Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi, semua pelajar tahun 6 Asrama Desa Cemerlang berkumpul di dalam dewan makan bagi aktiviti prep selama 2 jam. Masing-masing tekun menelaah pelajaran. Ada yang membuat ulang kaji secara berkumpulan dan individu, ada yang sibuk menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru dan ada juga yang membuka pasar dan menjual gosip-gosip murah.
Sedang Miera tekun membuat peta minda bagi subjek Sains, mak cik Ain muncul dari dapur bersama sudip menuju kearah mejanya.
"Assalamualaikum... Maaf ye Cik Ain kacau korang tengah study."
"Waalaikumusalam..." Miera, Salina, Mierul, Wan dan Zara menjawab salam secara serentak sambil memandang Cik Ain yang sudah mengambil tempat di sebelah Miera.
"Ni awat Cik Ain mai lepak dekat meja kami ni... Ada gosip hangat ka kat tv la ni? Share-sharelah ngan kami... Hehehee..." Zara yang pekat dengan loghat utaranya segera mendekati Cik Ain.
"Mana buleh takdak gosip hangat... Tapi, hat tu kita cerita sat lagi. Laa ni, Cik Ain nak mai bagi kunci pejabat kat Miera. Mummy baqu lepaih call Cik Ain, dia habaq budak baqu tu dah otw. Mierul, Miera dengan Salina bolehlah pi tunggu kat pejabat, takot kelam pulak bila depa sampai." Mak Cik Ain mengajuk loghat utara Zara sambil menghulurkan kunci kepada Miera.
"Kau ni Zara, tak habis-habis dengan gosip... Kerja Sir Irwan kau dah siap belum? Kau nak kena berdiri dekat koridor lagi ke minggu ni..." Zara menggeleng dengan laju apabila Salina mengingatkan peristiwa didenda Sir Irwan kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberi.
"Eee, tak mau lah kena denda lagu tu lagi. Serik dah... Tapi, aku tak paham soklan ni. Lagu mana nak kiqa ni... Hampa tolonglah kami..." Zara menarik lengan Miera yang sedang mengemas barang-barangnya untuk dibawa ke pejabat.
"Zara, kawan-kawan kita tu kan ada kerja nak kena buat. Biar aku je ajar kau ea... Soalan mana yang kau tengah buat ni. Oh, soalan ni....." Wan dengan rela hati menawarkan diri untuk membantu Zara menyelesaikan soalan yang tidak difahaminya.
Mierul, Miera dan Salina dengan segera meninggalkan dewan makan menuju ke pejabat. Dalam perjalanan menuju ke sana, mereka rancak berbual mengenai pertandingan ADAT peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada hujung bulan Jun. Pelbagai acara yang dipertandingkan seperti bola sepak, bola jaring, Pidato Piala AD, Forum Remaja dan Tokoh AD. Saban tahun Asrama Desa Cemerlang akan menghantar wakil bagi setiap kategori dan telah menjadi johan keseluruhan di peringkat negeri selama 3 tahun berturut-turut bagi setiap kategori. Tahun ini ADC memsasarkan jiara kesulurahan di peringkat kebangsaan pula.
Wan dan Salina yang merupakan kapten bola sepak dan bola jaring akan memastikan latihan diadakan pada setiap hujung minggu selama 5 jam sehari bagi memastikan ahli kumpulan sentiasa dalam keadaan 'fit' dan meningkatkan kemahiran menggelecek dan mengendali bola. Mierul pula sentiasa peka dengan isu-isu semasa kerana dia merupakan pemidato terbaik Piala AD bagi tahun sebelumnya. Miera pula bertanggungjawab mengendalikan forum perdana kerana kepetahannya berkata-kata sebagai seorang moderator cilik. Tidak menghairankan sekiranya Asrama Desa Cemerlang merupakan antara Asrama Desa yang menjadi pilihan pelajar-pelajar cemerlang kerana mereka diasuh untuk berdikari dan berusaha sebaik mungkin bagi menggapai kecemerlangan dalam pelbagai aspek.
Share this novel