Yaya membuka pintu utama untuk melihat siapa yang datang ke rumah mereka pada malam hari.
Sebaik sahaja Yaya membuka pintu, terlihat sedikit badan Dr. Zack. Dengan perasaan takut, Yaya menghempas pintu lalu menguncinya. Mungkin dia sudah ingat tentang apa yang dibacanya tadi.
'Kenapa Dr. Zack kesini? Apa yang dia nak buat dengan bikar itu? Kenapa dalam bikar tu ada cecair hijau?' banyak pertanyaan terngiang-ngiang di kepalanya.
Yaya lari ke tingkat atas lalu masuk ke bilik mereka, "Kenapa ni Ya?" tanya Nana. "Tadi, Dr. Zack datang!" Zetty dan Nana terkejut apabila mendengar khabar Yaya.
Mereka bertiga langsung turun ke tingkat bawah untuk mengunci pintu utama, pintu belakang, tingkap-tingkap, dan menutup kesemua langsir.
Sebaik sahaja mereka selesai membuat itu semua, mereka masuk ke bilik lalu mengunci pintu bilik mereka.
Dengan waspada, mereka bertiga menarik selimut dan tidur.
Share this novel