Rate

Bab 1

Romance Series 3045

“Hachoom!” bersin yang bunyinya seperti anak kucing bergema didalam rumah yang hanya ada empat orang di dalamnya. Gadis yang bernama Aqilah Husna binti Mohammad Firdaus itu mengelap hidungnya menggunakan tisu yang terdapat dihadapan televisyennya. 

   “Kamu jangan pulak sakit time-time macam ni. Esok nak ke sekolah baru, takkan nak sakit masa first day kot?” ayahnya berjenaka, tidak mengalihkan matanya daripada surat khabar yang dibaca oleh Mohammad Firdaus itu. Aqilah hanya tersenyum malu dan menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Aqilah kemudian mengalihkan kakinya yang terlipat tadi dan melipat kakinya untuk dijadikan duduk sila. Punggungnya yang lama diatas lantai yang sejuk itu membuatkan punggungnya kebas. 

   “Sorry ayah. Qilah mana boleh kawal sakit-sakit Qilah ni. Entah macam mana boleh dapat selsema,” Aqilah bergurau senda dengan bapanya. Ayahnya tergelak kecil akan atas gurau anaknya itu. 

   “Sudahlah kamu ni. Pergi masuk tidur, dah pukul 9 malam dah ni. Esok kena bangun pagi-pagi tahu?” ayahnya bersuara. Aqilah hanya tergelak kecil sebelum mencium tangan ayahnya dan berdiri untuk masuk ke kamarnya. Kakinya yang kecil itu, perlahan-lahan menuju ke bilik tidurnya tetapi berhenti apabila ayahnya memanggil nama gadis itu.

   “Aqilah, dah solat Isyak ke belum?” pertanyaan ayahnya.

   Mata Aqilah menjadi besar dan bulat apabila mendengar persoalan ayahnya itu. Dia terlupa untuk mempersembahkan solat Isyaknya, leka dengan tengok televisyen yang menyiarkan kartun Spongebob Squarepants sebentar tadi. Tanpa membuang masa, dia memecut ke bilik air untuk mengambil wuduk sebelum solat Isyak. Tindakan Aqilah tersebut membuatkan ayahnya ketawa lembut dan sambung membaca surat khabarnya.

   Aqilah yang sedang mengambil wuduknya didalam bilik air itu, perlahan-lahan membasahi anggota badan yang sepatutnya. Ianya dimulakan dengan niat, kumur, basahkan muka, tangan, anak-anak rambut, telinga dan belakangnya, dan akhir sekali, telapak kaki hingga ke buku lali. Apabila selesai mangambil wuduk, Aqilah berjalan ke kamarnya untuk sembahyang Isyak. Aqilah mengambil telekung dan memasuki kepalanya sebelum memakai kain untuk menutupi aurat-aurat ketika solat. Dia kemudian membentangkan sejadahnya kearah bucu bilik. Bediri di atas sejadah tersebut, dia mengangkatkan dua-dua tangannya ke paras dagu dan melipatkan tanganya di atas paras pusatnya.

   Pukul 10.05 malam, Aqilah sudah selesai solat dan membaca Qura’nnya. Dalam diam, Aqilah menanggalkan telekung dan kainnya, melipatkannya dan memasukkan telekung dan kain tersebut didalam almari bajunya itu. Qura’n yang dibacanya tadi diletakkan di atas meja cerminnya yang terletak sebelah rak bajunya. 

   Menghempas dirinya di atas katil besi itu, Aqilah teringat satu peristiwa tentang dia dan ayahnya membincangkan tentang berpindah sekolah dan rumah dua minggu lepas. Mula-mulanya, Aqilah menolak tawaran tersebut tetapi menerimanya apabila mengetahui ayahnya sudah bekerja keras untuk membeli rumah baru untuk dirinya, adik-beradiknya dan bapanya tinggal. Menggelengkan kepalanya dengan lembut, dia meletakkan kepalanya di atas bantal dan menyelimutkan dirinya sebelum memejamkan mata untuk tidur.

“Pindah sekolah? Tapi…” kata Aqilah terhenti, tidak dapat untuk menyambung kata-katanya itu.

   Suasana di dalam dapur itu daripada gembira menjadi kepada tegang. Perbualan tentang berpindah ini membuatkan hati Aqilah terasa tidak tenang. Hatinya berdebar laju, peluh menjatuhi dahinya ke dagu. Nafasnya seakan-akan dipotong pendek, membuatkan Aqilah susah bernafas. Suara disekelilingnya terdengar seperti bisikan. Makanan sarapan didepannya tidak dipegang selepas itu, terus hilang selera Aqilah. 

   “Okeylah tu. Bolehlah kau dapat ramai lagi kawan baru, betul tak Mira?” sakat abangnya ke Aqilah, membuatkan Aqilah muncung bibir merahnya dua inci ke hadapan.

   “Betul! Bestlah kakak dapat buat kawan baru! Mira teringin nak buat lagi banyak kawan!” sokong adik Aqilah yang berumur 6 tahun itu. Mendengar kata-kata Mira tersebut membuatkan Aqilah merajuk kerana tiada sesiapa yang berada disisinya. Kalau sebelum ini Aqilah memuncungkan bibirnya, sekarang dia melipatkan tanganya di atas para dadanya, menoleh ke arah kanan bagaikan dia tidak mahu melihat keluarganya itu.

   Keluarga Aqilah tergelak besar apabila melihat muka merajuk Aqilah itu. Pipi gebu Aqilah tersebut perlahan-lahan menjadi merah jambu ke merah akibat menahan marahnya. Disebabkan kesabarannya tinggi, dia tidak memarahi sesiapa. 

   “Ish, Mira ni. Sokong kenapa?” Aqilah berkata lembut, masih merajuk dengan adiknya kerana menyokong kata-kata abangnya tersebut. Mira tergelak comel. 

   “Hehe… Kenalah sokong! Takkanlah kakak tak rasa best dapat buat kawan baru? Mana tahulah kan… mungkin kakak akan dapat boyfriend ke?” melatah Mira. Muka Aqilah menjadi merah padam apabila mendengar perkataan ‘boyfriend’ yang dikeluarkan oleh mulut adik kecilnya. 

   “Haah, betul gak. Mana tahukan? Mungkin boyfriend kau tu orang-orang yang handsome. Boleh gak abang bangga sikit dengan kau tu,” sokong abang Aqilah, membuatkan muka Aqilah menjadi merah gelap. Reaksi Aqilah tersebut membuatkan mereka gelak kuat, termasuklah ayah mereka sekali. 

   Kening Aqilah menjadi rapat, marah sebab adik-beradiknya sendiri suka sakatnya. Aqilah merajuk semula, memandang arah kanan dengan tangannya bersilang di atas paras dada. Bibir merahnya dimuncungkan semula dan pipinya yang gebu itu dibesarkan. 

   “Ha, buatlah muka macam tu. Muka berkeronyok nanti, tak ada sapa nak couple dengan kau nanti,” abangnya sakat lagi. 

   “Ish, sudahlah sakat Qilah ni. Sedih tahu Qilah,” Aqilah akhirnya berkata, lupa tentang topik yang dibincangkan oleh ayahnya dan Aqilah. Mereka ketawa kecil sebelum menyambung makan sarapan pagi mereka. Ianya senyap kembali, senyap sepi, bagaikan guru disiplin memasuki kelas yang terlmapau bising. 

   “Qilah setuju” akhirnya mengganggu suasana yang senyap itu, membuatkan adik-beradiknya dan ayahnya tengok Aqilah yang sedang bermain dengan makanannya menggunakan tangan. “Qilah setuju untuk masuk ke sekolah baru tu,” Aqilah memastikan. Ayahnya ada senyuman di bibirnya dan serta merta memeluk anak keduanya. Aqilah membalas pelukan tersebut. Tetapi Mira mengganggu sesi anak dan bapa itu dengan bersuara.

   “Ni mesti sebab nak boyfriend baru tu kan?” tanya Mira ke kakaknya. Pipi kakaknya menjadi merah semula apabila sudah melepaskan pelukan tersebut. Aqilah menjeling tajam ke arah adiknya itu, membuatkan adiknya tergelak comel. “Ha, betullah ni kan? Merah je muka tu,” sakat Mira tersebut. Muka Aqilah menjadi merah gelap. 

   Aqilah bangun dari kerusi makannya itu dan membuka lengannya, gaya untuk geletek adiknya. Adiknya gelak dan lari keluar dari dapur itu, lari dari pelukan maut yang akan diterima oleh kakaknya itu.

   “Meh sini, Mira! Saja sakat kakak kan?” jerit Aqilah. Walaupun Aqilah sedang jerit, tetapi suaranya masih lembut. Tiada siapa tahu bagaimana suaranya masih begitu lembut, hanya Tuhan sahaja tahu.

   Kaki Aqilah mengejar adiknya yang sudah lari dari dapur tersebut. Aqilah sudah bersedia untuk menyeksa adiknya dengan menggeleteknya sampai adiknya menangis. Aksi-aksi yang dilakukan oleh Aqilah membuatkan senyuman tercipta di dua-dua bibir abangnya dan ayahnya. Mereka gembira yang Aqilah pandai menggembirakan sekeluarga, walaupun mereka hanya sederhana dan tinggal di kawasan pendalaman. Kalau tiada Aqilah didalam ahli keluarga tersebut, mesti mereka sudah merana dalam kesedihan. 

   Mata Aqilah terbuka luas apabila sudah mendengar azan Subuh di pagi fajar. Azan Subuh baru sahaja berkumandang dan Aqilah sudah bangun pagi-pagi buta. Selalunya Aqilah akan bangun selepas azan, tetapi tidak tahu mengapa Tuhan mahu membangunkan Aqilah pagi-pagi buta semasa azan masih berkumandang. Kalau nak tidur balik, azan dah dinyanyikan. Tidak baguslah nak tidur lepas azan, lagi-lagi kalau azan Subuh. Dengan terasa berat tulang, Aqilah membangkitkan dirinya dari atas katil ke bilik airnya yang terletak bersebelahan kamarnya. Aqilah mahu memberus giginya terlebih dahulu sebelum sembahyang Subuh.

   Didalam bilik air tersebut, Aqilah tidak membuang masanya untuk mencapai berus dan ubat giginya. Sapukan ubat gigi itu di atas berus giginya sebelum meletakkan balik ubat gigi itu ke tempat asalnya.

   Tangannya terasa berat sekali untuk memberus giginya yang sudah berbau itu. Tidak terasa tenang apabila bau busuk tersebut menghendap hidungnya, busuknya boleh membunuh seekor lipas yang besar, bak kata abangnya, Muqriz. Satu senyuman manis dicipta dibibir gadis tersebut. Dia menggelengkan kepalanya apabila peristiwa itu diingati olehnya. 

   Air dimasukkan di dalam mulut dan dikumurkannya sebelum diludah ke dalam singki. Perbuatan itu telah diulang seberapa kali. 

   “Haih, penatnya lah. Entah apa yang Qilah penatkan. Baru gosok gigi. Belum lagi solat Subuh dan pakai baju sekolah baru. Haih, peliklah Qilah ni,” Aqilah mengeluh sendirian didalam tandas. Sebelum Aqilah keluar dari tandas, dia mengambil wuduk dengan hanya Tuhan yang tahu betapa sempurnanya wuduk yang telah diambilnya. Selepas itu, Aqilah menjejaki keluar dari bilik airnya ke kamarnya semula. Dia mengambil telekungnya dan menyarungkannya melalui kepala. Dia mengambil kain pula dan menyarungkannya melalui kakinya. Selepas itu, dia membentangkan sejadahnya ke arah bucu bilik sebelum solat Subuh.

   Tujuh minit sudah berlalu, dan Aqilah sudah selesai menunaikan solat Subuhnya itu. Tanpa membuang masanya yang terhad itu, Aqilah lipat apa yang sepatutnya dan letakkan telekung, kain, dan sejadah yang telah dilipat sempurna ke dalam almari bajunya. Sekarang telah pukul 6.45 pagi, masih ada satu jam dan lima belas minit lagi untuk Aqilah bersalinkan dirinya dalam baju uniformnya yang baru. Baju berwarna putih dan kain yang berwarna biru itu telah digantungkan dibelakang pintu kamarnya. Cepat-cepat Aqilah mengambil baju tesebut dan memakainya.  

   Lima minit sudah berlalu dan Aqilah sudah bersedia untuk pergi ke sekolah barunya. Hatinya berdebar laju kerana betapa gementarnya dia. Tangannya bergetar dan berpeluh sedikit, walaupun cuaca pagi buta tersebut masih sejuk bahkan di bawah penghawa dingin tetapi peluh masih berada di telapak tangannya yang kecil itu. Kakinya yang telah diseliputi dengan stoking tersebut, berjalan perlahan-lahan ke dapur. Dari jauh lagi masakan abangnya boleh dibau. Haruman makanannya berbau seperti telur dan nasi putih. Ceh ceh ceh… dari jauh lagi Aqilah boleh meneka makanan apa yang telah dihindangkan oleh abangya itu. 

   Apabila kakinya menjejaki dapur tersebut, makanan adalah apa yang dia melihatkan dahulu. Bukan nak beri salam atau apa, Aqilah terus duduk dan basuh tangannya dengan air paip yang didalam mangkuk sebelum mengambil pinggan yang bersih dan mencedok nasi keatas pinggan itu. Air liurnya tidak boleh ditahan lagi, bau aromanya terlalu wangi membuatkan gadis tersebut berkeroncong perut.

   “Amboi… datang-datang je, ambil makanan. Mana salamnya? Pelik betul ‘minah’ ni,” Muqriz gurau. Aqilah yang sedang mencedok nasi itu berhenti dan menggaru kepalanya yang tidak gatal itu, senyum seperti kerang yang busuk.

   “Hehe, sorry. Sedap sangat bau, lupa nak bagi salam,” Aqilah jawab, senyum malu ada dibibirnya. “Assalamualaikum,” dia memberi salam. Muqriz yang sedang duduk dihadapannya menjeling langit, senyuman kecil ada dimulutnya. 

   “Waalaikumussalam. Dah cedok nasi, baru nak bagi salam,” Muqriz sakat adiknya. Aqilah hanya tergelak janggal sebelum sambung mencedok nasi. Apabila nasi yang banyak telah diletakkan di atas pinggan bersihnya itu, abangnya pula ambil giliran untuk mencedok nasi. Entah dari mana, kedengaran seseorang menguap besar sekali menghampiri meja makan itu. Muqriz dan Aqilah menoleh kesisi, kelihatan adiknya yang sedang mengelap matanya untuk menghilangkan rasa mengantuknya, sedang menghampiri meja makan. 

   “Hari ni kita makan apa?” tanya adik kecil mereka, Mira, dengan matanya masih tertutup dan telah duduk disebelah kakaknya, Aqilah Husna. Aqilah dan Muqriz tergelak kecil, melihat adik kecil mereka seperti mabuk di pagi buta ini. Badannya tersangat lemah disebabkan tenaganya sedikit, membuatkan badannya kehilir sana dan sini, seperti patung yang telah digoncang. 

   “Bukaklah mata, Mira. Sedap tau makan breakfast hari ni,” Aqilah bersuara. Mira dengan malasnya, perlahan-lahan membuka matanya yang berat untuk dibuka itu. Apabila sudah nampak telur didepan mata, matanya terbeliak besar dan mulutnya ternganga, bagaikan mahu membiarkan lalat memasuki mulutnya itu. 

   “Wah! Telur! Lama tak makan!” Mira bersorak gembira. Senyuman Mira terlampau besar, membuatkan matanya kelihatan kecil. Mukanya boleh dibaca dengan senang sekali,  dia terlampau gembira dengan kehadiran telur yang berwarna kuning keemasan itu. Betapa gembiranya adiknya tersebut.

   Aqilah dan Muqriz hanya mengangguk kepala mereka sebagai jawapan untuk adiknya yang berumur 6 tahun tersebut. Aqilah membantu Mira untuk mencedokkan nasi putih itu keatas pinggan putih Mira itu. Air liur adiknya sekarang sudah meleleh keluar disebabkan aroma telur yang menyenangkan itu. Aqilah menggunakan tangannya untuk memotong bahagian telur untuk Mira dan meletakkannya di atas nasi putih Mira itu. Aqilah buat perkara yang sama untuk dirinya dan abangnya. Mereka semua membaca doa’ makan sebelum menjamu selera. 

   “Ayah ada terdengar perkataan ‘telur’. Betul ke? Ke ayah dah pekak?” gurau senda ayah mereka, membuatkan mereka tergelak kecil. Muqriz menjawab pertanyaan ayahnya terlebih dahulu. 

   “Ayah tak pekak lagi. Memang ada telur pun. Makanlah,” sambut Muqriz ke ayahnya. Ayahnya senyum manis. Dia mengambil tempat duduk besebelahan dengan anaknya, Muqriz. Dia mula mencedok nasi dan meletakkan nasi itu ke atas pinggannya. Telur pula dicubit dan diletakkan di atas nasi itu. Ayah mereka memandang sekeliling meja dahulu sebelum bercakap.

   “Kicap tak ada eh?” pertanyaan ayah mereka didengari. 

   “Tak ada. Duit tak cukup masa nak beli hari tu,” jawab Muqriz. Ayahnya hanya mengangguk, sudah tahu akan jawapannya seperti itu. Tanpa membuang masa lagi, dia menjamu selera dengan tanpa kuah ataupun kicap ataupun apa-apa. Keluarga ini tidak ada banyak duit, nak beli kicap pun tidak mampu. 

   Alangkah seronok kalau kita berduit macam orang lain juga. Astagfirullahalazim. Bisik hati si gadis bidadari tersebut. Tetapi dengan adanya Aqilah didalam keluarga itu, mereka tidak akan sesekali berasa kurang atau miskin. Dia akan selalu mengembirakan sekeluarga itu, tidak kisah susah atau senang. Disebabkan dia, adik-beradik  dan ayahnya berasa terlampau bersyukur dengan kelahiran bidadari tersebut. Dengan kehilangannya didalam hidup mereka, tidak akan mereka hidup gembira sepertimana mereka sekarang.

   “Okey jom. Nanti tak pasal-pasal kakak dengan adik kamu lambat sekolah,” gurau ayah mereka, membuatkan mereka tergelak kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience