PROLOG

Romance Completed 45053

'AKU terasa tersiksa di tubuh ini yang hanya rasa sakit sahaja yang kurasakan. Penderitaan yang tiada penghujungnya. Kenapa aku tetap bertahan, sedangkan sudah jelas bahwa hidupku penuh dengan penderitaan, kehancuran, bahkan hampir separuh jiwaku pergi. Kenapa Allah tidak menjemputku saja?."-Reen.

•••

  DI tatap lama wajah isterinya yang amat ia cintai, bahkan cintanya seluas lautan yang tiada penghujungnya. Tidak terasa, kini Genap 4 tahun usia perkahwinan mereka. Tidak terasa waktu cepat saja berlalu.

4 tahun yang sangat bermakna, bagi Han dan Zara semestinya ada pahit dan manisnya. Namun hakikatnya lebih banyak pahit daripada manisnya. Tapi itu hal biasa dalam rumahtangga, tidak hairan jika ada pentengkaran, salah faham, dan sebagainya.

"Kenapa pandang sayang macam tu?. Malulah." Soal Zara, tersipu malu.

"Happy anniversary sayang. Tak terasa dah 4 tahun usia berkahwinan kita. Cinta abang pada sayang tetap sama, takda yang berubah malah makin bertambah. Abang harap sayang pun sama."

"Cinta sayang pada abang takkan pernah berubah, terima kasih sebab masih mencintai orang yang sama. Meskipun sayang banyak kekurangannya. Zara..."

"You know menurut abang, makna sempurna yang sebenarnya adalah ketika kita menemui pasangan yang tepat dan saling melengkapi antara satu sama lain. Itulah kesempurnaan yang sebenarnya. Terbukti, abang sempurna ketika abang bersama sayang. Sayang telah melengkapi kekurangan abang. Terima kasih sayang."

"Aw, sweetnya. Terharu kita. Tapi, bagaimana pula dengan zuriat?. Sayang bukan tak nak ada anak, tapi abang tahu sendiri yang sayang tak boleh. Sayang harus jaga badan, abang tahukan pekerjaan sayang macam mana. Supermodel."

"Jangan terlalu memikirkannya. Abang faham."

"Kalaulah mama sama pemikiran macam abangkan bagus. Sejujurnya Zara stres setiap kali dia mempersoalkannya, belum lagi kalau ada perjumpaan dengan kawan dia. Sakit hati ni."

"Jangan di ambil peduli. Dia memang macam tu, abang pun kadang-kadang tak tahan dengan perangai dia. Sabar ok?. Lagipun, kita berdua bahagia juga walaupun tak di kurniakan anak."

"Aw, terima kasih abang sebab faham."

"Dah. Harini kita happy-happy, tak nak sedih-sedih. Oh ya, nasib baik tak lupa."

"Apa dia?."

"Nah, hadiah untuk sayang." Jawab Han, sambil menyerahkan sesuatu di atas meja.

"Apa ni?."

"Tengoklah."

Zara pun membaca satu persatu muka surat di fail itu. Pada setiap helaian membuatnya ingin menangis terharu, bahagia semua rasa positif menyerangnya kini.

"Terima kasih abang."

"Suka?."

"Suka sangat. Macam mana abang dapat villa ni?, bukankah dah di beli orang lain. How?."

"Sayang tak perlu tahulah. Untuk sayang apa yang abang tak boleh buatkan. Asal sayang suka, abang turut bahagia."

"I love you."

"I love you too honey, all my life."

Senyuman Zara menunjukkan betapa dia bahagia sekarang, membuatkan Han ikut serta bahagia melihatnya. Han berharap, agar senyuman itu kekal sampai bila-bila.

*****

BERAT kaki Reen melangkah keruangan Madam Yasmin, yang merupakan nyonya di rumah bak istana ini. Namun, selama setahun dia bekerja sebagai maid. Belum pernah lagi, nyonya bahkan Tuan Han atau Puan Zara memanggilnya face to face seperti sekarang.

Entah apa salahnya pun, dia tidak tahu lagi. Fikiran yang buntu, hanya rasa takut menyerangnya kini.

"Madam Yasmin." Sapanya.

"Reen. Meh duduk dulu, saya ada sesuatu nak dibincangkan."

"Baiklah Madam."

Reen pun melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan bossnya itu. Rasa gugup semakin menguasai.

"Apa dia Madam?." Soal Reen penasaran.

"Oh, saya hanya nak tanya. Boleh kamu jawab jujur."

"Sure. Apa dia Madam?."

"So, kamu single lagi ke?, atau dah berpunya."

"Saya single lagi, yelah takda masa nak fikir tentang cinta. Saya nak fokus pada kebahagiaan keluarga saya dulu, baru fikir tentang peneman hidup. Kenapa Madam?."

"Baguslah. Saya fikir nak jadikan kamu menantu saya. Kamu orangnya menyenangkan, baik hati, patuh pada orang tua. Semua tentang kamu, saya suka. Mahukah Reen, jadi sebahagian dari keluarga ni."

"Menantu Madam?. Siapa?. Setahu saya, Tuan Han anak tunggalkan. Mana ada adik beradik lain."

"Itu yang saya maksudkan, jadi isteri kedua Han."

Jawapan Madam Yasmin benar-benar membuatkan Reen terkejut.

"Tak. Saya tak mungkin rampas kebahagiaan orang lain, terutama Tuan Han dan Puan Zara. Mereka bahagia berdua."

"Bahagia saja tak cukup."

"Saya tetap dengan jawapan saya. Jika puan terus menekankan saya, maka saya sendiri yang akan mengundurkan diri." Bantah Reen.

"Saya dengar, mak kamu masuk hospital dan memerlukan rawatan selanjutnya. Saya boleh bantu. Tapi tulah, kamu kena bantu saya dulu. Sebagai imbalannya. Itu pun, kalau kamu
berminat. Kalau tidak, takpa. Saya faham." Ujar Madam Yasmin, beserta senyumannya.

Apa yang harus ku lakukan ketika di beratkan dengan dua pilihan yang semestinya akan ada hati yang tersakiti. Jika aku menolaknya, ibuku akan pergi buat selama-lamanya. Hanya ibu yang ku punya sekarang, selepas ayah lebih memilih keluarganya berbanding kami.

"Jangan risau, saya bagi kamu masa. Jika dah ada jawapan nanti, jangan segan bagitahu secepatnya. Pasal rawatan ibu kamu, boleh pakai duit saya dulu. Pandai-pandailah bayarnya semula."

"Kalau saya terima, macam mana dengan Puan Zara?."

"Tentang dia, biar saya yang uruskan. Dia takkan berani, bantah perintah saya. Kamu hanya tinggal kahwin dengan anak saya. Mudah bukan. Kalau kamu belum ada keputusan sekarang, seperti yang saya cakap tadi, saya bagi kamu masa untuk berfikir. Tapi saya harap, kamu setuju." Jawab Madam Yasmin lalu melangkah pergi membawa senyuman puasnya, apabila Reen masuk dalam perangkapnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience