"Assalamualaikum... Nama saya Hanani Munirah Jusoh. Saya berasal dari Pahang. Semua boleh panggil saya, Nani. Selamat berkenalan." Nani memperkenalkan dirinya sebelum waktu prep tamat.
Setelah selesai proses pendaftaran asrama sebemtar tadi, Miera dan Salina membantu Nani mengemaskan barang-barangnya kerana mereka telah dididik untuk melakukan setiap perkara sendiri tanpa bantuan ibu bapa. Setelah itu, mereka segera ke dewan makan bagi sesi pengenalan Nani sebagai ahli ADC yang baru.
Miera tersenyum manis memandang Nani yang masih tersipu-sipu selepas memperkenalkan dirinya. Ada yang melambai ke arah Nani, bersiul, bertepuk tangan, melaung nama dan sekadar tersenyum...
"Alhamdulillah, ADC bertambah seorang lagi ahli baru. Harap semua boleh beri tunjuk ajar kepada kawan baru kita ni. Kita sama-sama akan buat yang terbaik dalam menjaga nama baik ADC sendiri. Nani, welcome to ADC community." Semua warga ADC menepuk tangan setelah Mierul mengakhiri ucapan pendeknya. Dewan makan tersebut meriah dengan tepukan gemuruh dan sorakan para pelajar yang meraikan kedatangan rakan baharu mereka.
Mierul dan Miera kelihatan berbisik antara satu sama lain di hujung dewan setelah semua pelajar beratur bagi mengambil makanan tengahari. Mereka membiarkan rakan-rakan yang lain dahulu mengambil makanan sehingga Mak Cik Ain terpaksa menegur apabila tiba giliran mereka kerana ralit. Si kembar hanya tersengeh sumbing memandang Mak Cik Ain.
Tengahari ini giliran Amru membaca doa sebelum makan manakala Khairiyah membaca doa sesudah makan. Nani hanya mengikuti kumpulan Aspuri kembali ke dorm kerana mereka bebas melakukan aktiviti sendiri sehingga jam 5 petang.
"Salina, Miera mana? Sejak keluar dewan makan tadi saya tak nampak dia." Nani mencari-cari kelibat Miera namun tidak kelihatan.
"Awak cari Miera ke? Hujung minggu macam ni dia selalunya lepas makan tengahari akan duduk berbual di taman herba sebelah pejabat dengan Mierul. Nanti bila dah azan baru dia masuk Aspuri. Ada apa-apa ke Nani?"Salina yang sedang melipat pakaiannya memandang Nani yang mengambil tempat di atas katilnya.
"Miera dan Mierul tu couple ke? Asyik berkepit dan rapat semacam saya tengok. Awak tak cemburu ke?" Terbeliak mata Salina mendengar kata-kata Nani.
"Apalah awak ni Nani... Kenapa saya nak cemburu pula? Miera dan Mie..."
"Yelah, awakkan ada hati pada Mierul dari darjah 4." Belum sempat Salina menghabiskan ayatnya Nani lebih laju memotong percakapannya.
"Hahahaaa... Mereka tu couple sejak azali lah Nani. Memang tak boleh dipisahkan, ibarat isi dengan kuku. Miera dan Mierul tu kem..."
"Oh, kembar rupanya... Okeylah, terima kasih Salina..." sekali lagi Nani memotong percakapan Salina. Salina sekadar mengangkat bahu sambil memerhati Nani yang berjalan menuju ke tandas.
Share this novel