Episod 9

Short Story Completed 4214

Keesokkan paginya...

Harris: Izzi...bangun Izzi...jangan buat aku risau...

Izzi: (Buka mata perlahan)...Farris... (Pegang tangan Harris)...awak pergi mana? Puas saya cari awak...saya tahu awak tak mati...awak tak akan tinggalkan saya...

Harris: Izzi...aku bukan...

Izzi: Kenapa awak gelar diri awak "aku kau" dengan saya...awak dah tak sayang kan saya ke? Maaf sebab saya yang menyebabkan kereta kita masuk ke gaung...maafkan saya awak...jangan tinggalkan saya... (Menangis dengan keadaan yang lemah).

Harris: (Terkejut)...Bukan macam tu...awak tunggu sini kejap ye...

Izzi: Awak nak pergi mana? Jangan lah tinggalkan saya lagi...

Harris: Saya nak jumpa doktor sekejap...nak tanya tentang keadaan awak... (Senyum).

Izzi: (Senyum).

* * * * * * * * * *

Di bilik Doktor...

Harris: Kenapa Izzi boleh jadi macam tu doktor? Kenapa dia panggil saya Farris...

Dr Aniq: Dia mengalami kejutan yang sangat besar dari kemalangan tersebut...dia tak boleh terima bahawa Farris dah tak ada...dia tak boleh terima dia yang menyebabkan kereta itu jatuh ke gaung...jadi dia tetap menganggap Farris hidup...ditambahkan pulak...awak kembar Farris...muka awak sama...jadi fikiran dia bertambah kuat menganggap Farris masih hidup...kejadian ini memang jarang berlaku...tetapi pernah berlaku...kita hanya boleh menunggu bila dia akan sedar...kita berdoa dan bantu lah dia sikit demi sikit untuk terima kenyataan ini...tetapi secara perlahan...kerana Izzi boleh meninggal dunia jika dia alami kejutan sekali lagi...jadi...saya sarankan...kamu semua...jangan sebut apa-apa tentang kematian Farris...anggap saja diri awak itu Farris...layan kan sahaja fikirannya...sehingga dia betul-betul pulih...

Harris: Jadi...saya harus menjadi Farris untuk Izzi? Berapa lama? Bukan mudah doktor...saya tak nak menipu dia...saya tak sanggup nak tipu dia sehari...inikan pula tak tentu lagi sampai bila...saya tak rela...

Dr Aniq: Jadi kalau awak lebih rela kehilangan dia...awak beritahu lah dia...yang Farris dah meninggal dunia...

Harris: (Fikir)...Baiklah doktor...saya sanggup menjadi Farris buat wanita yang saya cintai...dari dulu sehingga sekarang...


* * * * * * * * * * *

Harris: Izzi...kita dah sampai dekat rumah mak dan abah awak... (Pimpin ke sofa).

Mak: Sayang...rehat dekat sini ye...

Harris: Saya balik dulu lah ye makcik...pakcik...

Izzi: Awak...awak nak pergi mana? Teman lah saya...saya tak nak kehilangan awak lagi... (Tarik lengan Harris).

Harris: Saya nak balik rumah saya...awak rehat dulu ye...esok saya datang jumpa awak...

Izzi: Okay...janji tau...awak...bila kita punya tarikh nikah...saya lupa lah...

Harris: (Terkejut)...Hah? Ehm... (Pandang mak dan abah Izzi)...12 Februari...kenapa?

Izzi: Saya rasa esok...kita ambil baju nikah kita...kita belum ambil lagi kan?

Harris: Oh...okay... (Senyum).


* * * * * * * * * * *

Di dalam kereta...

Izzi: Awak...kenapa kita boleh kemalangan ye? saya tak berapa ingat lah...

Harris: Hah? tak payah ingat lah...nanti awak sakit...

Izzi: (Senyum)


***************
Di butik Kak Cham...

Harris: Hai kak Cham...

Kak Cham: Hai...Harris...kenapa Harris yang datang...bukan patutnya Izzi dengan Farris ke? Mana Farris? Akak tunggu diorang tak sampai-sampai haritu...

Izzi: Hai kak Cham...maaf lah kami datang lambat...ada masalah lah hari tu...awak...jom cuba baju kita...

Kak Cham: (Pandang Harris)...kenapa Izzi datang dengan Harris?

Izzi: Harris? hahaha...ini Farris lah kak Cham oi...tak kan tak kenal dah...

Harris: Awak...awak pergi cuba baju dulu...

Harris: Kak Cham...Izzi ada masalah kesihatan sekarang...jadi kak Cham tak boleh panggil saya Harris di depan Izzi...nanti saya ceritakan...

Kak Cham: Okay...okay...

Izzi: (Keluar dari bilik persalinan)...Cantik tak?

Harris: (Tercengang)...Cantik...cantik sangat...saya suka...awak nampak cantik sangat...

Izzi: Terima kasih...awak pergi cuba pulak...

Harris: (Keluar dari bilik persalinan)...Kak Cham...kaki ni singkat sikit...lepas tu pinggang dia kecil lah...ketat ni...

Kak cham: (Bisik)...Yelah...baju ni untuk Farris...bukan untuk kau...kau tu tinggi..dia rendah...badan kau tegap...dia kecil je...mana Farris sebenarnya ni?

Harris: Nanti saya cerita...Haa...kak Cham...badan saya dah naik kot...hahaha...kak Cham adjust balik ye...nanti kami datang lagi...

Izzi: Awak...saya nak pergi tandas sekejap...

Harris: Okay awak...Ehm...kak Cham...sebenarnya...abang Farris dah meninggal dunia minggu lepas...Izzi dan Farris terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke sini...Izzi pula alami tekanan yang sangat tinggi...dia sedar dari pengsan je...dia terus panggil saya Farris...jadi doktor sarankan...saya ikut je fikiran dia...sebab kalau kita beritahu juga pasal kematian Farris...Izzi boleh mati akibat kejutan yang tinggi...

Kak Cham: Innalilahiwainnailaihhirojiun... (Sedih)...kesian akak tengok Izzi...mesti dia sangat terkejut...salam takziah ye Harris sekeluarga...

Harris: Terima kasih kak...
                         
Kak Cham: Oh...jadi kamu ke yang akan berkahwin dengan Izzi menggantikan arwah Farris?

Harris: Kalau ikutkan hati saya ni...memang saya rela gantikan abang Farris...tapi...saya tak boleh ambil kesempatan di atas kesakitan dan kesedihan yang di alami oleh Izzi...kalau saya ditakdirkan berkahwin dengan dia...saya terima...walaupun di matanya saya adalah Farris bukan Harris... (Senyum).

Izzi: Awak...dah...jom lah balik...saya penat lah...

Harris: Okay...jom...thanks again kak Cham...

Izzi: Thanks kak Cham...bai...


* * * * * * * * * * *

Liya: STOP! Oh...dekat sini rupanya you...I dah berhari hari cari you...you tak layan I...Nasib baik I ikut kereta you sampai sini...Oh...ini mesti sebab perempuan ni kan... (Tolak bahu Izzi).

Izzi: Farris...siapa perempuan ni?...Oh...saya ingat...ini girlfriend Harris kan?

Liya: Yelah...aku girlfriend Harris!

Harris: Shut Up Liya!

Izzi: Kenapa awak marah tunang saya pulak? Awak pergilah cari Harris...

Liya: Oi...kau ni gila atau pura-pura gila...lelaki dekat sebelah kau ni lah Harris...

Harris: Liya! I said shut up! (Tarik tangan Liya)...

Izzi: Awak salah orang lah...diorang ni kembar...sebab tu awak salah orang...saya pun dah lama tak nampak Harris...kan sayang kan...

Liya: Sayang? Apa ni? tadi I pergi rumah you...mummy you cakap...Farris dah mati kan...

Izzi: (Terkejut)...Mati? tak...tak...Farris tak mati...Farris...apa perempuan ni merepek?

Harris: Liya! you pergi dari sini!

Liya: I tak nak...perempuan ni dah gila...dia tak tahu ke Farris dah mati...dah MATI!

Harris: (Menampar Liya)...I said you go...go away...from me and from my future wife! (Marah).

Izzi:  (Teringat balik masa kemalangan)...tak...tak mungkin! (Pegang kepala dan pengsan)...


* * * * * * * * * * * *
Di dalam kereta...

Izzi: Farris...Farris... (Meracau).

Harris: Awak...awak...saya ada dekat sini...

Izzi: Farris! (Tersedar dari pengsan)...Awak...awak pergi mana...kenapa perempuan tadi tu cakap awak dah mati?

Harris: Awak mimpi je tu...saya ada je dekat sini... (Senyum).

Izzi: Awak...saya nak kahwin dengan awak secepat mungkin...saya tak nak kehilangan awak...

Harris: Ye awak...kita akan kahwin...dua hari je lagi...


* * * * * * * * * * * * *
Dua hari kemudian...

Harris: Aku terima nikahnya Puteri Izzirina Binti Kamal dengan mas kahwinnya Rm 500 ringgit di bayar tunai...

Tok kadi: Sah? (Pandang wali dan saksi).

Wali,saksi: Sah...

Harris: Alhamdulilah... (Pandang Izzi).

Izzi: (Tersenyum gembira)...


* * * * * * * *
Di dalam bilik...

Izzi: Abang...terima kasih sebab sudi menerima Izzi sebagai isteri abang...terima kasih sebab tak tinggalkan Izzi... (Peluk)...

Harris: Abang yang patut berterima kasih dekat Izzi...sebab Izzi dah bagi peluang dekat abang untuk menjadi seorang suami kepada wanita yang abang cintai...walaupun...mungkin satu hari nanti...Izzi akan buang dan benci abang dalam hidup Izzi selamanya...

Izzi: Kenapa abang cakap macam tu? Kita dah lama berkawan, bercinta dan bertunang...tak ada sebab saya nak benci atau buang abang kan...sekarang kita dah sah jadi suami isteri seperti yang kita inginkan... (Senyum).

Harris: (Cium dahi aku dengan penuh kasih sayang)...Harap engkau kekalkan lah kebahagiaan yang engkau berikan ini... (Dalam hati).

BERSAMBUNG...

p/s: Terima kasih kerana sudi membaca. Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Segala persamaan yang terdapat di dalam nama, jalan cerita dan sebagainya hanyalah kebetulan semata-mata. Harap maklum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience