"Ha!!! Yang tu Fateh! Cantik buah tu!" jerit seorang pak cik dari bawah sementara Fateh memanjat pokok langsat dan cuba mencapai segugus langsat yang tidak jauh dari tempatnya.
"Kat sebelah ni pun ada Fateh!" jerit Iwan sambil menunjukkan jarinya pada segugus buah langsat yang juga tidak begitu jauh dari tempat Fateh bergayut.
"Haaa kejap-kejap. Biar aku ambil yang ni dulu," balas Fateh tenang sambil cuba mencabut buah itu dari dahannya.
"Nyam... Banyak juga ye buah langsat ni. Manis-manis pula tu," ucap Akil sendirian sambil mengutip buah langsat yang Fateh campakkan ke tanah lalu membawa masuk ke dalam bakul raga buluh.
"Oi! Akil! Sempat lagi kau makan eh?" jerit Fateh dari atas pokok dapat melihat dengan jelas Akil yang mengupas buah langsat dan ingin menyuapkan ke dalam mulutnya.
"Hah? Alaa... Alang-alang kutip tu biarlah aku rasa dulu. Manatau ada yang pahit ke... Masam ke... Boleh tau awal-awal sebelum masuk bakul," balas Akil tanpa rasa serba salah.
"Haha... Tak apalah Fateh. Biarkan saja Akil tu. Pak cik halalkan," balas pak cik itu sambil tersengih.
"Seronok betul kau makan eh Akil? Bukan nak ajak," ujar pula Iwan sambil membawa segugus langsat untuk diletakkan ke dalam bakul raga.
"Eleh, nanti kau makan juga. Dah alang-alang kutip tu makan je lah. Kau pun tengah kutip juga kan?" balas Akil sambil mengunyah langsat yang dia makan.
"Ha... Cakaplah sambil makan. Nanti tercekik padan muka kau," balas Iwan sambil tersengih. Baru sahaja Iwan berkata tiba-tiba sahaja Akil terbatuk sambil memegang tekaknya.
"Ohok! To-tolong!" pinta Akil sambil mengisyaratkan bahawa dia tercekik.
"Ah! Sudah... Tercekik pula dah!" jerit Pak cik itu mula panik dan membantu Akil daripada tercekik. Selepas ditepuk belakangnya dan menekan perutnya dari belakang, akhirnya Akil kembali pulih dengan nafas kencang.
"Haaaa... Baru je aku cakap. Dah tercekik," ujar Iwan bersahaja.
"Oi! Apa jadi tu oi?!" soal Fateh dari atas pokok dengan suara kuat.
"Ni haaa Akil ni! Bercakap lagi sambil makan! Kan dah tercekik!" balas Iwan turut bersuara.
"Ahhahahhaha! Ha nasib baik pak cik tu ada! Kalau tak... Dah lama arwah dah kau!" balas Fateh sambil mula memanjat turun dari pokok.
"Haa... hati-hati turun tu Fateh!" ujar Pak cik itu sedikit risau. Tiba-tiba aku terlihat satu tubuh pelik di sebalik semak yang tidak berapa jauh dari tempat Pak cik dan lain-lain berdiri. Fateh cuba melihat dengan lebih teliti, melihat dari tubuh besarnya dan taring terus membuatkan aku meremang.
"Pak cik!!! Kat belakang semak tu!!" jerit Fateh mula panik. Mereka yang lain terus memandang ke belakang lalu seekor harimau yang menyedari pandangan mereka terus menerkam pak cik yang merupakan mangsa yang paling dekat baginya.
"Allahuakbar!!! Lari!!!" jerit Iwan mula panik.
"Tolong!!! Ada harimau!!!" jerit pula Akil berlari jauh untuk mendapatkan pertolongan. Fateh terus melompat turun dan mencapai parang yang berada berdekatan lalu berlari menetak kepala harimau yang menerkam kuat lengan pak cik tadi.
"Fateh!!! Jangan pergi dekat!!" jerit Iwan yang berhenti daripada terus berlari apabila melihat Fateh bergegas ke arah harimau yang sedang menerkam pak cik.
Namun terkaman pada lengan pak cik tidak dilepaskan malah dia berundur dengan laju sambil membawa mangsanya sehingga tubuh pak cik terkulai dan mereka dapat mendengar bunyi tulang lengannya patah. Harimau itu mendengus ganas kepada Fateh malah cuba menyerangnya dengan cakaran.
Kaki Fateh menggeletar dan tangannya berpeluh melihat harimau itu yang semakin agresif. Fateh mula di dalam dilema. Melihat pak cik yang cuba melepaskan diri dari terkaman harimau itu yang kini semakin ganas apabila kepalanya berdarah akibat dari tetakan tadi merisaukannya jika dia pergi semakin dekat, ia akan mengeruhkan lagi keadaan.Dia risau yang ia akan membawa pak cik lebih jauh dan ia akan mencederakan pak cik dengan lebih teruk. Ia cuba pula menggigit leher pak cik itu dan seakan ingin terus menamatkan riwayatnya.
"Jangan!!! Oi!! Pergi!!!" jerit Fateh semakin panik dan cuba membaling batu besar ke arahnya agar ia pergi jauh. Namun ia hanya memandang sekilas dan kembali cuba menyerang leher pak cik itu. Fateh tidak berani mendekati namun mendengar rintihan pak cik yang sedaya upaya melindungi lehernya dengan tangan dan baju membuatkan Fateh mula terdesak.
"Tolong!!!! Tolong!!!" jerit Fateh menjerit meminta pertolongan sambil terus membaling batu. Tiba-tiba, mereka terdengar bunyi orang kampung yang bising dan semakin menghampiri membuatkan Fateh lebih yakin untuk menyerang. Fateh terus berlari rapat dan menyerang harimau itu sebelum ia sempat membawa pak cik itu lari lebih jauh. Ia mendengus kepada Fateh malah cuba menyerang namun Fateh sempat untuk berundur sambil menarik kolar pak cik tadi untuk menjauhinya.
Dengan suara orang kampung semakin dekat dan bising membuatkan harimau itu terus mengundurkan diri dan berlari jauh dari mereka berdua. Fateh yang kegeraman membaling parang yang dipegang ke arahnya namun ia juga sempat mengelak lalu memandang lama sebelum ia berlalu pergi. Nafas Fateh laju dan dia terus terduduk di samping pak cik yang kini bajunya dibasahi darah yang mengalir.
"Mengucap pak cik," sebutnya dengan air mata mula menitik melihat muka pak cik itu yang semakin pucat dan mulutnya ternganga cuba mendapatkan udara. Orang kampung mula memenuhi kawasan dan terus membawa pak cik yang tercedera ke hospital. Mereka malah membawa senapang dan memburu harimau yang menyerang Fateh dan pak cik tadi.
Wak Saban turut datang dan terkejut melihat Fateh yang termenung melihat darah yang memenuhi tapak tangannya. Dalam fikirannya, dia cuma fikir... kalau orang kampung lambat sampai tadi mungkin dia tak sempat untuk selamatkan pak cik tadi malah mungkin dia pun akan jadi mangsa. Siapa sangka baru saja semalam kejadian harimau ni berlaku, ia boleh berlaku lagi hari ini.
"Fateh! Fateh! Dengar Wak tak?" soal Wak panik lalu meniup telinga Fateh dengan bacaan ayat Al-quran.
"W-wak... T-tadi..." ngadu Fateh dengan tangan menggeletar kerana trauma.
"Sudah Wak bilang jangan keluar waktu terdekat ni. Kamu degil juga mahu keluar. Sudah mari kita pulang," ujar Wak risau.
"Maafkan Fateh, Wak." balasnya dengan suara menggeletar. Wak secara tiba-tiba memeluknya erat dan mengusap kepalanya seakan cuba menenangnya.
"Insya Allah, Pak cik tadi selamat. Sekarang bertenang. Kamu dan teman-teman kamu selamat," ujar Wak membuatkan Fateh semakin ingin menangis. Wak terus memapah Fateh untuk bangun yang kini kakinya mula lemah kerana terkejut. Fateh semakin terkejut melihat Iwan yang berada tidak jauh darinya tadi didukung oleh seseorang dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Iwan!" jeritnya seakan tidak percaya. Fateh mula menyalahkan diri sendiri kerana semua ini sebenarnya adalah idea darinya untuk membawa mereka masuk ke kebun dan kebetulan mereka ternampak pak cik yang sedang mengutip buah masuk ke dalam bakul. Mereka yang turut ingin memakan buah membantunya untuk mengutip dan memetik buah.
"Iwan... Maafkan aku," ujar Fateh kesal.
"Sudah... Sudah... Iwan hanya pengsan kok. Terkejut saja tu. Kamu jangan risau lagi. Mari... Kita pulang," pujuk Wak.
"Wak... Fateh minta maaf Wak... Selalu tak dengar cakap Wak," balas Fateh tersedu sedan.
"Iya... Sudah sudah. Lepas ni dengar cakap Wak. Jangan nakal-nakal lagi," balas Wak dan membawanya keluar dari kawasan yang kini sedang kecoh. Ramai mata memandang Fateh dalam keadaan risau dan ada antara mereka mendekati untuk tahu apa yang baru sahaja terjadi.
Fateh turut terlihat Akil yang sedang menangis dan dipujuk oleh orang ramai. Fateh ingin mengucapkan terima kasih kepadanya kerana memanggil orang kampung tapi mungkin kerana terlampau penat membuatkan kata-kata itu tidak keluar dari mulutnya.
"Fateh!!!" jerit Akil apabila menyedari Fateh yang berjalan keluar lalu terus berlari ke arahnya.
"Fateh... Huwaaa... Mujur kau selamat," ujar Akil sambil memelukku erat. Tiba-tiba Tok Din pula tiba dengan anak buahnya dan mereka melihat Fateh dengan lama. Fateh hanya terdiam kerana rasa kesal dan bersalah mula menyelubungi dirinya.
"Bawa anak ni berehat dulu. Hilang semangat dah dia ni," ujar Tok Din kepada Wak Saban.
"Iya... Aku pun akan usaha pulihkan dia. Insya Allah, pulih segeralah anak ni," balas Wak Saban. Tok Din hanya mengangguk setuju lalu memberi salam dan mereka terus berlalu dari situ.
Malam itu, Fateh tak dapat tidur lena. Wajah pak cik tadi yang kesakitan diterkam harimau masih bermain di dalam mindanya. Lebih-lebih lagi riak mukanya yang tercungap meminta udara seakan nyawanya sudah berada di penghujung menjadi mimpi ngeri buatnya. Harimau itu sering kali muncul di dalam mindanya setiap kali dia cuba untuk tidur.
Fateh sudah minum beberapa gelas air jampi yang disediakan Wak namun dia hanya dapat bertenang seketika. Mimpi harimau itu sentiasa muncul seakan ia memberi mesej kepadanya yang ia akan memburunya dan kawan-kawannya yang lain pula kelak. Ia membuatkannya tak dapat tidur lena. Fateh cuba memeluk kain selendang arwah ibu dan kain pelekat arwah ayah yang dia sarungkan pada bantal tidurnya untuk membuatkannya lebih tenang. Namun ketiadaan mereka di sisinya sukar untuk menenangkannya malah dia langsung tidak pernah mengenali mereka. Hanya wajah di dalam gambar lama yang membantunya untuk membayangkan wajah mereka.
Malam itu, Fateh tak dapat tidur lena. Wajah pak cik tadi yang kesakitan diterkam harimau masih bermain di dalam mindaku. Lebih-lebih lagi riak mukanya yang tercungap meminta udara seakan nyawanya sudah berada di penghujung menjadi mimpi ngeri buatnya. Harimau itu sering kali muncul di dalam mindanya setiap kali dia cuba untuk tidur.
Share this novel