CYTS 3

Humor Completed 97040

NAYLA perlahan-lahan melabuhkan duduknya di kerusi, laci yang berada di meja itu di tarik. Nayla mengeluarkan sepucuk surat yang berada di dalam laci tersebut, yang tertera namanya.

Nayla mencapai surat tersebut, lama wanita itu memerhati surat tawaran yang telah dia dapat lama sekali. Ini pun sudah banyak kali dia mendapat tawaran iaitu , surat menyambung pelajaran ke luar negara.

" Patut ke aku pergi? " Soalnya sendiri.

Aimi yang baru sahaja pulang daripada kerja menghentikan langkah kakinya apabila melihat Nayla yang sedang merenung surat yang berada di tangannya itu. Wanita itu terus mendekati Nayla, surat yang berada di tangan wanita itu di ambil.

Nayla terkejut dengan kehadiran Aimi yang secara tiba-tiba itu, Aimi mulai membaca surat di muka hadapan.

" Sambung belajar?, wahh biler kau nak pergi.. sorang-sorang lah aku lepas ni " Aimi memandang ke arah Nayla.

Nayla mengambil surat yang berada di tangan Aimi itu, lalu di letakkan atas meja.

" Aku tak pergi pun lah, aku duduk sini je teman kau.. " Nayla senyum.

Aimi memandang ke arah Nayla dengan wajah pelik! Biar betul wanita itu ingin melepaskan peluang keemasan ini? terus Aimi melabuhkan duduknya di sebelah Nayla.

Kedua belah bahu Nayla itu di pegang, Aimi memandang wajah Nayla dengan pandangan yang susah untuk di tafsirkan.

" Kau dah kenapa?, patutnya kau gembiralah aku tak pergi boleh teman kau "

" Teman aku?tu alasan kau je kan Nayla. Aku tahu kau tak nak pergi sebab Zarieff kan?yang kau nak fikir pasal dia buat apa "

Aimi langsung tidak menyukai dengan keputusan yang di buat oleh Nayla itu, dia tidak mahu sambung pengajian ke yang lebih tinggi kerana lelaki yang tidak pernah menghargai dirinya itu.

" Aku tak tahu, kau rasa patut ke aku pergi dan tamatkan semua ni? " Nayla memandang ke arah kawan baiknya itu.

Aimi mengangguk, seraya tangannya memegang tangan Nayla dengan erat.

" Mungkin dengan cara ni kau akan mampu lupakan dia, kenapa kau nak stay dekat orang yang tak pernah untuk cuba hargai kau? please Nayla kau pergi je "

" Tinggalkan Zarieff, aku percaya one day nanti kau akan jumpa lelaki yang akan menghargai kau bukan macam Zarieff " beritahu Aimi lagi.

Nayla menundukkan pandangannya itu. Mungkin jika dia pergi selepas ini, dia tidak akan bertemu dengan Zarieff lagi.

" Lagipun aku rasa hidup Zarieff akan lebih baik kalau aku tak der kan? dia kan bencikan aku betul tak Mi? " bergenang air matanya saat ini.

" Lupakan Zarieff, itu kau kena buat. Mungkin kau memang tak der jodoh Zarieff. Kau sendiri cakapkan dia cintakan Hanis " Tutur Aimi lagi.

" Dia sayang dan cinta pada Hanis, aku? dia tak pernah nampak aku.. mungkin dah tiba masanya untuk aku undur diri dan lupakan lelaki yang bernama Zarieff Iskandar " ujar Nayla lagi.

Aimi mengangguk.

" Pergi Nayla..,capai cita-cita kau.. " ujar Aimi lagi. Menyakinkan Nayla.

ZARIEFF memulas tombol pintu perlahan-lahan, sudah lama dia tidak menjejakkan kakinya ke bilik yang di penuhi kenangan bersama arwah isterinya itu. Zarieff melabuhkan duduknya di birai katil, nafas di hela perlahan dan di hembus.

" Walaupun sayang dah tak der,kenapa abang rasa macam sayang masih ada? " Tuturnya sendiri.

Zarieff mengambil bingkai gambar yang berada di atas meja lampu itu, lama lelaki itu memerhati gambar yang menghiasi bingkai gambar tersebut. Menitis satu persatu air mata lelaki itu saat ini, tanpa dipinta.

" Ha..Hanis.. " bergetar suara lelaki itu menyebut nama arwah isterinya itu.

Lelaki itu terus mengesat air matanya itu dengan kasar, bingkai gambar yang berada di tangannya itu di letakkan di tempatnya semula. Lelaki itu terus bangun daripada katil tersebut, lama Zarieff memandang ke arah sekeliling bilik itu.

" Tiada siapa yang mampu gantikan tempat Hanis dalam hati abang, hanya Hanis selamanya.. " tuturnya perlahan.

Sedang asyik memandang kawasan sekeliling, anak matanya terhenti dia seperti tertangkap satu kotak yang sangat asing di lihat nya. Zarieff terus mendekati almari yang berada tidak jauh dengan dirinya itu.

Kotak yang berwarna hitam itu di ambil, lalu Zarieff mengatur langkah kakinya ke arah katil terus di labuhkan duduknya. Zarieff membelek-belek kotak tersebut.

" Kotak apa ni? tak pernah tengok pun " omelnya sendiri.

Tanpa rasa ragu-ragu terus lelaki yang berpakaian kemeja putih itu, membuka kotak tersebut sebaik sahaja di buka dia melihat baju arwah isterinya di situ. Zarieff perlahan-lahan mengambil baju kurung wanita itu.

Ini adalah baju yang selalu di pakai oleh Hanis, berair mata lelaki itu sebaik sahaja melihat baju kurung tersebut. Mulai terbayang di fikirannya isterinya yang begitu cantik sebaik mengenakan baju kurung itu.

Zarieff turut hairan apabila melihat cincin perkahwinannya bersama Hanis turut berada di situ, dia hairan mengapa cincin itu berada di dalam kotak tersebut. Dan Zarieff juga hairan di bawah cincin tersebut terselit sampul surat berwarna coklat.

Sambil tertulis buat suamiku Zarieff Iskandar.

Zarieff terus membuka sampul surat tersebut, sebaik di buka terlihat ada sepucuk surat yang di tinggalkan. Tanpa teragak-agak lelaki itu terus buka surat tersebut dan di baca satu persatu.

Assalamualaikum abang, mungkin sebaik sahaja abang baca surat ni Hanis dah tiada lagi di sisi abang.. di sebelah abang. Hanis harap abang sentiasa dalam keadaan baik dan sihat. Hanis nak abang tahu yang Hanis akan sayang dan cintakan abang sampai bila-bila hingga akhir hujung nafas Hanis.

Bergenang air mata lelaki itu.

Abang sememangnya lelaki yang baik yang pernah Hanis kenal, seorang suami yang bertanggungjawab dan penyayang terhadap Hanis. Dan apa yang Hanis nak tulis adalah satu perkara yang penting sangat-sangat.

Hanis tahu abang pasti perlukan seseorang sebaik sahaja Hanis pergi tinggalkan abang, Hanis tak nak abang rasa akan kesunyian mahupun kesedihan.. Hanis tak sanggup untuk mengetahui semua itu, orang yang layak sememangnya layak untuk abang adalah Nayla. Jika abang sayang dan cinta pada Hanis, Hanis mohon kahwini Nayla.

Hanis sedar yang, kehadiran Hanis telah memporak-perandakan perasaan Nayla pada abang. Hanis tahu Nayla cintakan abang sepenuh hati dia, dan Hanis juga tahu cinta Hanis pada abang tak sehebat cinta Nayla pada abang.

Nayla wanita yang baik, saya tak nak lagi sakiti Nayla.. dia terlalu memendam perasaan, Hanis mohon abang jaga Nayla buat Hanis dia tiada sesiapa dah abang selain kita.. Mohon abang balas cinta Nayla..Itu permintaan Hanis, Kahwini Nayla.

ISTERIMU..
HANIS HAIZI...

sebaik sahaja membaca surat itu lelaki itu tergamam, dia tidak pernah tahu selama ini wanita itu menyukai dirinya dia ingat apa yang Nayla lakukan semua ini hanya kerana simpati padanya dan rasa bersalah padanya atas kematian Hanis.

" Berkahwin dengan Nayla? tak mungkin! aku tak boleh semua tu.. " lelaki itu meletakkan surat yang di tulis oleh isterinya itu di tepi.

" Tapi, ni Hanis punya permintaan yang terakhir.." ujarnya sendiri.

Lelaki itu menundukkan pandangan itu, dia bingung haruskah dia mengikut segala yang di katakan oleh arwah isterinya itu. Berkahwin dengan Nayla? Tidak pernah dia membayangkan perkara sebegitu akan berlaku.

" Nayla cintakan aku? dan Hanis tahu perkara tu tapi dia tak marah? " Zarieff meraup wajahnya sambil mengeluarkan keluhan kasar.

NAYLA meletakkan baju-bajunya itu di dalam beg bagasi, tangannya terhenti sebaik sahaja terlihat gambar Zarieff yang di ambil olehnya senyap-senyap pada zaman universiti dahulu. Lama Nayla memandang gambar tersebut

Nayla terus membuka laci dan di letakkan gambar tersebut di laci tersebut lalu di tutup. Ya dia harus melupakan lelaki itu! Pasti! Dia perlu memulakan segalanya semula.

" Kau kena lupakan dia Nayla, lupakan dia Nayla " ujarnya berkali-kali pada dirinya sendiri.

PUAN SRI SHILA melabuhkan duduknya, terkejut dia apabila mendapat pesanan daripada Nayla bahawa wanita itu akan bertolak ke Australia sebentar sahaja lagi.

" Yang muka terkejut sangat tu kenapa? " Soal Tan Sri Hisham yang baru sahaja turun.

Puan Sri Shila terus ke arah suaminya itu, telefon bimbit itu di serahkan kepada Tan Sri Hisham. Berkerut-kerut dahi lelaki tua itu membaca pesanan daripada Nayla itu.

" Nayla nak ke Australia? hari ni? " Soal Tan Sri Hisham masih terkejut.

Zarieff yang baru sahaja ingin naik ke bilik terhenti langkahnya itu apabila mendengar apa yang papanya itu katakan sebentar tadi.

Zarieff mengatur langkah kakinya ke arah Tan Sri Hisham, telefon bimbit yang berada di tangan lelaki tua itu di ambil lalu di baca. Ya benar Nayla ingin ke Australia.

" Nayla nak ke Australia? betul ke ma? pa? it's that true? " Zarieff memandang kedua ibu bapanya itu.

Telefon bimbit yang berada di tangan Zarieff itu di ambil oleh Puan Sri Shila,

" Yes, Why? lagipun Rieff memang tak suka dia kan.. kalau dia duduk sini Rieff tak habis-habis cari pasal dengan dia " Sindir Puan Sri Shila.

Zarieff melepaskan keluhan kasar, surat yang di baca oleh semalam itu mulai menghantuinya. Jika Nayla pergi bagaimana dengan permintaan daripada Hanis.

" Ishh! " Zarieff terus mencapai kunci keretanya itu.

" Nak pergi mana pulak tu? "

Zarieff hanya mengabaikan soalan yang di tanyakan oleh Puan Sri Shila, dengan pantas lelaki itu meluru ke arah keretanya itu terus pedal minyak ditekan dan memecut dengan pantas ke lapangan terbang.

" Saya tak fahamlah dengan anak awak tu, waktu tu Nayla ada bukan main kerja nak menyakitkan hati orang je "

" Tapi bila Nayla tak der sibuk tanya pasal Nayla! " Puan Sri Shila mengeluh.

" Ehh anak saya pulak? anak awak jugak yer.. mungkin dia takut kehilangan Nayla. Awak pun tahu kan anak kita tu masih teringatkan isteri dia " ujar Tan Sri Hisham.

AIMI terus memeluk kawan baiknya itu dengan erat, Aimi tahu berat hati wanita itu ingin meninggalkan Malaysia mungkin dia risau dengan Zarieff.

" Kau jaga diri baik-baik ya, and jagakan aunty Shila and uncle Hisham untuk aku yaa.. aku mohon sangat " ujar Nayla.

Aimi mengangguk.

" Kau jangan risaulah pasal diorang, Zarieff tu tak layak langsung untuk kau Nayla. kau abaikan je dia "

Nayla hanya mengukir senyuman nipis.

" Okeylah, cepat kang lambat nanti take care okey Nayla. Aku akan selalu rindu kau ingat! "

" Aku pun akan selalu rindu kau, always! ingat jugak " ujar Nayla pula.

Aimi mengukir senyuman.

Nayla terus menarik beg bagasinya, dan melambaikan tangannya itu ke arah Aimi. Aimi turut melambaikan tangannya itu ke arah Nayla. Tanpa sedar air matanya bergenang, dia tidak pernah berpisah dengan Nayla.

Dan ini adalah kali pertama..

" NAYLA! ANNA NAYLA! " Jerit satu suara daripada belakang. Suara yang cukup Nayla kenal. Nayla terus memalingkan wajahnya dan kini dia melihat Zarieff berada di hadapannya itu.

Nayla dapat lihat tercungap-cungap nafas lelaki itu saat ini, lelaki itu terus mengatur langkah kakinya ke arah Nayla yang masih lagi berdiri terkaku. Nayla seakkan tidak percaya bahawa Zarieff yang sedang ke arahnya.

" Z..Za..Zarieff? " Nayla bingung sendiri.

" Awak nak pergi mana Nayla? awak nak tinggalkan saya ke? awak kata awak akan sentiasa berada di sisi saya.. " tutur Zarieff.

Nayla masih lagi terkejut dan terkaku apabila lelaki itu membahasakan dirinya 'saya, 'awak.

Aimi yang berada di sebelah lelaki itu memalingkan wajahnya ke arah Zarieff.

" Dah kenapa pulak dia ni? terkena sampuk ke apa tadi " Aimi pelik.

Zarieff mengukir sebuah senyuman yang susah untuk ditafsirkan.

" Saya sayangkan awak Nayla.. " ucap lelaki itu lagi.

" S..sa..sayang? "

Assalamualaikum, hairah nak bagitahu yang novel ni akan di lock. Jadi kalau nak baca chapter seterusnya korang kena pakai coin. Hairah minta maaf sangat ii, sebab haritu hairah kata novel ni tak pakai coin. Hairah baru je dapat tawaran jadi EA. Hairah harap korang masih akan support Hairah dan baca novel Hairah.. apa-apa maklumat korang boleh add FB hairah yaa.. FB: Hai Rah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience