05

Zombie Series 1149

"Kita kena berhati-hati sekarang ni..." kata Nana. "Ok. Kita bagi-bagi tugas. Nana beli keperluan dapur dan makanan. Zetty beli alatan mencuci. Aku beli sesuatu untuk halang rumah kita daripada dimasuki zombi." arah Yaya.

Zetty dan Nana lantas bangun dari kerusi, mencuci tangan dan mengambil kunci kereta. "Eh, nah. Ambil ni" kata Yaya lalu menghulurkan alat untuk mempertahankan diri.

Usai sahaja mereka pergi, Yaya mengambil alat untuk mempertahankan diri dan kunci kereta. Sebelum memasuki kereta, Yaya mengunci dan mangga rumah dengan elok. Dia juga menutup pintu belakang dan menguncinya.

Semasa di kedai serbaneka, Nana mencapai biskut, keropok, beras, telur mentah dan keperluan dapur yang lain. Zetty juga mencapai sabun mandi, sabun baju, ubat gigi dan alatan kebersihan yang lain.

Beberapa minit kemudian, Nana dan Zetty sampai dirumah kelihatan Yaya sedang menunggu mereka di buaian di depan rumah. "Ya, kau beli apa tadi?" tanya Nana. "Kotak-kotak, mancis, lilin, beg, pisau besar, tali pengikat, macam-macam lagi..." jawab Yaya.

Mereka pun masuk ke rumah dengan barang-barang yang dibeli tadi. Usai sahaja barang-barang siap di masukkan ke dalam rumah, Yaya mengunci dan memangga rumah. Zetty dan Nana pula menyusun barangan yang dibeli tadi dengan cepat.

"Jangan keluar rumah!" tegas Yaya.

Tidak lama kemudian kelihatan seekor zombi sedang merayau-rayau di sekitar kawasan perumahan mereka.

Zetty menyelubung dirinya dengan selimut manakala Yaya dan Nana berpelukan dengan erat. "Kalau nak buka telefon bimbit atau komputer riba, pakai 'earphone' atau 'headphone' " kata Yaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience