CYTS 2

Humor Completed 97038

" HAI.. " suara itu memalingkan wajah Zarieff ke arah belakang. Cermin mata hitam yang di pakai olehnya itu di buka, dia melihat kini Nayla berada di hadapannya itu sambil mengukir senyuman.

Zarieff berdegus perlahan, kenapalah dia perlu selalu berjumpa dengan Nayla? Semakin hari semakin benci dia melihat wajah wanita itu, jika ingat kembali peristiwa 6 tahun lepas hendak sahaja dia membunuh wanita di hadapannya itu saat ini.

" Awak dah makan ke? Ermmm aunty Shila bagitahu awak tak makan semalam "

" So? apa kena mengena dengan kau. boleh tak kalau sehari kau jangan muncul depan aku.. " Balas lelaki itu kasar.

Nayla hanya diam membisu sahaja, mendengar kata-kata kasar yang di lontarkan oleh lelaki itu kepadanya. Dahulu Zarieff sangat sopan sekali bercakap dengannya bukan seperti sekarang.

Sebaik lelaki itu ingin beredar, lengan Zarieff itu di tarik oleh Nayla. Nayla pantas menarik tangannya itu kembali apabila melihat lelaki itu memandangnya dengan pandangan yang tajam.

" Err... sorry, saya datang sini nak bagi awak makanan. awak kenalah makan nanti perut kosong gastrik " Nayla menghulurkan bekal makanan yang berisi masakan yang di masak olehnya itu.

Zarieff mencapai bekal makanan yang di hulurkan oleh Nayla, Nayla mengukir senyuman bahagia..Apabila Zarieff sudi untuk mengambil bekal makanan yang di masak olehnya itu.

" Masakan macam ni kau bagi anjing makan je ehh, tu pun kalau anjing nak makanlah " Bekal makanan itu terus di lepaskan ke lantai.

Terkejut Nayla dengan kelakuan lelaki itu, cermin mata hitam itu terus di pakai semula. Tanpa rasa bersalah, Zarieff terus melangkah pergi beredar. Perlahan-lahan Nayla menundukkan badannya itu, untuk mengangkat bekal makanan yang di bawa olehnya itu.

Nasib baik penutup tidak terbuka, kalau tidak pasti sudah membazir.

" Tak payah layan lah, dia memang macam tu ada masalah otak sikit " suara itu menyedarkan Nayla. Zafran terus mengambil bekal makanan yang berada di atas lantai itu.

Nayla hanya mengukir senyuman nipis, dia sudah biasa dengan perangai Zarieff tidaklah dia rasa sedih sangat. Cuma terasa dengan kelakuan lelaki itu.

Zarieff mengalihkan pandangannya itu ke belakang, dia melihat Nayla sedang berbual bersama dengan abangnya itu.

" Zafran ?, Ahh lantak dia lah " Zarieff terus melangkah kakinya masuk ke dalam bangunan semula.

" Tak bukak bekas lagi dah bau sedap, rugilah Zarieff tak rasa masakan Nayla kan "

" Tak der lah, ermmm awak nak ke? kalau awak nak makanlah "

" Boleh ke? terima kasih dah jangan sedih-sedih Zarieff tu err awak faham kan? "

Nayla menganggukkan kepalanya itu.

" Saya faham, tak perlah saya balik dulu awak tolonglah suruh Zarieff tu makan dia kan ada gastrik " pesan Nayla.

Zafran menganggukkan kepalanya itu,Nayla terus mengatur langkah kakinya beredar daripada kawasan tersebut. Zafran memerhatikan Nayla yang sedang meluru ke arah kereta.

Zafran memerhati bekal makanan yang berada di tangannya itu, lelaki itu menggelengkan kepalanya. Jujur dia kesian melihat wanita itu.

Nayla seorang perempuan yang sangat baik, lelaki seperti adiknya itu langsung tidak layak untuk memiliki perempuan seperti itu. Zafran hanya mampu berdoa semoga satu hari nanti akan ada seorang lelaki hadir dan akan mencintai Nayla dengan sebaiknya.

Tetapi Zafran tahu, mengapa Zarieff iaitu adiknya membenci akan Nayla. Mungkin kematian Hanis baginya penyebabnya adalah Nayla..

" SAYANG! SAYANG!! " Jerit Zarieff dengan kuat. Terbeliak biji mata lelaki itu apabila rumah yang sudah hampir separuh runtuh akibat di jilat oleh api. Api pula semakin membara.

" Abang!! Abang!! tolong Hanis! sakit!! Abang!!! " Suara jeritan Hanis mulai di dengar. Zarieff dengan keadaan yang masih terpinga-pinga itu terus berlari dengan pantas ke arah rumah yang api sudah mulai membara itu.

" Sayang! sayang dengar tak abang panggil ni tunggu sayang! abang datang " sebaik lelaki itu ingin meneruskan perjalanannya itu kakinya terasa seperti berat ingin melangkah.

Zarieff berusaha sekeras-kerasnya ingin mengangkat kakinya namun gagal, badannya seakkan terkaku. Ketika ini pintu di hadapannya itu perlahan-lahan terbuka sendiri.

Saat ini bergetar kedua belah tangannya melihat Hanis yang terbaring sambil di jilat oleh api itu. Bercucuran air mata lelaki itu saat ini. Begitu banyak asap berkepul-kepul saat itu. Sesak terasa dadanya, apabila isterinya yang berada di dalam rumah itu.

"A..b..abang, Ha..Han..Hanis sa..sa..sakit " beritahu Hanis yang sudah tidak terdaya lagi itu.

" Allahuakbar!! Ya allah, Hanis!! " Zarieff cuba untuk menggerakkan kakinya namun masih tidak boleh. Semakin laju air mata Zarieff mengalir, dia tidak mampu menyelamatkan wanita itu.

Zarieff menghulurkan tangannya ke arah Hanis. Hanis perlahan-lahan ingin mengangkat tangannya itu namun, penglihatannya mulai kabur. Dan akhirnya tangannya itu tidak dapat di capai oleh Zarieff.

" Hanis!! Sayang!!!! " Jerit Zarieff dengan kuat sambil teresak-esak menangis memanggil nama sang isteri tersebut.

Zarieff terasa seakan seseorang sedang memegang bahunya daripada belakang, sebaik lelaki itu menoleh terkejut lelaki itu ketika ini apabila dia melihat susuk tubuh yang hitam dengan muka yang
berdarah-darah.

" Astaghfirullahalazim.. " jeritnya dengan kuat.

Zarieff terus tersedar daripada mimpinya itu, peluh mulai menitik membasahi dahinya tika itu, wajahnya itu di raup. Mulut tidak berhenti-hentai beristighfar, sungguh mimpi itu mengejutkan sekali.

" Ya Allah, Astaghfirullahalazim.. " ucapannya perlahan.

Ketika ini azan maghrib mulai berkumandang, Zarieff memandang seluruh kawasan biliknya yang gelap-gelita itu. Sungguh sayu sekali hatinya terasa kini, walaupun kejadian itu telah lama berlaku namun sampai sekarang kejadian itu masih menghantuinya.

" Sayang.. abang rindukan Hanis, kenapa Hanis tinggalkan abang. "

" Walaupun dah 6 tahun sayang tinggalkan abang, tapi kenapa susah sangat abang nak terima kenyatan yang Hanis dah tiada lagi dalam hidup abang? " Saat ini air matanya perlahan-lahan mengalir membasahi pipinya ketika itu.

Zarieff menyandarkan badannya itu di kepala katil, cincin yang masih tersarung di jarinya itu di perhatikan lama.

" Abang nak sayang tahu yang, abang akan sentiasa sayangkan Hanis walau apa jua keadaan sekalipun.. " tuturnya perlahan.

SELESAI sahaja membaca Yaasin di pusara kubur arwah Hanis, Nayla memegang batu nisan yang berdiri tegak di hadapannya itu, lama dia memerhatikan kubur arwah kawan baiknya itu.

