah, saya memerlukan seseorang untuk masak di sana nanti. Masakkan kamu, memenuhi cita rasa saya. Saya suka."

"Bukan dekat sana ada tukang masak ke?."

"Kan saya dah cakap, yang masakkan kamu memenuhi cita rasa saya. Kamu juga tahu ubat apa yang harus saya makan. Tahu apa yang saya nak. Kenapa, kamu sibuk ke?."

Bik Yaem dan Tiana saling menatap satu sama lain, sedangkan mereka senior di rumah ini. Kenapa Reen yang di ajaknya.

"Oh ya, lupa pulak. Saya ada aktiviti petang ni, tuan ajak yang lebih senior dari sayalah. Mereka lebih tahu apa yang tuan inginkan."

"Saya tak kisah kamu nak ke tak nak. Ni arahan saya, kamu harus turuti. Jika tidak, tanggunglah akibatnya." Ugut Han.

"Baiklah. Saya ikut." Pasrah Reen.

"Ok. Kalau macam tu, sekarang juga kita berangkat. Kalau tidak, malam baru sampai."

"Tuan drive sendiri ke?. Hanya berdua." Soal Tiana.

"Ya, saya drive sendiri. Kenapa, nak laporkan pada isteri saya ke?, atau ibu saya?." Soal Han, sambil menatap silih berganti wajah pembantunya.

Wajah bengis Han membuatkan semua pekerja menundukkan wajah saja.

"Saya ingatkan Bik Yaem dan Tania. Kalau saya dengar ada yang buat cerita tentang kami yang bukan-bukan. Korang berdua, orang pertama yang saya cari, juga setiap orang yang ada dekat sini. Tiada kecualian. Saya tak main-main. Korang kenalkan siapa saya, perangai saya macam mana. Jika saya tahu siapa orangnya. Siap saya kerjakan. Ingat tu." Ugut Han.

"Faham tuan." Kata mereka serentak.

*****

THE LION MEDICAL CENTER,

Terlihat Puan Zimah kedatangan bekas suaminya, namun dia pasti bahawa kehadirannya bukanlah sekadar untuk melawat dirinya. Melainkan, mencari Reen anak mereka bersama.

"Macam mana abang tahu Zimah ada dekat sini?."

"Kenapa tanya, awak tahu sendiri jawapannyakan. Tak perlu saya jelaskan panjang lebar. Buang masa je." Jawab Tuan Rafael.

"Oh, lupa pulak nikan hospital keluarga awak. Mestilah awak tahukan. Maklumlah awak tak terlalu penting dalam hidup saya, sebab tu saya tak berapa ingat."

"Saya datang sini, dengan niat nak berdamai. Tak nak adu mulut dengan awak, kerana awak sakit sekarang. Seharusnya, jangan terlalu bertenaga. Takut nanti mati cepat."

"Terima kasihlah sebab dah risaukan saya, dan jangan risau saya tak semudah tu untuk mati, sebab saya nak tengok sampai mana awak tahan ikut kata mama awak tu."

"Jika awak benci saya, hanya saya jelah. Buat apa libatkan mama."

"Masih tak sedar lagi, ya terpulang. Ni, datang sini nak apa?. Siap bawa pengikut lagi, nak bunuh saya ke?."

"Kalau saya bunuh awak dapat imbalan RM999Juta, saya nak. Jika hanya sekadar bunuh, buang masa dan tenaga."

"Dah tahu buang masa, di persilakan keluar dari ruangan ni."

"Saya pun tak hinggin nak lama-lama dekat sini."

"Dah tu nak apa?."

"Mana Reen?."

"Reen?. Kenapa cari dia?."

"Sekarang giliran saya yang jaga dia, itukan perjanjian kita. Harini genap dia 22 tahun. Seharusnya saya dah menagihnya sebelum dia mencapai 22 tahun. But saya faham, awak sakit memerlukan dia untuk jaga awak. Jadi sekarang awak dah sihat, tolong tunaikan perjanjian kita."

"Saya tak pernah melarang Reen untuk jumpa awak, hanya saja dia tak nak jumpa awak."

"Saya tahu alasan kenapa dia tak nak jumpa saya."

"Apa dia?."

"Kerana awak yang hasut Reen yang bukan-bukankan, supaya dia benci saya. Sedangkan setiap bulan saya bank in duit untuk Reen sejak kita cerai lagi, mana duit tu pergi?."

"Oi cik abang, ni 2023lah. Semua perlukan duit, saya juga perlukan duit bukan Reen saja. Setakat 5K sebulan. Tak sampai sebulan, dah habis beli tu, beli ni. Fikirlah."

"Duit tu cukup kalau hanya untuk Reen. Kalau untuk awak, pandai-pandailah cari sendiri. Masih mudakan. Duit tu untuk Reen. Saya tak nak dia kerja. Kalau dia nak kerja sekalipun, kerja dekat tempat saya. Senang sikit saya pantau."

"Dah terlambat nak mempersoalkan tentang kerja, sebab dia dah kerja sekarang ni."

"What!?. Kenapa, awak benarkan dia kerja?."

"Dia yang nak sendiri, saya tak halang. Lagipun, dia bosan katanya. Biarlah dia kerja. Dekat rumah, apa yang dia buat."

"Dekat 'THE LION' banyak lagi jawatan kosong. Tak perlu susah-susah cari kerja tempat lain. Awak nikan, suka buat Reen macam hamba. Saya tahu awak benci saya, tolong jangan tempiaskan kemarahan awak pada dia. Dia tak salah. Kalau awak nak hukum saya, hanya saya. Tolong, jangan buat macam ni pada Reen. Saya mohon." Mohon Tuan Rafael.

"Saya buat apa?. Ada saya dera dia ke?. Takkan. Lagipun itu keinginan dia, takkanlah saya nak halang dia pulak. Hei awak dengar sini, saya tak pernah terpikir nak jadikan dia hamba, tak tahulah nanti kalau dia tinggal dengan mak awak. So, daripada anak saya nanti jadi hamba mama awak. Lebih baik lupakan saja tentang perjanjian kita."

Panas hati Tuan Rafael mendengar kata-kata dari bekas isterinya itu.

"Perjanjian, tetap perjanjian. Saya tak kisah dengan pendapat awak tentang kehidupan dia selepas tinggal dengan saya, kerana Reen dalam lindungan saya. Mama takkan berani apa-apakan dia."

"Itu di depan mata awak, jika di belakang. Siapa yang tahu. Dahlah pulang, saya nak rehat. Lain kali, kita adu mulut lagi. Oh ya, tentang Reen. Saya tetap takkan izinkannya. Sorry." Tegas Puan Zimah.

"Okay, takda masalah. Tapi ingat, saya takkan tinggal diam." Balas Tuan Rafael, lalu melangkah pergi bersama pengikutnya.

'Gila punya jantan.' Kesalnya.

*****

DALAM perjalan yang memerlukan 4 jam untuk sampaikan ke ladang anggur milik Han. Terlihat Reen hanya mendiamkan diri, oleh kerana takut pada bossnya itu.

"Kamu masih muda, kenapa lebih memilih kerja memenatkan macam ni?." Soal Han memecahkan kesunyian ini.

"Taklah, saya dah biasa. Lagipula, habis minggu ni saya berhenti."

"Berhenti?."

"Ya, berhenti. Saya dah hantar borang resign pada Madam Yasmin dan dia setuju dengan itu."

"Why?."

"Saya nak rehat, jaga mak saya. Diakan baru lepas bedah. Jadi saya nak fokus pada dia."

"Saya tak setuju."

"Kenapa pulak?. Madam Yasmin dah setujukan."

"Itu mama, saya tidak. Kenapa tak bagitahu saya dulu?."

"La, saya ingatkan Madam Yasmin dah bagitahu tuan tentang saya. Tapi takpalah, meskipun saya resign, tuan takkan rugi sesen pun. Malah, penganti saya nanti mesti lebih bagus dari saya. Saya yakin tu."

"Saya tak benarkan kamu resign. Ye pun nak jaga Puan Zimah, kamu boleh minta cuti atau masa kerja di kurangkan. Saya beri kelonggaran untuk kamu ataupun saya upah orang untuk jaga mak kamu. Asalkan kamu jangan berhenti."

"Terima kasih atas perhatiannya, tapi saya tetap nak berhenti. Tuan tak boleh halang saya untuk resign. Tolong faham saya."

"Saya faham kamu, tapi resign hanya kerana nak jaga mak tak masuk akallah. Kamu tak perlukan duit ke?." Kesal Han.

"Kenapa tuan pulak yang kesal. Lagipun siapa yang tak nak duitkan. Saya memang perlukan duit untuk terus hidup. Tapi jika di fikirkan balik, mak saya lebih berharga dari duit. Saya sayang dia."

"Ok macam ni. Saya naikkan gaji kamu 2 kali ganda, itu bermakna setiap bulan kamu dapat RM 10,000. Tawaran besar bukan?."

"Tuan, kenapa susah sangat nak lepaskan saya. Saya bukan orang penting pun. Please, biarkan saya resign."

"Ok. Ok fine, kamu boleh resign. Tapi dengan syarat."

"Syarat?. Apa dia?."

"Mudah saja. Saya bagi kamu masa, 5 hari untuk cari penganti serupa seperti kamu. Jika tidak, teruslah jadi pekerja saya sampai bila-bila. Saya masih sanggup bayar gaji kamu."

Seketika Reen menghela nafas panjang,

"5 hari!?. Mana cukup tuan. Paling-paling pun, sebulan ataupun paling singkat dua minggu. Tuan nak siksa saya ke apani?." Kesal Reen.

Soalan Reen hanya Han balas dengan senyuman saja, membuatkan Reen bertambah kesal dengan tingkah bossnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience