Bab 1

Mystery Series 901

Desa Mambang Putih merupakan desa yang penuh dengan mistik. Ia tidak pelik jika terdapat beberapa orang dari bandar sanggup berjalan jauh demi mendapatkan rakaman tentang paranormal di kampung ini. Dalam desa ini yang jauh dari bandar merupakan titik permulaan hidup untuk seorang budak lelaki yang berani bernama Fateh Arman.

"Haaa! Amek kau!" Jerit Fateh sambil memangkah gasing lawannya yang sedang ligat berpusing di tanah. Gasingnya dibaling tepat ke arah gasing itu membuatkan ia terbelah dua.

"Aduh... Gasing aku!" Ngeluh lawannya melihat gasingnya kini sudah terbelah dua.

"Haaa... Baru kau tahu hebatnya aku. Weh Iwan! Amacam? Cun tak?" Soal Fateh kepada teman karibnya.

"Perghh cun gila! Terbaiklah Fateh!" Ujar Iwan yang teruja melihat teman karibnya itu sekali lagi menjadi juara kampung.

Tiba-tiba sedang mereka bersorak kemenangan Fateh, mereka terlihat sebuah van hitam dengan lambang yang kelihatan seperti krew penerbitan lalu di jalan bertanah berdekatan mereka.

"Ha tu nak cari hantu lah lagi tu. Asyik-asyik datang. Entahlah apa tujuan diorang. Nanti sakit kena sihir liar cari pulak imam dan Tok Din," ujar salah seorang dari teman mereka.

"Biarlah diorang... Kes kene kacau pun makin kurang sikit bila diorang datang. Diorang dok panggil, seru semua biarlah diorang bawa semua jembalang dari kampung ni balik dengan diorang," balas Fateh sambil menggulung gasingnya dengan tali.

"Makin kurang apa? Makin teruk adalah! Kau tak ingat semalam Jin sungai tu kacau Daus sebab krew ni kacau tempat diorang? Jin tu marah la dah asyik-asyik kene kacau je," ujar rakannya lagi memberontak geram.

"Ahh... Lantaklah diorang tu. Asalkan tak kacau kita. Jin sungai tu pun satu... Kalau dah geram dengan krew tu kacau la krew tu asal dia kacau Daus pulak?" Balas Fateh bersahaja.

"Hmm... Yelah Fateh. Aku tahu lah kau suka dengan orang bandar. Diorang pun selalu rasuah kau bagi gula-gula, ais krim bagai," ujar rakannya lagi.

"Eh kau! Tu bukan rasuah eh... Itu upah aku sebab aku selalu tolong diorang. Pantang anak jantan makan rasuah," ujar Fateh bersahaja.

"Dah lah! Jom! Siapa nak start round 2?" Soal Fateh semakin bersemangat.

"Nak start apanya? Habis kau bantai gasing budak-budak ni," balas Iwan sambil tergelak nipis.

"Oh haah lah... Tak perasan pula aku. Rasa sekejap je main," balas Fateh sambil mengaru kepala.

"Ha... Mula lah tu nak berlagak. Asyik-asyik kau je menang. Bila entah nak bagi peluang kat kitorang rasai pulak," ujar rakan lainnya tidak puas hati.

"Hehe... Nak kalah macam mana? Dah aku ni hebat sangat. Cuba kau berlatih lagi. Mana tahu kau pula boleh pangkah gasing aku," balas Fateh bersahaja. Mereka hanya mampu menayangkan wajah menyampah mendengar dari Fateh yang mula berlagak dengan kehebatannya.

"Jom lah Iwan! Akil! Ikut aku pergi mancing pula," ajak Fateh selepas dia mulai bosan dan mula merancang aktiviti seterusnya.

"Ha jom! Dari tadi aku tunggu," balas Iwan teruja lalu mengekori Fateh.

"Kau pergi dengan Iwan je lah. Aku ada hal lain la. Bapak aku suruh aku tolong dia kat kebun petang ni," balas Akil bersahaja.

"Haa... yelah. Nanti bila kau free bagitaulah," balas Fateh memahami dan segera menuju ke sungai yang berada di dalam hutan tidak jauh dari rumahnya.

"Uish... Cantek! Tempat dah baik dah ni," kata Iwan teruja.

"Nah pancing kau. Aku bagi khas untuk kau," ujar Fateh sambil menghulurkan batang pancing yang diperbuat daripada pelepah salak.

"Perghh! Memang terbaiklah kau Fateh. Untung aku ada kawan macam kau. Tau-tau je kau sediakan sekali untuk aku. Terima kasih," balas Iwan teruja.

"Hehe... Yang ni sebenarnya batang pancing lama. Haaa... Aku punya yang ni. Yang baru aku buat semalam hehe," balas Fateh sambil memegang satu lagi batang pancing yang dia sorokkan di dalam batang pokok yang berada berdekatan.

"Hmm... Apa-apa je lah Fateh. Asalkan aku dapat join kau," balas Iwan pasrah.

"Dah lah. Jom kita start. Asyik borak je tapi kerja tak jalan," ajak Fateh lalu terus duduk di tebing sungai dan menyangkutkan cacing yang dikumpulkan di dalam tempurung kelapa tua yang telahpun dibelah dua dijadikan seakan mangkuk.

"Haaa... Jom! Jom! Aku pun tak sabar nak bawa naik ikan haruan," balas Iwan mula berangan tentang hasil tangkapannya nanti.

Selepas beberapa jam memancing, akhirnya Iwan dapat membawa naik 3 ekor ikan puyu manakala Fateh pula berjaya membawa naik seekor ikan haruan dan 4 ekor ikan puyu membuatkan Iwan sedikit cemburu.

"Weh, Iwan. Ayah kau tak marah ke kau selalu ikut lepak dengan aku sampai nak dekat senja?" soal Fateh apabila melihat langit yang mula ingin melabuhkan tirai.

"Marah tu marah la juga tapi asalkan aku balik sebelum maghrib tak adalah dia bising sangat," balas Iwan bersahaja lalu melepaskan tali pancingnya buat kali terakhir sebelum dia pulang.

"Manalah tau nanti tak pasal-pasal kau kene belasah dengan ayah kau sebab balik lambat. Kot-kot silap haribulan kau kena ikat kat pokok depan rumah kau tu. Hahahha," balas Fateh bergurau.

"Ish kau ni! Jangan la sebut-sebut nanti jadi betul-betul macam mana? Kau tu dah lah kadang-kadang mulut masin juga," balas Iwan sambil mengerutkan kening.

"Hehe... Sorrylah sahabatku," balas Fateh sambil tersenyum lebar terhibur dengan reaksi teman karibnya itu. Tiba-tiba batang pancing milik Iwan mula bergoyang menandakan ada ikan yang terkena umpannya.

"Haa!! Kena dah! Harap haruanlah kali ni," jerit Iwan sambil mula menarik batang pancingnya. Namun dia kecewa apabila sekali lagi ikan yang memakan umpannya merupakan ikan puyu.

"Alaaa... Ikan puyu lagi. Aku teringin nak makan lauk ikan haruan hari ni," ngadu Iwan sambil meletakkan ikannya ke dalam baldi yang berisi ikan lainnya.

"Alaa... Rileklah. Aku kan ada sekor. Kalau kau teringin kita tukar je lah," ujar Fateh mengambil hati kawannya itu.

"Hmm... Boleh juga tu tapi Fateh kau ni hantu ke apa? Ikan puyu ni asyik mengeletik je tengok kau macam something wrong somewhere je," ujar Iwan bergurau.

"Hahahhaha dia tahu lah tu yang aku nak jadikan diorang tu lauk. Ikan haruan ni pun mengeletik bila tengok kau," ujar Fateh.

"Tak la... Orang tua-tua kata kalau ikan puyu nampak jin dia tak senang duduk. Manatau kau ni pontianak jantan ke apa. Hahaha," balas Iwan dengan gelakan.

"Eh kau! Mulut kau tu kene jaga sikit. Kita kat tengah hutan ni. Tak pasal-pasal nanti kau kene culik dengan bunian," balas Fateh dengan senyuman senget.

"Heh! Cakap orang, kau pun sama." balas Iwan lalu bangun dari duduknya dan mula mengemas untuk pulang.

"Eh macam nak hujan je..." kata Fateh merasakan ada titisan air hujan mengenai mukanya.

"Tu la tu... Langit pun mendung semacam je," balas Iwan setuju dengan apa yang diperkatakan Fateh. Sedang mereka mendongak melihat langit, tiba-tiba hujan yang renyai bertukar lebat membuatkan mereka menjadi kelam-kabut.

"Weh ikan!!! Ikan aku!!" Jerit Fateh kecoh mengambil baldi yang terkandung ikan haruannya.

"Cepat weh! Lencun baju aku!" panggil Iwan sambil menunggu teman karibnya tidak jauh dari tempat mereka memancing.

"Jom cepat!! Cepat!" jerit Fateh lagi sambil berlari laju melepasi Iwan dan meninggalkannya.

"Eh?! Aku tunggu dia boleh pula dia tinggalkan aku? Kurang asam! Weh tunggulah!" jerit Iwan sambil mengikut Fateh dari belakang.

Tibanya di kediaman Fateh yang merupakan rumah yang lebih dekat berbanding rumah Iwan, mereka berhenti berlari dan meletakkan baldi berisi ikan di sisi mereka.

"Wak Saban aku tak balik lagi. Mesti dia pun berteduh kat pondok dalam kebun tu," terang Fateh sambil membuka kunci manga rumahnya.

"Hmm... Tak apalah tu. Aku tumpang sekejap la sampai hujan reda. Pinjam baju, baju aku dah lencun dah ni," pinta Iwan sambil mengibas-ngibas bajunya.

"Hehe... Kau nak tidur sini pun tak ada masalah Wan. Aku pun bosan seorang je duduk rumah ni," balas Fateh selamba lalu membuka pintu rumahnya.

"Aku kena beritahu mak ayah aku dulu lah macam tu tapi jaranglah diorang nak bagi tidur kat rumah orang. Kang bising pula ayah aku cakap tak ada rumah sendiri," ujar Iwan sambil mengelap mukanya yang basah dengan bajunya yang basah tadi setelah diperah.

"Iyalah Iwan. Jom lah mandi kang kau demam tak pasal-pasal Wak aku pun marah aku," balas Fateh sambil terus masuk ke dalam rumahnya.

"Ha ok ok. Weh Fateh telefon aku habis bateri la. Pinjam cas," ujar Iwan sambil memeriksa telefonnya yang turut basah terkena air hujan.

"Kau lupa ke aku tak pakai telefon bimbit? Telefon wayar tu adalah. Datang mananya cas? Kalau kau nak beritahu mak kau guna je telefon wayar tu. Tak de hal," balas Fateh lalu mengambil tuala dan menyangkut ke lehernya. Seusai sahaja mandi tiba-tiba Wak pula pulang dalam keadaan basah.

"Lah... Wak pun redah hujan ke?" soal Fateh terkejut melihat Wak yang basah.

"Nak buat macam mana? Masa Wak sedang naik motor tiba-tiba saja hujan lebat kok," balas Wak bersahaja dengan loghat jawa pekatnya. Iwan turut keluar dari bilik dan menyalam Wak yang baru pulang.

"Eh? Iwan... Ni kamu ni mesti tak sempat pulang ni hihi," ujar Wak sambil tersenyum lebar.

"Haah Wak... Saya pun baru nak bergerak balik tiba-tiba pulak hujan lebat. Tu yang singgah sini tu," balas Iwan turut tersenyum.

"Hmm... Kalau hujan tak reda lagi sampai besok kau tidur sajalah di sini. Biar Wak beritahu mak dan ayah kau nanti," balas lagi Wak.

"Hehe Ok Wak. Terima kasih," balas Iwan sambil tersenyum.

Hujan terus lebat sehingga hampir ke larut malam. Iwan mengambil keputusan untuk pulang ke rumah memandangkan esok sekolah dan dia perlu membuat persiapan sebelum ke sekolah. Dia terpaksa pulang untuk selesaikan apa yang belum diselesaikannya.

Bersambung...

Yo! Demin pengguna baru novel+. Demin ad juga acc Wattpad dan beberapa novel yang masih belum update dalam tu sebab kehilangan idea. Demin saja nak try apps ni untuk mengisi masa lapang. Moga enjoy baca novel x seberapa demin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience