CYTS 1

Humor Completed 97038

HUJAN mulai membasahi bumi saat ini, ia seperti terasa bumi turut terasa sedih dengan apa yang terjadi padahari ini.

Orang ramai beransur-ansur beredar dari perkarangan kubur itu melainkan Nayla dan juga Zarieff yang sedang menangis teresak-esak di hadapan kubur yang tertera nama Hanis Haizi binti Musa pada batu nisan tersebut itu. Begitu cinta dan sayang sekali Zarieff pada wanita bernama Hanis Haizi yang sudah memenuhi hatinya sejak 5 tahun.

Walaupun Hanis masih belum di kurniakan cahaya mata namun,Zarieff sentiasa berada di sisinya itu. Begitu besar dan banyak sekali cinta Zarieff pada Hanis.

" Sayang.. abang minta maaf, maafkan abang tak dapat selamatkan sayang abang tak pernah tinggal sayang " ujar lelaki itu berkali-kali di hadapan kubur tersebut.

Zarieff seakan-akan tidak dapat menerima dengan takdir bahawa dia tidak dapat menyelamatkan isterinya yang memerlukannya saat itu. Lelaki itu benar-benar terasa gagal menjadi suami yang terbaik.

Bergenang air mata Nayla di kelopak matanya itu saat lelaki itu berkata sebegitu, pasti sungguh memeritkan untuk dia menerima. Perlahan-lahan Nayla mendekati lelaki itu, payung yang sedang di pakai untuknya itu di alihkan pada lelaki itu.

Baju Nayla mulai basah terkena titisan hujan yang turun ketika itu.

" Semuanya dah tertulis walaupun pahit awak kena terima, Hanis akan tunggu awak dekat pintu syurga " tutur Nayla lembut.

Perlahan-lahan lelaki itu bangun dan berdiri di hadapan Nayla, betapa merahnya mata lelaki itu kerana air mata yang terlalu banyak mengalir.

" Tertulis? itu je yang mampu kau cakap! kau tak der dekat tempat aku lah! " Payung yang sedang Nayla payungi lelaki itu di tolak ke tanah. Bunyi petir semakin kuat berdentum di langit..

Nayla terkejut dengan tindakan daripada lelaki itu, begitu ketat dan muram sekali wajah lelaki itu.

Begitu lain sekali cara lelaki itu bercakap dengannya kini, tidak seperti biasa.

" Balik! kau tak layak ada dekat sini kalau bukan sebab kau suruh dia pergi sana semua ni takkan jadilah! " Lelaki itu terus menolak Nayla dengan kuat jatuh ke lantai. Terus Zarieff mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan perkarangan kubur tersebut.

Nayla memerhati tangannya yang terluka akibat di tolak kuat oleh Zarieff, setitis darah mulai mengalir daripada tapak tangannya itu.

" Aku penyebab Hanis pergi.., kalau aku tak suruh Hanis pergi rumah tu mesti semua ni takkan jadi " bergetar suara Nayla tika ini.

6 TAHUN KEMUDIAN,

WALAUPUN sudah 6 tahun sang isteri meninggalkan dirinya, namun tidak pernah sesaat atau sedetik pun wanita itu hilang daripada fikirannya itu. Bingkai gambar yang berada di atas meja itu di perhati, perlahan-lahan Zarieff mengambil dan di lihat. Sebak hatinya melihat gambar yang menghiasi bingkai itu.

Perlahan-lahan Zarieff mengesat sedikit air matanya itu, Zarieff meletakkan semula bingkai gambar tersebut. Jam tangan yang berada di atas meja itu di pakaikan di pergelangan tangannya , lelaki itu memandang wajahnya di cermin. Tiada langsung senyuman yang mengukir di bibir lelaki tersebut.

" Sampai bila kau nak macam ni Rieff? " Soalnya kepada dirinya sendiri.

TING!

018-XXXXXXX : dah bangun ke?, saya ada beli sarapan and dah letak dekat office! Happy breakfast :)

Zarieff terus menutup telefon bimbitnya itu,Lelaki itu hanya sekadar membaca pesanan yang taip oleh wanita itu tanpa membalas walaupun sepatah. Memang selalu begitu setiap pagi pasti dia akan menerima pesanan daripada wanita itu.

NAYLA melihat tanda di sebelah yang berwarna biru itu, menandakan pesanan sudah di baca namun Zarieff tidak membalas pesanannya itu. Tetapi tidaklah dia terasa hati pun sebenarnya sebab selama ini memang lelaki itu tidak pernah membalas pesanannya.

Lelaki itu sudah buka dan membaca pesanan yang di taip olehnya itu pun sudah membuatkan wanita itu gembira, kerana jarang sekali lelaki itu terus membaca pesanan yang di beri olehnya.

Kalau tidak sebulan lebih barulah lelaki itu buka, ataupun tidak buka langsung...

" Meseg Zarieff? " Suara itu mengejutkan Nayla. Terus wanita itu meletakkan telefon bimbitnya itu di atas meja sambil mengukir senyuman nipis.

Aimi hanya sekadar menggeleng kepalanya itu, sudah puas dia menasihati kawannya itu agar menjauhi lelaki itu. Jujur Aimi katakan dia langsung tidak berkenan dengan perangai sombong dan perasan bagus lelaki itu.

" Nayla boleh tak kau stop buat semua ni, dia tak hargai pun apa yang kau buat pada dia.. " ujar Aimi tegas.

Nayla memandang ke arah Aimi yang sedang duduk di sebelahnya itu, wajahnya kelihatan sedih sahaja.

" Aku tahu dia takkan hargai pun walau sebesar mana pun aku buat pada dia, aku tak harapkan pun semua tu dari dia Mi.. "

Aimi mengeluh keras.

" Habis tu? buat apa kau nak kisah pasal dia! dia pun tak kisah lah pasal kau! dah lah berlagak sombong! lelaki macam tu ke kau suka? " Aimi semakin tidak puas hati.

Aimi bukan apa dia tidak mahu melihat Nayla terluka, dengan sifat lelaki yang penuh keegoaan itu.

" Dia bukan macam tu, tu bukan diri dia.. aku kenal Zarieff Iskandar yang sebenar.. sekarang ni dia bukanlah dia kau faham tak? dia cuba untuk jadi orang lain "

Aimi bingung. Dia tidak faham apa yang cuba kawannya itu sampaikan. Yang pasti dia memang tidak menyukai langsung lelaki itu, walaupun dia baru sahaja mengenali lelaki itu tapi memang Aimi tidak berkenan dengan perangai perasan bagus lelaki itu.

" Kau kata dia pernah kahwin kan? dan isteri dia tu kawan baik kau betul tak? kau rasa dia akan terima kau ke dah lah kau kawan baik arwah isteri dia " Jujur Aimi.

Nayla memandang ke arah Aimi.

" Dia takkan terima aku Aimi, Zarieff Iskandar dia sangat cintakan Hanis Haizi. Hanya Hanis yang mampu buat dia jatuh cinta "

" Aku tak pernah berharap untuk dia suka atau cintakan aku, sebab perkara tu takkan pernah berlaku "

Aimi memegang tangan kawan baiknya itu, dia melihat kelopak mata wanita itu sudah di penuhi dengan air jernih yang sudah bertakung tunggu masa ingin jatuh.

" Dulu dia rapat dengan aku sebelum Hanis, tapi aku tahu dia rapat dengan aku sebab dia suka Hanis aku tahu semuanya Aimi. " Ujar Nayla.

" Sebab aku tak pernah berharap dia cintakan aku sebab hanya Hanis yang akan bertakhta dekat hati dia " akhirnya air matanya yang jernih itu mengalir membasahi pipinya itu.

