Completed
4214
Sudah seminggu berlalu...aku tak berhubung langsung dengan Harris ataupun Mr Power...sebab diorang orang yang sama kan! sakit hati di tipu masih terasa...
Depan kolej...
Harris: Izzi! Izzi! (Jerit).
Izzi: (Toleh belakang)....(Terus jalan).
Harris: (Kejar)...Izzi! (Tarik tangan aku).
Izzi: Kau nak apa lagi?
Harris: Kenapa kau ni? Sejak kejadian dekat restoran hari tu...kau tak bercakap dengan aku langsung! kenapa?
Izzi: Perlu ke aku bercakap dengan penipu macam kau?
Harris: Penipu? Kau tak pernah nak jelaskan dekat aku...tapi aku rasa aku dah tahu kenapa kau panggil aku penipu...aku boleh jelaskan...lagipun...aku tak kan menipu dengan perempuan yang aku sayang lah! (Terlepas cakap).
Izzi: (Terdiam)....Lepas lah! (Terus pergi).
* * * * * * *
Aku pulang ke rumah...sampai dekat depan rumah...
Izzi: Eh...siapa mamat depan rumah aku tu...dah lah ahli keluarga aku semua balik kampung...aku seorang je yang tinggal...seram ni...perogol bersiri ke tu? (Perlahan-lahan menyorok dekat tepi batu).
Lelaki tersebut pun pusing ke arah batu tempat Izzi menyorok...
Izzi: (Ternganga)...Harris? Eh...macam mana dia ada dekat sini pulak? (Garu kepala)...Oi...kau buat apa dekat sini? Cepatnya kau sampai sini...kau bela hantu raya ke?
Farris: Chinta? Awak Chinta Orkid kan? Awak...ini saya lah...Mr Power... (Tersenyum)...kenapa awak berdiam diri...selama seminggu saya telefon dan whatsapp awak...tapi awak tak balas satu pun...kenapa?
Izzi: Wei sudah...siapa pulak ni? Harris ke? tapi dia pakai cermin mata...dia rendah sikit...tapi muka memang muka Harris...Harris menyamar ke? (Dalam hati)...Mr Power? Kau Harris kan? Jangan nak tipu lagi...tak lawak lah...bukak lah cermin mata kau tu...
Farris: Hahaha...awak...awak...saya dah tahu dah sekarang...kenapa awak marah sangat dengan saya...mesti awak dah salah anggap antara saya dan Harris? Jom...saya bawak awak pergi ke Taman Botani...dekat sana nanti...awak akan tahu semuanya...
Farris dan Izzi naik kereta menuju ke Taman Botani...
* * * * * * * * * *
Di Taman Botani...
Farris: Harris...
Harris: (Pusing belakang)...Abang Farris...Izzi... (Senyum).
Izzi: (Pandang Harris...pandang Farris...lepas tu terus jatuh terduduk...)...Mak oi...sama siot...ni mesin foto copy ke apa...aku mimpi ke? (Geleng-geleng kepala)...Harris? Farris? Apa semua ni?
Farris: Awak...awak okay tak? Hahaha...mari bangun dulu...Okay! Hai Chinta ataupun Izzirina...nama saya Tengku Farris Izziham...yang ini adik kembar saya Tengku Harris Izziham...Harris dah cerita semuanya selepas saya pulang ke Malaysia tempoh hari...Harris pun rasa pelik kenapa awak marah sangat dekat dia masa tu...dia pun ajak saya pergi ke rumah awak...tapi kita orang cuma tengok awak dari jauh sahaja...semenjak hari tu...walaupun saya tak pernah lihat wajah awak tapi saya yakin yang awak adalah Chinta Orkid saya...saya baru tahu kenapa awak marah sangat dekat saya dan Harris... (Senyum)...Mungkin awak salah faham...bila tengok nama awak tertera dekat telefon yang Harris pegang...yang sebenarnya itu adalah telefon saya...kami tertukar telefon sebelum saya berangkat ke London...
Harris: (Diam...muka sayu)...Izzi...aku minta maaf sebab aku tak cerita yang aku ada abang kembar...sebab aku tak tahu pun yang kau adalah Chinta Orkid...perempuan yang berchatting dengan abang aku sejak 2 tahun yang lalu...
Izzi: Ish...aku masih pening ni...hahaha... (Gelak pelik)...Awak Mr Power...nama awak Farris...kau pulak Harris...jadi Mr Power tu wujud lah...bukan Harris kan...hahaha...Yes! Mr Power ada...awak! saya rindu awak! saya dah hampir kecewa bila dapat tahu Mr Power adalah Harris...sebab saya dengan Harris berkawan sahaja...
Farris: Hahaha...saya pun rindu awak jugak...maaf sebab saya lambat bagitahu kebenarannya...tapi apa-apa pun...saya happy...selama ni awak di jaga oleh adik kembar saya sendiri...terima kasih Harris... (Peluk Harris).
Harris: Sama-sama abang...ini semua kebetulan...semua persoalan dah terlerai...aku tumpang gembira untuk kau...dan kau juga Izzirina... (Pergi dengan hati yang sedih).
Izzi: Awak...jom pergi makan...boleh borak panjang-panjang...hahaha...tak sangka ye...korang kembar...tapi bila tengok betul-betul...awak rendah sikit...lagi handsome dari Harris...hehe...
Farris: Hahaha...awak ni...ada-ada saja lah...
* * * * * * * * * * *
Cukup tiga bulan usia perkenalan aku dengan Farris. Farris...dia memang lelaki idaman aku...bulan depan aku akan menjadi tunangan Tengku Farris Izziham...dan awal tahun depan...lepas konvokesyen...aku akan menjadi isteri halal buat Farris...Harris...aku tak tahu kenapa dia ambil keputusan...nak habiskan diploma dia di kolej lain...alasannya...dia tak boleh faham pensyarah kolej lama kita orang mengajar...Yeke? ada keraguan di situ...tapi...tak apa lah...asalkan dia bahagia...
Izzi: Awak...Harris dah habis diploma kan?...dia buat apa je sekarang? Dah lama tak nampak dia?
Farris: Sekarang dia sedang buat praktikal dekat syarikat kami...saya bagi dia buat bahagian hiasan dalaman...
Izzi: Oh...kirim salam dekat dia nanti ye...cakap saya rindu nak bergaduh dengan dia...cakap dengan dia...jangan busy sangat...nanti perempuan takut nak dekat...hahaha...
Farris: Oh...okay...Awak...last exam awak esok kan? Apa kata lepas awak habis exam...kita pergi tengok barang tunang...nak tak?
Izzi: Oh...mestilah nak... (Senyum manja)...Esok awak ambil saya dekat kolej ye...
Farris: Okay sayang....
* * * * * * * * * * * * *
Keesokkannya...
Izzi: Harris! (Terserempak dengan Harris...dia dengan seorang perempuan)...Lama gila tak nampak kau...
Harris: Eh...Izzi... (Terkejut)...Kau sihat ke?
Izzi: Sihat lah...aku ingat kau dah lupakan aku...
Harris: Hahaha...mana boleh lupa...sorry lah...aku terlampau bahagia dengan si dia ni (Tunjuk perempuan sebelah dia)...hahaha... (Gelak tak ikhlas)...Okay lah Izzi...aku gerak dulu...nak tengok wayang ni...bai... (Jalan...tapi...toleh ke belakang untuk tengok Izzi).
Izzi: Awak...perempuan tu awek Harris ke?
Farris: Yelah kot...saya tak tahu sangat tentang hal dia...sebab dia tu suka berahsia...
Izzi: Oh...tak ada lah...saya cuma terkejut...sebab dia pernah bagitahu saya...yang dia suka perempuan bertudung...tapi...peremuan tu...seksi gilo...
Farris: Hahaha...banyak ye awak tahu pasal Harris...lebih dari saya pulak tu...ada apa-apa ke ni... (Pandang Izzi).
Izzi: Ish...awak ni...jangan nak merepek ye...Harris kan bakal adik ipar saya...lagipun dia kawan baik saya lah...hahaha...tu pun nak cemburu ke? hahaha...
Farris: Hahaha...saya gurau je lah...saya tahu lah awak sayang saya seorang je kan...
Izzi: Tahu takpe...hahaha...
Farris dan aku berjalan dengan sangat gembira...sebenarnya hati kita orang memang tidak sabar untuk bergelar suami isteri...kasih sayang antara Farris dan aku sangat-sangat dalam...aku harap majlis kita orang nanti berjalan dengan lancar...Amin...
BERSAMBUNG...
p/s: Terima kasih kerana sudi membaca. Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Segala persamaan yang terdapat di dalam nama, jalan cerita dan sebagainya hanyalah kebetulan semata-mata. Harap maklum.
Share this novel