" Hanis.., kau apa khabar? kalau aku..aku okey je cuma rindukan kau.. " bergenang air mata wanita itu ketika itu.

" Kau nak tahu tak, kau untung sangat-sangat dapat memiliki seorang lelaki yang ikhlas cintakan kau sayangkan kau "

" Sampai sekarang dia tak pernah lupakan kau, dia tak pernah lupakan kau walaupun kau dah pergi.. " tutur Nayla sendiri.

Nayla menarik nafasnya sedalamnya, dan di hembus perlahan. Air mata yang sedikit mengalir itu di kesat.

" Aku pergi dulu ya Hanis, aku harap kau tenang dekat sana.. aku akan selalu doakan kau, aku sayang kau Hanis.. " Nayla terus bangun dari tikar yang di duduki olehnya itu lalu di gulung tikar tersebut.

Sebaik wanita itu memusingkan badannya ke belakang untuk beredar daripada situ. Terkejut Nayla di buatnya apabila dia melihat Zarieff berada di hadapannya saat ini, lelaki itu memandangnya dengan pandangan yang dingin.

" Buat apa kau datang? kau ingat dengan kau melawat semua ni akan berubah ke? " Soal lelaki itu dengan sinis.

Nayla diam membisu. Dia tidak tahu harus menjawab bagaimana. Ya benar soalan itu tiada jawapan. Zarieff terus menarik lengan Nayla itu untuk di bawa keluar daripada perkarangan kubur tersebut.

" Awak nak bawak saya ke mana ni " ujar Nayla.

ZARIEFF terus melepaskan lengan wanita itu dengan kuat, Nayla memegang pergelangan tangannya yang terasa sakit akibat di cengkam kuat oleh lelaki itu.

" Kau dengar sini perempuan, aku tak nak tengok muka kau lagi melawat kubur isteri aku! kau faham tak! " Tengking lelaki itu.

" Kau tak der hak nak melawat orang yang kau dah bunuh! " Perkataan bunuh di tekan kan.

Terkejut Nayla di buatnya dengan jeritan lelaki itu.

" Kenapa? kenapa saya tak boleh melawat kubur kawan baik saya? " Soal Nayla.

" Hey bodoh! kawan baik kau kata? ke aku salah dengar? "

" Kawan baik mana yang sanggup bunuh kawan baik dia sendiri, kau sebernanya cemburu dengan Hanis kan! "

" Sebab, dia ader segalanya dan kau? kau tak der semua tu kau hanya sampah... "

"Zero! entah-entah kau memang dah rancang nak kenakan Hanis malam tu betul tak apa aku kata! "

Bergenang air mata Nayla saat ini mendengar tuduhan yang melampau daripada lelaki itu.

" Asal kau diam? betulkan.. kau simpanlah air mata palsu kau tu. Kau dengar sini sampai bila-bila aku takkan maafkan kau perempuan tak guna! kau hidup pun bawak sial je lah " jerit lelaki itu dengan kuat sambil menolak bahu Nayla dengan kuat.

" Aku nak kau tahu, yang aku benci sangat-sangat dengan kau Nayla! ingat apa yang aku cakap ni sampai kau mati! " Kepala Nayla itu di tunjal berkali-kali.

" Yang patut mati waktu tu engkau, bukan Hanis.. isteri aku! kau yang patut mati waktu tu bukan dia Nayla! " Zarieff terus melanggar bahu wanita itu dengan kuat dan terus Zarieff beredar meninggalkan Nayla terkulat-kulat keseorangan di situ.

" Simpanlah angan-angan kau Anna Nayla, dia bukan tercipta untuk kau, kau sendiri dengar dia benci dengan kau Nayla.. "

" Cukuplah Nayla, cukup sakitkan hati kau sendiri.. dia sayangkan Hanis, hanya Hanis ingat tu.. " tuturnya sendiri sambil memerhatikan Zarieff yang sedang duduk di perkarangan kubur arwah isterinya itu.

Nayla terus mengesat air matanya saat ini, kakinya terus mengatur langkah beredar dengan perasaan yang begitu susah untuk di gambarkan. Yang pasti dia hampa..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience