P R O L O G

Humor Completed 97038

PASU kecil yang berada di sebelahnya itu di capai dengan kemarahan yang sedang menguasai diri itu tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi itu terus lelaki itu membaling pasu yang berada di tangannya itu di kepala wanita yang berada di hadapannya itu.

Perlahan-lahan cecair merah iaitu darah mulai mengalir daripada dahi wanita itu saat ini, bersama air matanya yang sedang mengalir membasahi pipinya tika ini.

" Dah puas? " Soal Nayla.

Zarieff memandang wajah Nayla dengan pandangan yang cukup dingin. Jika teringat kembali kejadian yang dia nampak tadi perasaan marah pada wanita itu semakin bertambah. Lagi-lagi apabila dia melihat wajah rasa tidak bersalah wanita itu.

" Awak nak saya buat apa lagi? saya tak mampu jadi macam dia.. " lelah sahaja suara Nayla kedengaran.

Zarieff mengangkat pandangannya itu dia memandang ke arah wajah Nayla yang sudah matanya berkaca-kaca itu.

" Saya tak mampu jadi macam Hanis, saya bukan dia Zarieff " tutur Nayla lemah.

“ Saya ingatkan bila saya kahwin dengan awak, saya mampu ubah awak.. saya mampu buat awak lupakan Hanis"

Zarieff tergelak sinis mendengar ucapan wanita itu.

" Lupakan Hanis? kau gila? " Sinis Zarieff bertanya.

" Saya cintakan awak Zarieff, sebelum arwah Hanis jumpa dengan awak.. tapi waktu tu awak hanya nampak Hanis.. " Luah Nayla.

" Tak boleh ke awak cuba untuk terima saya, cintakan saya.. sayangkan saya macam awak sayang dan cinta pada Hanis?" Bergetar suara Nayla berkata.

Zarieff mengatur perlahan-lahan kakinya itu ke arah Nayla, dia menolak bahu Nayla dengan sinis.

" Terima kau? kau tahu tak kau ni kawan makan kawan! kau tu kawan Hanis kau sedar tak? kau dah khianat kawan kau sendiri! " Jerit Zarieff.

" Kalau Hanis tak tahu yang kau ada perasaan pada aku! aku takkan sesekali lah akan setuju kahwin dengan kau! "

Nayla terkejut dengan pengakuan daripada lelaki itu.

" Dan sekarang ni kau nak aku sayang dan cintakan orang yang paling rapat dengan isteri aku! kau bodoh ke " perlahan-lahan Zarieff mengatur langkah kakinya ke arah Nayla dan berbisik sesuatu di cuping telinga Nayla.

" Kau bukan manusia..kau syaitan yang bertopengkan manusia! " Bisik lelaki itu di cuping telinga Nayla. Zarieff terus mengatur langkah kakinya untuk beredar.

" Tapi Hanis dah tak der, boleh tak awak terima kenyataan tu! " Suara Nayla meninggi.

Zarieff menghentikan langkah kakinya, lelaki itu memalingkan wajahnya ke belakang memandang Nayla di hadapannya itu.

" Dia ada ke! dia tak der ke! kau bukan sesiapa kau faham tak " Bahu Nayla itu di tolak dengan kasar.

"But now, i'm your wife Zarieff.. " suara Nayla meninggi.

Suara itu menghentikan jejak langkah Zarieff.

Hello and Assalamualaikum semua!! Hairah here heheh.. Lamanya tak menulis, hairah harap korang masih sudi nak baca novel yang hairah tulis yaa :) happy reading

Share this novel

Zatul
2023-05-06 10:50:37 

kenapa macam tu? :(


NovelPlus Premium

The best ads free experience