06

Zombie Series 1149

Zetty, Yaya dan Nana masih diselubungi ketakutan. Ketakutan mereka hanya Tuhan sahaja yang tahu. Jika terserempak dengan zombi, akan digigit, kemudian mati dan bertukar menjadi zombi. Ketika jadi zombi, saudara sendiri yang menembak kita. Itu yang terngiang-ngiang di kepala mereka.

Setelah beberapa jam duduk di dalam bilik dengan bunyi zombi, Zetty memberanikan diri untuk ke tingkat bawah kerana kelaparan.

Zetty berjalan menuju dapur dan membuka rak yang berisi biskut. Kalau boleh dia hendak masak mi segera tetapi takut pula jika zombi dengar bunyi gas.

Semasa dia makan biskut dan susu ditemani cerita yang dimainkan di skrin telefon bimbitnya, kedengaran suara zombi di belakang rumahnya. Zetty berhenti makan biskut lalu bangun untuk melihat keadaan di belakang rumahnya melalui tingkap.

Kelihatan 3 ekor zombi sedang merayau- rayau di kawasan belakang kediaman mereka. Dengan perlahan, Zetty mencapai telefon bimbitnya dan biskut dan pergi ke tingkat atas dengan perlahan.

Sampai sahaja di tingkat atas, dia berlari masuk ke bilik dan mengunci pintu. "Kenapa Ty?" tanya Yaya. " Hati-hati, di belakang rumah ada zombi..."kata Zetty perlahan.

Beberapa jam kemudian, Nana dan Yaya bangun lalu intip di tingkap bagi melihat keadaan di luar rumah. Kelihatan banyak zombi di luar kediaman mereka.

Semakin lama, semakin banyak zombi di luar rumah mereka. "Makin lama, makin banyak zombi ni. Lebih baik kita cari bantuan." cadang Yaya.

"Ada ke bantuan sekarang ni?"tanya Nana.

"Cuba telefon nombor ni dulu..." kata Yaya lalu menghulurkan kertas yang tertulis nombor seseorang. Di belakang kertas itu tertulis ' Dr. Zack ' menandakan nombor itu adalah nombor Dr. Zack.

"Biar betul nak telefon Dr. Zack" kata Nana terkejut.

"Iyalah .. dia kan selalu buat tempat perlindungan kalau formula dia dah merebak." terang Yaya.

"Iya juga ya..." kata Nana perlahan.

"Apa lagi... telefon lah cepat!" kata Zetty dengan nada yang sedikit kuat.

Nana pun mendail nombor yang tertera di kertas itu. Tidak lama kemudian Dr. Zack mengangkat panggilan Nana.

"Ya kenapa? Nak tinggal di tempat perlindungan ke?" tanya Dr. Zack sebaik sahaja dia mengangkat panggilan Nana.

"Ya. Kami perlukan tempat perlindungan..." kata Nana perlahan.

"Baiklah. Sila kemas barang-barang anda kerana kami akan sampai tidak lama lagi." kata Dr. Zack.

"Baik" jawab Nana lalu menutup panggilan Dr. Zack. "Kita kena kemas barang-barang ni cepat! Jangan lupa ambil makanan dan baju secukupnya. Alat pertahanan diri dan senjata jangan lupa bawa pula. Kunci kereta pun kena ambil, kalau formula ni sudah reda, kita masih boleh naik kereta!" arah Nana.

Sejujurnya, kata-kata Dr. Zack tadi melegakan sedikit hati Nana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience