Completed
4214
Akhirnya! Aku dah habis diploma...tunggu konvo je...Farris dah sah jadi tunang aku lima bulan yang lepas...Harris pulak...masih ke hulu ke hilir dengan perempuan seksi tu...nama dia Liya tak silap aku lah...tu je lah yang aku ingat...
Sekarang dah bulan Januari tahun 2015...12 February 2015...adalah tarikh berbahagia untuk Farris dan aku...kita orang akan bergelar suami isteri...tinggal lagi beberapa minggu je lagi...tak sabarnya...semua persiapan dah sedia...tunggu baju nikah je untuk di ambil...alangkah bahagianya hati aku...
Di hadapan rumah aku...
Farris: Awak...kalau saya ditakdirkan pergi sebelum kita sempat berkahwin...saya minta maaf ye...sebab jodoh, rezeki, ajal dan maut...semua dekat tangan Tuhan kan...kita hanya mampu merancang je...Tuhan yang tentukan segala-galanya...
Izzi: Awak! kenapa cakap macam tu pulak? Jangan lah buat saya takut...
Farris: Hahaha...Sorry lah awak...saya cakap KALAU...tapi kalau Tuhan ambil saya dulu sebelum awak...saya harap awak redha dan ikhlas...awak perlu teruskan hidup awak ye...awak perlu ingat janji kita...
Izzi: Ish...awak ni...dah lah tu...kita nak nikah lagi berapa minggu je lagi ni...jangan cakap macam tu lagi...Janji tau?
Farris: Hahaha...Yelah awak...saya janji...saya sayang awak sangat-sangat...
Izzi: Saya sayang awak sangat-sangat jugak...Eh! Esok jangan lupa tau...kita nak ambil baju kahwin dekat butik kak Cham kawan mummy awak...awak ambil saya pukul 10 pagi...jangan lambat tau...
Farris: Insha Allah awak...kalau umur saya panjang...hahaha...
Izzi: (Pukul belakang Farris) Tengok tu...awak cakap lagi! Awak dah janji kan tadi...Dah lah...saya nak masuk dulu...terima kasih tau hantar saya balik...Hati-hati...Assalammualaikum...selamat malam bakal imam ku...
Farris: Waalaikumsalam...selamat malam bakal makmumku... (Senyum).
* * * * * * * * * * * * * * *
Izzi: Awak! Awak nak pergi mana tu? Janganlah tinggalkan saya...saya sayang awak... (Menangis).
Farris: Awak...jodoh kita tak ada di atas muka bumi Allah ini...tapi Insha Allah...jodoh kita di atas sana...awak jaga diri baik-baik ye...saya sentiasa ingat dekat awak... (Lama-lama hilang).
Izzi: Jangan pergi! Farris! (Menjerit)... (Terbangun dari tidur)...Ya Allah...aku mimpi apa ni...Aku memohon kepada kau Ya Allah agar kau lindungi aku dan Farris dari segala mara bahaya...amin...
* * * * * * * * * *
Keesokkan paginya, Dalam perjalanan ke butik kak cham untuk ambil baju kahwin...kita orang gerak dalam pukul 10.30 pagi sebab jauh sikit lah...
Izzi: Awak...dah dah lah tu main telefon...bahaya lah...awak kan tengah memandu...Bak sini telefon tu...
Farris: Tak boleh lah wak...ini hal penting dekat pejabat...diorang bincang dalam group whatsapp ni sebab saya tak masuk office hari ni...
Izzi: Ish...yelah...saya faham...tapi tunggu lah sampai butik dulu...awak drive je lah dulu...
Awak! kereta dekat depan tu!
Farris: (Break mengejut)...Ya Allah...nasib baik sempat break...maafkan saya awak...
Izzi: Kan saya dah cakap...kita ni darah manis lah wak...hati-hati lah sikit...simpan telefon tu sekarang...
Farris: Yelah sayang...saya simpan... (Simpan telefon dekat tepi)... (Sambung drive).
Izzi: Awak...lambat lagi ke nak sampai? Saya mengantuklah pulak...saya tidur sekejap boleh tak?
Farris: Boleh lah sayang...awak jangan risau...saya tak akan main telefon lagi...hahaha...
Izzi: Okay...hati-hati ye...kalau awak mengantuk...kejutkan saya...tu lah...butik kak Cham tu jauh sangat...mummy awak lah beria sangat nak kak Cham buat baju kita... (Adjust kerusi...beberapa minit kemudian terus terlelap).
Farris: Nyenyaknya dia tidur...macam baby...hahaha...comel sangat...Ish! dah pukul 11.30 ni...sikit lagi nak sampai lah ni... (Ngomel seorang diri)...Eh!...macam mana nyamuk ni boleh masuk dalam kereta ni...kesian tunang aku ni... (Sambil halau nyamuk guna tangan sebelah).
Tiba-tiba.......KEBOOOOMMMM....bunyi tayar kereta meletup....kereta Farris terhuyung hayang di tengah jalan...Farris cuba mengawal stereng kereta tetapi tak berhasil...akhirnya kereta mereka terbabas masuk ke dalam gaung...
* * * * * * * * * * *
Harris: Izzi...bangun Izzi...Izzi...buka mata...
Izzi: (Perlahan lahan buka mata)...Harris...mak...abah...mummy...Izzi dekat mana ni? (Lemah).
Mak: Izzi dekat hospital sayang...dah tiga hari Izzi tak sedarkan diri...kami semua risau...
Izzi: Hospital? Apa yang dah jadi?
Flashback--à
Izzi: Awak...apa dah jadi ni? (selepas sedar dari pengsan).
Farris: Awak...kita kemalangan...awak bawak bertenang ye...jangan banyak bergerak...kereta kita tersangkut dekat tepi gaung ni...saya cuba minta pertolongan...tapi tak ada orang yang lalu dan telefon pun dah rosak...
Izzi: Awak...saya takut sangat ni... (Menangis ketakutan).
Farris: Sabar ye...awak jangan banyak gerak...nanti kita jatuh...saya akan pastikan awak selamat...
Izzi: Tolong! (Menjerit)... (Kereta bergegar)...Harghhhh!!! Awak!!! (Kereta bergolek-golek masuk ke dalam gaung).
Farris: Izzi! (Sambil memeluk Izzi) (Akhirnya aku dan Farris tidak sedarkan diri).
* * * * * * * * *
Izzi: Farris! (Menjerit) Harris...Farris mana? Farris mana? Dia selamatkan? Dia tak ada apa-apa kan? Kita orang kemalangan...aku yang salah! aku menjerit minta tolong! kalau aku tak jerit, pasti kereta tak akan jatuh ke bawah...Farris mana? (Sambil memegang tangan Harris).
Harris: Izzi...sabar...bawak bertenang...kau tak salah...ini semua takdir...
Izzi: Aku nak tengok Farris...aku nak tengok Farris sekarang...bawak aku Harris... (Menangis).
Mummy: Izzi... (Sedih)...Farris...Farris dah tinggalkan kita semua...dia dah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital dan dia telah dermakan buah pinggangnya kepada Izzi kerana buah pinggang Izzi rosak akibat kemalangan itu.
Izzi: (Terkejut)...Tak! tak mungkin mummy...mummy tipu! (Menangis teresak-esak).
Harris: Betul Izzi...apa yang mummy cakap semua tu betul... (Menangis).
Izzi: Tidak! Korang semua penipu... (Mengamuk dan cabut semua wayar di badan)...Aku nak cari Farris...aku tahu dia ada...dia mesti ada dekat hospital ni jugak...Farris! awak! awak dekat mana? Tolonglah jawab... (Sambil jalan memegang batu kerana masih lemah)...Awak! Tolonglah jawab...
Harris: (Pegang Izzi)...Izzi...kau tak boleh macam ni...abang Farris dah tak ada...Allah lebih sayangkan dia! Jangan macam ni Izzi... (Mengalir air mata)...
Izzi: Kau tipu! Tak boleh! Aku tak akan boleh terima semua ni! Tak akan! Kalau betul Farris dah meninggal...ini semua sebab aku! Aku penyebab nya! Aku tak akan boleh terima! (Pegang kepala dan pengsan).
BERSAMBUNG...
p/s: Terima kasih kerana sudi membaca. Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Segala persamaan yang terdapat di dalam nama, jalan cerita dan sebagainya hanyalah kebetulan semata-mata. Harap maklum.
Share this novel