... Bab 1 ...

Horror & Thriller Series 4049

"Miera, Mummy panggil kau pergi pejabat dia sekarang. Ada hal nak bincang katanya."

Semua pelajar aspuri yang sedang bersiap-siap untuk ke sekolah agama hanya memandang Syima yang menyampaikan pesan Mummy kepada Miera, penghuluwati Aspuri Desa Cemerlang.

"Oh, ye ke... Terima kasih Syima." Dengan pantas Miera menggapai beg galasnya lalu beredar menuju ke pejabat Asrama Desa Cemerlang.

Fikirannya menerawang jauh memikirkan apa perkara yang ingin dibincangkan Mummy sehingga perlu berjumpa dengannya di pejabat secara personal. Selalunya hanya petang Isnin sahaja dia dan penghulu aspura perlu ke pejabat bagi membuat laporan merit dan dimerit kepada Puan Haziqah yang lebih mesra dengan panggilan Mummy mengenai perkembangan dan sikap rakan-rakan yang lain sepanjang berada di asrama. Mummy lebih gemar berbincang secara terbuka di bilik prep sekiranya ada diantara kami yang melakukan kesalahan atau berbincang mengenai perkembangan Asrama Desa Cemerlang. Aneh, pasti ada perkara yang sangat penting sehingga Mummy memanggilnya pada waktu sebegini, monolog Miera di dalam hati kecilnya.

"Assalamualaikum... Mummy, Miera ni. Boleh Miera masuk?", pintu diketuk perlahan sebagai syarat kehadiran dirinya disitu dan juga tanda hormat.

"Waalaikumusalam... Miera dah sampai yee... Masuklah. Miera duduk dulu ye, Mummy nak siapkan sikit lagi kerja ni." laju tangan Puan Haziqah menaip di papan kekunci sambil matanya selari membaca apa yang ditaipnya di skrin monitor komputer riba dihadapannya.

Miera memerhatikan keadaan didalam pejabat asrama, lansung tidak kelihatan batang hidung Mierul, saudara kembarnya merangkap penghulu Aspura Desa Cemerlang. Diperhatikan sahaja Puan Haziqah yang masih tekun menaip sambil membelek-belek beberapa helai kertas yang berada di hadapannya.

"Miera, esok ada kawan baru nak masuk aspuri tau. Saya dan warden tak ada dari pagi hingga ke petang esok, jadi saya harap awak dan Mierul tolong jaga asrama ya. Esok pagi, prep di dalam dewan makan ya, saya dah mintak tolong mak cik Ain untuk tolong tengok-tengokkan awak semua." Puan Haziqah menerangkan tujuannya memanggil Miera ke pejabat.

"Kawan baru tu macam mana Mummy? Miera dan Salina uruskan atau mak cik Ain?" Tanya Miera bagi mendapatkan kepastian.

"Oh, ya... Tentang kawan baru awak tu, awak dan Salina tolong uruskan ye... Tunjukkan dia mana katil dan locker, rutin-rutin dan kawasan sekitar di asrama dan perkenalkan kepada kawan-kawan yang lain ye. Segala dokumen yang perlu diserahkan pada saya, awak pegangkan terlebih dahulu dan serahkan pada saya petang esok. Boleh awak tolong saya uruskan semua ni?"

"Boleh Mummy... Bukannya susah mana, tolong sambut jee... Lagipun Salina kan ada, dia boleh bantu saya... Hehehee..."

"Terima kasih ye Miera sebab tolong Mummy... Haa... Sebelum Mummy terlupa, kawan baru awak tu istimewa tau... Kawan baik-baik dengan dia tau, tak nak gaduh-gaduh... Mummy tak nak benda tak elok terjadi pada anak-anak Mummy, baik Aspura atau Aspuri..." Pesan Mummy sebelum Miera bangun untuk menyalami beliau.

"Baik, Mummy... Miera dan kawan-kawan akan sentiasa ingat nasihat Mummy. Miera pergi dulu ye Mummy, warden dah tunggu untuk baca doa sebelum ke kelas KAFA... Assalamualaikum..."

"Waalaikumusalam... Hati-hati Miera..." sayup-sayup kedengaran suara Mummy menjawab salam Miera yang sudah semakin jauh dari pejabat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience