04

Zombie Series 1149

Klak...kluk...klak... jam dinding di bilik mereka menunjukkan pukul 5 pagi. "Huargghhh..." Nana orang pertama yang bangun. Sebaik sahaja dia bangun, tangannya mencapai getah rambut di atas meja berdekatan katil 'king' milik mereka bertiga.

Walaupun mereka belum berkahwin, tetapi, mereka tetap bekerja. Yaya menjual baju dengan corak yang menarik dan warna yang cantik. Zetty menjual buku komik kerana dia suka melukis. Nana pula menjual replika mini. Mereka menjual secara dalam talian agar mereka mempunyai masa untuk diluangkan bersama-sama. Jualan mereka sangat laris. Kerana itulah mereka mampu membeli sebuah banglo kecil.

Nana pun langsung bangun dari katil lalu masuk ke bilik air untuk mengambil air wudhuk.

8:07 pagi,

Bunyi periuk dan sudip di dapur menghidupkan suasana rumah mereka yang sedikit besar itu. "Yaya! Nana!" sapa Zetty yang sedang dalam mood baik itu.

Bau pan cake dan coklat yang sedang dipanaskan dan bau madu segar membuatkan perut Zetty makin menjadi- jadi bunyinya.

Sebaik sahaja makanan dihidang, Nana, Yaya dan Zetty membaca doa makan dan menikmati sarapan pagi mereka.

Seketika itu, bunyi ketukan pintu utama membuatkan mereka berhenti makan. "Siapa pula yang datang kali ini?" tanya Yaya. "Cuba buka. Bagaimana hendak tahu kalau pintunya tertutup." saran Zetty.

Yaya bangun dari kerusi lalu membuka pintu tanpa disuruh kerana dia tahu dia yang akan disuruh membuka pintu.

Kelihatan seorang pemuda berbaju biru berada di hadapan pintu utama. "Kenapa ya encik?" tanya Yaya. "Saya ingin memberitahu bahawa formula untuk menjadikan manusia ke zombi milik Dr. Zack telah merebak. Walaupun jauh dari kawasan ini, saya ingin kamu dan teman serumah kamu membuat persediaan awal seperti membeli makanan secukupnya dan lain-lain. Ambil kotak ini. Di dalam kotak ini terdapat senjata dan alat untuk mempertahankan diri dan sedikit makanan segera." kata pemuda itu.

Khabar berita dari pemuda tersebut membuatkan Yaya menghempas pintu buat kali ke dua. Yaya berlari ke arah dapur lalu menutup dan mengunci pintu belakang.

"Kenapa Ya?" tanya Nana. Beberapa minit kemudian setelah Yaya menjelaskan apa yang di katakan oleh pemuda tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience