Completed
4214
Sebulan kemudian...
Mummy: Dah hampir sebulan Harris dan Izzi berkahwin...Izzi tak ingat lagi ke siapa Harris?
Harris: Belum lagilah mummy...tapi...dia setiap malam, dia mengigau...panggil nama Farris...mungkin...tak lama lagi dia akan terima dan sedar nanti yang Farris dah tak ada...tapi dia mungkin akan lupa yang Harris ini suami dia... (Senyum pahit).
Izzi: (Tiba-tiba Izzi datang dari dapur).. Mummy...jemput minum...
Mummy: Terima kasih sayang. Izzi...Izzi tak ada rasa apa-apa ke? Maksud mummy tanda-tanda orang mengandung? (Senyum).
Izzi: Hahaha...belum ada rezeki lah mummy...Insha Allah...mummy doakan ye... (Tersenyum sambil pandang Harris).
Harris: (Berkata-kata dalam hati). Maafkan aku Izzi...aku sengaja ambil suntikan dan makan ubat untuk menghalang daripada kita dapat anak...aku tak nak kau menyesal di kemudian hari...biarlah aku yang berkorban...
Izzi: Abang...kenapa termenung ni?
Harris: Tak ada apa-apa lah sayang... (Senyum).
Mummy: Okay lah...mummy nak balik dulu...esok jangan lupa datang rumah mummy...ada kenduri tahlil untuk arwah papa... (Sebenarnya tahlil untuk Farris jugak).
Izzi: Okay mummy...
* * * * * * * * *
Keesokkan hari nya...di dalam kereta...
Harris: Awak...awak sakit ke? Pucat je saya tengok?
Izzi: Ha? Saya sihat... (Senyum).
Harris: Alamak! telefon saya terjatuh pulak...jap...Argh...tak sampai lah pulak...
Izzi: Farris! kereta! (Terhantuk).
Harris: (Break mengejut)...Awak okay tak? Awak sakit dekat mana? Maafkan saya...kita pergi hospital ye...
Izzi: (Terdiam)....(Pandang Harris dengan muka bingung)...Harris...Farris dah meninggal dunia...Kita orang kemalangan... (Menangis)...Tapi apa kau buat dalam kereta ni? Apa aku buat dekat sini? Kita nak pergi mana ni? Kenapa aku tak ingat apa-apa ni...Aku cuma ingat aku ada dekat hospital sebab aku dan Farris kemalangan dan Farris meninggal dunia...itu je...
Harris: (Terkejut)...Izzi...bermakna kau dah sedar Izzi?
Izzi: Sedar apa? Harris...Farris dah meninggal kan...aku tahu tu...aku dah ingat yang dia dah tinggalkan aku selamanya...kau yang beritahu aku masa aku dekat hospital...kita orang nak ambil baju kahwin...tapi kita orang kemalangan...kereta masuk gaung...salah aku...Farris mati... (Menangis).
Harris: Izzi... (Peluk).
Izzi: Harris! Apa ni? Mana boleh peluk...kita bukan mahram?
Harris: Maaf...aku terlampau gembira kau dah sihat... (Senyum)... ( Dalam hati)..Kau tak ingat yang aku ni suami kau ke?
Izzi: Kenapa dengan aku? Aku sakit ke? Apa sebenarnya berlaku? Kenapa aku rasa macam baru bangun dari mimpi ni...
Harris: Tak ada lah...kau cuma rasa terkejut sejak kejadian tu...
Izzi: Jadi...selama ini kau yang jaga aku...terima kasih Harris...tapi...aku tak tahu macam mana aku nak teruskan hidup tanpa Farris...aku rasa macam baru semalam kejadian tu berlaku...
Harris: Tak apa lah...kita pergi rumah mummy dulu ye...hari ini kenduri tahlil papa aku dan abang Farris...mak dan abah kau pun ada dekat sana...nanti dekat sana aku cerita...mak, abah dan mummy mesti suka kau dah sihat...
Izzi: Okay...
* * * * * * * * * * * *
Izzi: Mak! Abah! (Berlari peluk mereka).
Mak & Abah: Izzirina... (Peluk).
Izzi: Kenapa ye Izzi rasa macam dah lama tak jumpa mak dengan abah...
Mak: Kau selalu je ada dengan kita orang sayang...kau cuma tak sihat sikit...Mak gembira bila Harris telefon bagi tahu kau dah sihat...
Mummy: Izzi...
Izzi: Mummy! Maafkan Izzi, disebabkan Izzi...Farris mati... (Peluk sambil nangis).
Mummy: Sabar ye sayang...ini semua ketentuan Allah s.w.t. Mummy tak pernah salahkan awak...Mummy happy awak dah sihat...
Harris: (Senyum).
Selepas Harris, mak, abah, dan mummy cerita tentang sakit dan masalah yang dialami oleh Izzi...
Izzi: Oh...jadi...Izzi ada masalah tekanan selepas dapat tahu Farris meninggal...Izzi anggap Harris adalah Farris?
Harris: Betul Izzi...aku bersyukur sangat kau dah sedar dan dapat terima ketentuan Allah...
Izzi: Ya Allah...nasib baik lah aku tak kahwin dengan kau...kalau tak...mesti aku akan salahkan diri aku sebab musnahkan hidup kau...
Harris: (Terkejut)...Kenapa kau cakap macam tu...kau tak pernah musnahkan hidup aku...aku gembira dapat bantu kau...kau kan sahabat aku...
Mummy: Yelah Izzi...kalau Izzi kahwin dengan Harris pun...apa salahnya...Harris kan kembar arwah Farris...
Izzi: Izzi tak boleh lah mummy...Izzi masih sayangkn Farris...mungkin akan ambil masa yang lama untuk Izzi terima lelaki lain dalam hidup Izzi...
Harris: Betul tu mummy...biarlah Izzi mulakan hidup baru dia...sikit demi sikit... (Pandang mummy,mak dan abah).
Abah: Izzi...pergilah naik ke atas...rehatkan badan tu...
Izzi: Okay abah. Harris...aku naik atas dulu...terima kasih tau...
Harris: Okay...sama-sama... (Senyum).
Mummy: Harris...kamu okay ke?
Harris: Okay...kenapa pulak tak okay? Okay je...hahaha...
Mak: Mak tahu kamu sedih...sebab Izzi tak ingat kamu adalah suami dia...
Harris: Tak apa mak...Harris dah bersedia dengan semua ni sebelum Harris terima Izzi sebagai isteri lagi...
Abah: Abah rasa...kamu harus berterus terang jugak dengan Izzi secepat mungkin...jangan biarkan Izzi jadi isteri yang derhaka...dia panggil kamu dengan panggilan kau aku...itu adalah dosa...
Harris: Saya maafkan segala-galanya...lagi pun dia tak sihat...dia baru sembuh...saya tak nak dia terkejut tentang hal ini pulak...biar lah...masa yang tentukan segalanya...Harris harap...mak...abah...dan mummy...rahsiakan semuanya...
Pn Suraya, mummy dan En Kamal sama-sama bersetuju...
* * * * * * * * * * * *
Beberapa minggu kemudian...
Izzi: Harris...kau tahu tak...aku dah dapat kerja...dekat je dengan office arwah Farris...aku dapat jawatan Assistant Accountant...
Harris: Wahh...yeke...tahniah...yelah...lagipun, dah berapa minggu kan kau terperuk dekat rumah...dah tiba lah masanya kau keluar...hirup udara segar...teruskan hidup baru...hahaha...
Izzi: Hahaha...kau ni tak ubah-ubah lah...suka kenakan aku tau...
Harris: Hahaha...kita kan memang macam ni dari dulu...
Izzi: Hahaha...tapi...kenapa kau tak kahwin lagi dengan si seksi tu ye?
Harris: Aku dah ada isteri lah...takkan aku nak curang kan...hahaha...
Izzi: Isteri? Yelah tu...kahwin tak jemput pun...isteri mana? dari langit...hahaha...
Harris: Hahaha...adalah...Nanti sampai masa aku kenal kan dekat kau...kau kenal sangat dengan orangnya...
Izzi: Yelah Harris oi...teruskan lah dengan angan-angan kau tu...hahaha...
Harris: Hahaha... (Pandang Izzi senyap-senyap).
BERSAMBUNG...
p/s: Terima kasih kerana sudi membaca. Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Segala persamaan yang terdapat di dalam nama, jalan cerita dan sebagainya hanyalah kebetulan semata-mata. Harap maklum.
Share this novel