Aimi hanya mampu mengeluh dengan kata-kata wanita itu, tak tahulah apa yang ingin di katakan olehnya itu lagi. Cuma Aimi berharap agar satu hari nanti ALLAH akan hantarkan seorang lelaki yang benar-benar akan cinta dan sayang pada Nayla sepenuh hati dan mampu buatkan Nayla melupakan Zarieff.

FAIL yang berada di atas mejanya itu terus di campakkan di wajah pembantu peribadinya itu, terkulat-kulat wanita itu menundukkan badannya dan mengutip fail yang berada di atas lantai itu.

" Ni kau panggil proposal? hah kau buat pakai otak kau ke pakai lutut kau hah! " Tengking lelaki itu.

" M..maafkan saya Encik Zarieff, " ujar wanita itu.

" Aku nak kau berambus dari office aku sekarang ni, aku tak nak tengok muka kau langsung! kau di pecat berambus! " Hambur lelaki itu dengan kuat.

Basah lencun wajah wanita itu dengan air matanya akibat di marahi oleh lelaki itu. Namun Zarieff langsung tidak kisah, jika pembantu peribadinya itu ingin menitiskan air mata darah sekalipun dia tidak kisah!

Terus wanita itu mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan pejabat itu tanpa sepatah kata pun, Zarieff terus melabuhkan duduknya di kerusi sambil menghentak mejanya itu dengan kuat.

" Ni yang kali ke 102 kan Encik Zarieff Iskandar oiii.. " suara itu membuatkan Zarieff mengalihkan pandangannya itu ke arah muka pintu. Kelihatan Zafran iaitu abangnya sedang berada di muka pintu dengan wajah selamba.

Zafran hanya mampu menggelengkan kepalanya itu dengan kelakuan daripada adiknya itu. Zafran terus mengatur langkah kakinya dan menarik kerusi lalu melabuhkan duduknya di kerusi berhadapan dengan adiknya.

" Kau tak boleh tau nak layan seseorang tu sukahati kau, diorang pun ada perasaan.. " ujar lelaki itu.

Zarieff hanya diam. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri itulah umpamanya!

" Macam Nayla jugak, kau tak boleh nak layan dia ikut sukahati kau "

Tangan yang sedang menulis sesuatu di kertas itu terhenti, lelaki itu mengangkat wajahnya dan di pandang Zafran di hadapan.

" Kenapa aku tak boleh layan dia ikut sukahati aku, habistu kau nak aku belai dia ke macam mana? " Balas lelaki itu sombong.

" Lah baru aku tahu rupanya kalau nak layan orang baik-baik kena belai orang tu dulu ehh.. ohhh.. " Zafran terus bangun daripada kerusinya dan meninggalkan Zarieff keseorangan di itu.

Padan muka kau! kerja nak sakitkan hati orang je. Degus Zafran sendirian.

ZARIEFF perlahan-lahan mencapai bingkai gambar perkahwinannya bersama dengan Hanis dahulu, matanya di pejam serapat-rapatnya.

" Ya ALLAH, sakitnya rindu ini.. " ujarnya perlahan...

" YA memang sakit.. " ujar Nayla sambil memandang bingkai gambar yang terlihat gambar dirinya bersama Hanis dan juga Zarieff pada gambar.

Nayla meletakkan bingkai gambar itu di tepi,laci yang berada di sebelahnya di buka perlahan buku nota yang berwarna coklat itu di bawa keluar. Pen di sebelah di capai, Nayla mula menulis sesuatu.

Sakitnya apabila kita memendam perasaan pada seseorang yang terang-terangan tidak menyukai kita. Aku sendiri tahu dia tidak menyukai tetapi kenapa hati ni tak pernah cuba untuk faham yang dia tidak menyukai aku. Walaupun aku tahu cinta aku pada dia takkan terbalas, tapi aku akan cintakan dia sampai bila-bila hingga akhir nafas aku.

- Nayla..-

" Maafkan aku Hanis, maafkan aku kalau bukan sebab aku mesti kau masih bahagia dengan Zarieff.. " air matanya yang bertakung di kelopak itu segera di seka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience