Rate

Bab 2

Romance Series 3045

“Ya Allah. Besarnya sekolah ni, ayah,” kata-kata Aqilah apabila nampak sekolah barunya seperti melihat T-Rex didepan matanya. Bangunan yang sedang dilihatkan oleh gadis kampung itu tersangatlah besar dan luas. Sekolah tersebut mempunyai taman mini sendiri, dan juga satu air pancut yang terdapat di tengah-tengah taman itu. Bangku yang berwarna coklat gelap terdapat diseluruh bangunan sekolah. Loker-loker besi kasut ada didalam bangunan itu, hanya didepan pintu sekolah. Ini bahkan sekolah Jepun yang Aqilah pernah nampak didalam satu cerita anime yang pernah disiarkan didalam televisyen di rumahnya itu. Matanya tidak boleh percaya akan bangunan yang terdapat dihadapannya ini. 

   Daripada uniform seragamnya itu, Aqilah memikirkan yang dia akan berpindah sekolah ke sekolah kebangsaan. Tetapi sekarang ini, dia terasa dia telah ditipu oleh dirinya sendiri. Bagaimanakah ayahnya mampu untuk bayar yuran sebulan disekolah ini? Mustahil!

   “Ayah pasti ke ni tempat baru Qilah?” tanya Aqilah kepada ayahnya yang berdiri dibelakangnya. Aqilah memusingkan badannya 180 darjah untuk melihat wajah ayahnya. 

   Ayahnya mengangguk sebagai jawapan kepada pertanyaan anak perempuannya itu. “Ya Qilah. Dekat sinilah sekolah baru kamu tu. Tak percaya? Pergi masuk kelas, mesti cikgu tu akan alu-alukan Qilah,” ayahnya sambung. Muka Aqilah bertambah pucat apabila mendengar perkataan ‘masuk kelas’ itu. Hatinya berdegup pantas, seakan-akan ia boleh melompat keluar dari usus-usus badannya.

   “Ayah nak Qilah masuk kedalam? Ayah tak boleh teman Qilah ke? Seganlah,” kata Aqilah, malu-malu. Abang dan adik kecilnya itu gelak disebelah ayah kandung mereka, membuatkan Aqilah berasa sedikit marah dan malu terhadap adik-beradiknya sendiri.

   “Alaa, sekolah baru je. Manusia still manusia. Bukan alien yang kau nak berkawan pun,” sakat Muqriz ke adik keduanya itu. Adiknya pun tergelak sekali dengan abangnya yang tak seberapa baik itu.

   “Senanglah abang cakap, bukan abang yang pindah sekolah pun. Qilah yang kena,” Aqilah membantah, merajuk akan terhadap abangnya yang sudah habis belajar itu. Mukanya yang gebu dan putih itu dipicit oleh abangnya sendiri, geram dengan kecomelan adiknya itu. 

   “Haih, muka kau ni kenapa cute sangat? Mesti masuk-masuk je, ramai lelaki nakkan kau,” kata abangnya, risau akan terhadap lelaki-lelaki yang nak menggatal dengan adiknya yang memiliki muka yang putih, halus, cantik, suci dan gebu itu. Dalam hatinya, satu perkataan sahaja yang sesuai untuk Aqilah ini. ‘Bidadari’. 

   “Haah, mesti kakak cepat dapat boyfriend ni,” sampuk adik kecilnya itu.

   “Apalah korang berdua ni. Qilah datang sini sebab nak belajar, bukan cari boyfriend,” keluh Aqilah. 

   Mira yang sedang hidung kembang itu menyilangkan lengan-lengannya, membantah kata-kata kakaknya itu. Mira tahu yang kakaknya ini akan lama-kelamaan dapat kekasih juga, sama ada dia mahu ataupun tidak. Mira dah banyak tonton cerita-cerita drama yang seperti situasi kakaknya ini, semuanya kesudahan dengan ada pasangan. Jadi 90 peratus Aqilah ini akan ada kekasih, selepas atau sebelum hari graduasinya. Lagipun, Aqilah sudah tingkatan 5, tahun ini dia kena ambil SPM. Habislah dia. Nasib Aqilah ni sudah pandai, pelajar cemerlang di sekolah sebelumnya ini. Kalau tidak, memang inalillah lah untuk kakak Mira itu.

   Dalam situasi ini, Aqilah yang baik dan bahkan bidadari ini, mustahil untuk berpasangan dengan sejenis dia. Mesti yang berlainan. Kalau Aqilah ini baik, bijak, bertimbang rasa dan senang buat kawan, mesti pasangan dia berlainan denganya seperti kurang ajar, tidak pandai, tidak kisah hal orang lain dan mesti hanya ada satu ke dua orang yang berkawan dengannya. Ataupun kosong. Tidak tentu. Tetapi apa yang pasti, kalau Aqilah ni rapat dengan budak setaraf dia, mesti ada yang tidak kena. Ianya diwajibkan untuk orang baik bersama orang berlainan dengannya. Kalau tidak silap Mira, mesti akan ada sesuatu akan berlaku yang melibatkan kakaknya dan lelaki tersebut lama-kelamaan nanti.

   “Hoi, jauh termenung. Pergi mana tu? Berangan nak ada boyfriend macam kakak kaulah tu,” abangnya mengganggu fikiran Mira itu. Muka Aqilah dah menjadi merah padam, menahan malu terhadap kata-kata abangnya yang sudah tersalah faham itu. 

   “Sudahlah tu!” jerit perlahan Aqilah itu. “Malulah Qilah kalau ada sesiapa yang terdengar!” marah Aqilah terhadap abangnya yang terlampau nakal untuk mendengar apa yang Aqilah katakan itu. Abangnya mengeluarkan lidahnya, menjeling ke arah adik perempuannya itu. Aqilah tidak boleh percaya akan sikap kebudak-budakkan abangnya ini. Makin hari, makin seperti Mira, bukan seperti ayahnya. Haih, peliklah abangnya ini.

   

“Aku dengar nanti ada pelajar baru masuk sekolah ni. Mesti awek cun,” kawan disebelahnya, Zaid berkata kepada Khairul. Khairul hanya menghembus keluar nafas yang sikit, tidak hairan tentang pelajar baru yang lambat masuk ini, bulan kedua dah sekarang. Dasar pelajar baru ni akan lambat catch-up dengan yang lain. 

   Hari persekolahan belum bermula lagi. Lagi sepuluh minit untuk loceng berbunyi. Sekarang baru sahaja pukul 7.50 pagi, dan Khairul sudah berasa rimas dengan rakan disebelahnya ini. Tidak habis-habis cakap tentang awek cunlah, perempuan putih melatilah. Ianya membuatkan Khairul berasa rimas. Tidak pernah sekali pun dalam hidupnya untuk membazirkan masanya dengan perempuan. Ya, dia tersangatlah popular dikebanyakan sekolah yang dia pindah, ramai gadis cantik mahu menjadi kekasih lelaki tersebut, tetapi tidak pernah sekali pun dalam hidupnya yang hatinya terbuka untuk sesiapa. Dan ia akan sentiasa menjadi begitu.

   Bagi Khairul, perempuan tersangatlah merimaskan. Mereka hanya mahu bershoppinglah, berdatinglah, bersweet-sweetlah. Memang membazir waktu yang bekualiti sahaja. Kenapa lelaki senang sangat terpedaya dengan wajah gadis-gadis? Alangkah mereka cantik dan jelita, tidak bermaksud hati mereka pun sama. Banyak dalam drama, ramai lelaki hati berkecai disebabkan perempuan yang suka mempermainkan hati dan perasaan lelaki-lelaki. Apabila sudah dapat semua yang mereka mahu, mulalah mereka menyakitkan hati lelaki-lelaki tersebut. It’s always have been a trap. Tidak pernah sekali pun, Khairul tengok drama yang tiada lelaki berderai hatinya. Mesti ada satu lelaki ini yang akan sakit hati kerana perempuan. Sebab itulah Khairul tidak percaya gadis-gadis comel-molek ini. Kerana dia tahu yang kemungkinan besar, dia akan menghancurkan hatinya.

   “Woi, Khairul. Kau dengar tak apa yang aku tengah cakapkan ni?” tanya Zaid yang sedang duduk bersebelahan dengan Khairul. Khairul memndang malas ke rakannya.

   “Ye, aku dengar,” Khairul menjawab malas, rimas dengan karenah rakannya yang tersangatlah gatal dengan gadis-gadis yang cantik dan ayu.

   “Kau macam tak interested je dengan apa yang aku tengah cakapkan ni. Aku pergi dekat Muiz ye? At least dia berminat sikit dengan perempuan, tak macam kau ni,” sindir kawannya. Khairul malas nak layan karenah kawannya, hanya menjeling langit dan mengangguk kepalanya sebagai jawapan ke persoalannya itu. 

   Khairul yang tengah bosan itu, meletakkan dagunya keatas telapak tangan kirinya itu dan menolehkan kepalanya ke tingkap, meneroka dunia luar tersebut. Apabila matanya meneroka pokok-pokok diluar tersebut, matanya beralih kepada seorang perempuan pendek dengan uniform sekolah yang lengkap. Dia bersama dua lelaki, satu tua dan satu lagi muda. Dan seorang lagi, perempuan lagi kecil darinya. Mesti keluarganya itu. Bisik hati Khairul.

   Dari pemandangan atas ini, muka perempuan yang memakai seragam sekolah itu tidak dapat dilihat dengan jelas. Tetapi Khairul boleh tahu yang mukanya putih melepak, pipinya gebu dan bibirnya merah bunga ros. Pipinya yang putih gebu itu, menjadi merah padam. Apakah sebabnya? Tidak tahu mengapa, tetapi Khairu berasa tenang melihat reaksi gadis muda itu. Mungkinkah dia tingkatan 1 atau tingkatan 2? Mukanya bahkan seperti budak-budak sekolah rendah. Ketinggiannya pun sama, seperti budak darjah 5. 

   Tidak lama kemudian, cikgu guru kelas Khairul menghampiri gadis muda itu. Mereka sepertinya mengenalkan diri mereka sendiri terlebih dahulu. Oh, gadis muda itu mengambil satu Tupperware dari lelaki tua itu dan memberikan keluarganya satu lambaian. Mata Khairul mengikuti perempuan bertudung putih melepak itu memasuki bangunan sekolah ini. Sampai itu, matanya tidak boleh menjejakinya lagi. Khairul hanya mengeluh, kebosanannya kembali apabila gadis yang tidak diketahui itu memasuki sekolah ini. 

   Loceng sekolah tersebut berbunyi dalam masa beberapa saat. Murid-murid yang bercampur aduk tadi sudah duduk di atas kerusi mereka sendiri dan sudah mengeluarkan buku Bahasa Inggeris. Tidak sampai tiga saat pun, cikgu Bahasa Inggeris dan guru kelas mereka, Teacher Ummi, menjejaki kakinya kedalam kelas ini. Semua pelajar terus senyap apabila nampak guru yang garang itu sudah memasuki kawasan kelas mereka. 

   Cikgu Ummi meletakkan buku-buku teks dan latihan di atas meja gurunya sebelum meletakkan rotan kayunya itu. Semua pelajar, termasuklah Khairul, menelan air liur mereka yang tebal itu. Takut akan Teacher Ummi marah tidak tentu pasal. Teacher Ummi mengimbasi satu kelas dahulu, memastikan kelas itu well-behaved apabila dia mengajar.

   “Today, we’ll be going to have a new student. I want you all to behave in front of her. Don’t bully or even raise your voice at her. If I caught you on breaking one of them, I shall give you all punishments, understood class?” Teacher Ummi berkata, membuatkan kelas itu menelan tebal air iur mereka.

   “Yes, Teacher Ummi!” satu kelas menjawab terhadap persoalan cikgu Bahasa Inggeris itu. Teaher Ummi mengangguk dalam kepuasan sebelum menyuruh pelajar baru itu memasuki kelas yang sunyi itu.

   Kakinya yang kecil itu menjejaki langakh pertamanya kedalam kelas yang sunyi sepi itu. Kebanyakan mata-mata pelajar didalam kelas itu terbeliak besar apabila nampak pelajar baru itu. Lelaki-lelaki di dalam kelas ini mempunyai muka yang merah padam apabila melihat pelajar baru yang baru sahaja menjejaki kakinya kedalam kelas tersebut. Apabila langkahnya berhenti, senyuman manis tercipta dibibir merah rosnya itu. Matanya mengimbas murid-murid yang ada mulutnya terbuka luas dengan kecomelan perempuan itu. 

   “Assalamualaikum, nama penuh Qilah ialah Aqilah Husna binti Mohammad Firdaus. Qilah pelajar baru disini. Maaf sebab tak masuk dari awal tahun. Ayah Qilah tak cukup duit untuk masukkan Qilah ke sekolah ni. Tapi Qilah ada bawak sedikit biskut sebagai tanda meminta maaf, Qilah mahu kongsi dengan kawan-kawan baru Qilah. Itu pun, kalau awak semua sudi jadi kawan Qilah…” kata-kata yang dikeluarkan dari mulut Aqilah itu tersangatlah lembut dan sopan, membuatkan lelaki-lelaki disitu menambah merah muka mereka terhadap karakteristik perempuan itu. Suaranya bahkan budak 4 tahun mengajak budak-budak lain untuk menjadi kawannya. 

   Terlampau comel reaksi budak baru ini. Pipi gebunya perlahan-lahan menjadi merah jambu apabila tiada sesiapa menjawab persoalannya, membuatkan Aqilah terasa janggal berdiri didalam kelas barunya itu. Aqilah berasa kesal kerana tanyakan soalan tersebut, buat malu dirinya sahaja. Muka Aqilah tersangatlah gebu, membuatkan mukanya merupai anak kucing yang baru dilahirkan. Kelas itu hanya senyap sepi, masih terkejut betapa comel, cantiknya Aqilah ini. Dan bersopan santun juga dia! Memang awek yang diidamkan ramai lelaki di dalam kelas itu. 

   “Comelnya!” salah seorang gadis didalam kelas itu jerit dalam kegembiraan.

   “Oh my god! Cantiknya muka dia! Berseri bak matahari aje!”

   “Macam hamster dengan anak kucinglah muka dia! Macam nak picit-picit je muka gebu dia tu!”

   Ramai gadis didalam kelas itu bersorak dan berpuji untuk Aqilah, membuatkan gadis muda itu malu-malu kucing dan membuatkan mukanya merah gelap di atas pujian yang tidak diigininya. Senyuman manis diciptakan semula dibibir merah rosnya itu, membuatkan perempuan-perempuan didalam kelas itu naik gila. Itu pun sampai Teacher Ummi menghentamkan rotannya keatas meja gurunya itu. Satu kelas yang bising macam Zoo Negara tadi, menjadi senyap seperti dimalam hari. Aqilah pun sekali turut takut dan terkejut. Bunyi rotan itu memang kuat, bergema satu kelas itu. Aqilah menelan tebal air liurnya, takut untuk bercakap atau bergerak.

   “Husna, darling. You can pass down the cookies if you like. I think they would love to have some,” Teacher Ummi berkata lembut dengan Aqilah. Aqilah hanya mengangguk pantas, tidak mahu mencari pasal pada waktu hari pertama persekolahannya. Dengan berasa was-was, Aqilah membuka tupperwarenya dan mengedarkan satu demi satu biskut kepada pelajar-pelajar yang lain itu.

   Setiap pelajar yang menerima biskut-biskut itu mengucapkan ‘terima kasih’ ataupun ‘thank you’. Ianya membuatkan Aqilah gembira kerana mereka suka biskut yang ayahnya buat sedaya upaya untuk berkongsi dengan rakan-rakan sekelas Aqilah. Muka mereka  apabila menggigit pertama kali biskut itu, membuatkan mereka tersenyum lebar dengan kesedapan biskut-biskut itu. Campuran coklat dan kacang, tidak pernah gagal untuk membuatkan hari orang lain, termasuklah Aqilah. 

   Semua biskut sudah diedarkan kepada pelajar-pelajar yang lain, cuma tinggal satu. Iaitu Khairul. Ramai budak-budak dikelas itu memberi amaran tentang Khairul. Ada yang sebut yang dia itu ganas, ada yang sebut dia itu kurang ajar dan tidak sopan. Ramai berkata negatif terhadap lelaki berambut sepah dan menoleh ke tingkap itu. Dengan keluhan yang dalam, Aqilah berjalan seperti anak-anak ayam, perlahan dan comel. Apabila Aqilah sudah sampai ke meja Khairul tersebut, Khairul buat tidak tahu yang Aqilah sedang tercegak di sebelahnya itu. Khairul mengabaikan gadis comel itu tercegak disebelahnya, tidak kisah apa yang dia mahu cakap.

   “Awak, Qilah ada bawakkan sedikit biskut untuk awak. Qilah nak kita jadi kawan,” sopan santun sahaja dia berkata kepada lelaki yang panas baran itu.

   “Tak nak,” pantas jawab lelaki itu, membuatkan gadis pendek itu sayu. 

   “Okey, tapi kalau awak nak, Qilah tinggalkan dekat…” tidak dapat habiskan ayatnya itu, lelaki itu sudah menaikkan suaranya terhadap Aqilah itu.

   “Kan saya dah cakap, saya tak nak!” jerit lelaki itu sambil menolak bekas yang berada ditangan Aqilah itu dijatuhkan ke lantai, menyebabkan biskut-biskut lebihan itu terjatuh berderai di atas simen itu. Mata Aqilah dibuka luas dan jarinya bergetar kerana ketakutan. Senyuman manis yang berada dibibirnya tadi sudah pudar dalam sekelip mata.

   Khairul sedar akan kesilapan dia lalu dia larikan dirinya jauh dari budak perempuan bidadari itu. Menghempas tutup pintu kelas itu, membuatkan kelas itu senyap sepi. Kesan merah yang ada dibelakang tapak tangannya boleh dinampak jelas. Sedihnya gadis itu berasa, tidak boleh berkawan dengan lelaki itu. Baru sahaja 5 minit didalam kelas baharu, sudah kena marah pula. 

   Tidak, Aqilah tidak akan berputus asa sesenang itu. Dia akan buat lelaki yang bernama Khairul Naim itu menjadi kawannya, sama ada dia mahu ataupun tidak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience