Rate

Bab 3

Romance Series 3045

Setelah berlakunya kekecohan antara Khairul dan Aqilah sebentar tadi, kelas kembali dimulakan secara biasa dan semua melupakan apa sahaja baru belaku terhadap pelajar bidadari dan panas baran tersebut. Aqilah yang masih di dalam terkejut mengambil kerusinya yang kosong disebelah Khairul Naim itu dan membri perhatian penuh kepada cikgunya, akan mahu melupakan bahwa dia baru sahaja dimarahi oleh salah seorang rakan sekelasnya.

Masa perlahan-lahan berlalu dan jam menunjukkan bahawa ianya sudah pukul 12 pagi, memberi pelajar-pelajar disekolah itu untuk makan tengahari. Cikgu Ummi memberi salamnya ke murid-murid bagaimana murid-murid menjawab salam tersebut dan memerhati guru mereka melangkah keluar dari kelas. Apabila Cikgu Ummi melangkah beberapa langkah jauh dari kelas itu, kelas 1A itu membarak dengan laungan risauan akan Aqilah.

Aqilah yang baru sahaja mengeluarkan bekalnya yang mengandungi roti kosong terkejut akan laungan rakan sekelasnya yang tiba-tiba. Satu kelas 1A melangkah kearah Aqilah, risau akan Khairul Naim tercederakan bidadari manusia itu.

"Qilah! Awak okay ke?" satu gadis sekelas Aqilah menjerit di dalam kerisauan. Sekelasnya yang lain mula menanyakan akan situasi Aqilah.

Aqilah mengambil masa 2 minit untuk menenangkan rakan-rakannya, senyuman manis di atas bibir ros pekat itu ditunjukkan. Muka-muka lelaki di dalam kelas dan dihadapan Aqilah itu mempunyai muka yang merah padam apabila melihatkan senyuman manis Aqilah, bibir merah ros dan pipi bak merah melati memantulkan di dalam penglihatan mereka.
"Qilah tak apa-apa. Qilah okay. Merah sikit je tangan Qilah ni," Aqilah memeberitahu dengan lembut, mengusap bahagian atas tapak tangannya yang masih merah-merah jambu.

"Betul ke kau tak apa ni, Qilah? Kita orang risau ni," gadis yang lain menanyakan. Qilah mengangguk malu sambil masih ada senyuman kecil di bibirnya.

Apabila mereka sudah memastikan Aqilah semuanya baik dan Aqilah tidak cedera teruk, lelaki-lelaki dan separuh dari kumpulan gadis buat perkara mereka sendiri dan makan bekalan tengahari yang sudah disediakan untuk mereka. Separuh lagi dari kumpulan gadis itu lepak dengan Aqilah, membawa bekalan mereka sendiri juga. Gadis-gadis sekelas Aqilah memperkenalkan diri mereka.

Wanita muda yang memakaikan spek mata hitam, rambut berwarna gelap-gelap dan kulit berwarna putih-putih gebu itu bernama Aisyah Afiqah binti Mohammad Darius. Dia merupakan salah seorang pelajar yang bijak didalam kelas tersebut. Dia juga suka membuat lawak jenaka dan sukakan sukan akan Aqilah memintanya untuk serba sedikit nasihat untuk menjadi sihat dan cergas selalu.

Selepas itu, gadis yang duduk disebelah kanan bahu Aqilah itu mempunyai rambut hitam pendek bahu, tangan putihnya disilangkan di atas para dada dan matanya diwarnakan biru air laut. Dia juga menyukai sukan larian seperti Aisyah, tetapi melebihkan sukan kaki dari tangan. Namanya juga merdu. Kamilah binti Ahmad. Sedap Aqilah mendengari nama itu. Namanya senang juga untuk disebut, hanya di hujung lidah sahaja.

Dan yang terakhir, gadis yang sedang duduk di disebelah bahu kiri dan dihadapan Aqilah mempunyai tudung putih yang panjangnya sampai ke paras dada manakala Aqilah punya sampai paras perut. Kulitnya diwarnakan coklat manis manakala perempuan tersebut memiliki anak mata berwarna gelap-gelap coklat, menyerupai warna mata Aqilah. Pendeknya pule tidak mencecah 2 inci dari Aqilah, membuatkan dialah yang paling pendek di dalam kumpulan itu. Sekali lagi, Aqilah merasakan namanya juga merdu dan sedap didengari. Noor Khadijah Iman binti Muhammad Tauhid. Sedap bunyinya.

Tanpa tidak disedari Aqilah, Aqilah sudah menjadi salah satu daripada kumpulan gadis-gadis di hadapannya itu. Tidak sangka betul yang dia akan diterima secepat masuk ke hari pertamanya dan bulan kedua. Demikian, Aqilah masih malu sebab masuk kelas lambat dari pelajar-pelajar yang lain. Harap dirinya boleh catch-up dengan yang lain.

"Aqilah, awak ada apa untuk lunch ni?" tanya Afiqah yang sedang membuka bekalan tengaharinya, menunjukkan yang dia membawa dua sandwich yang telah di potong separuh supaya dijadikan tiga segi.

Kamilah yang sedang duduk di bahu kanan Aqilah itu meniru gerakan Afiqah dan membuka bekalannya. Kamilah membawa sebekas nasi goreng dengan telur mata. Aromanya menususk hidung Aqilah tetapi Aqilah hanya duduk diam sahaja, bersabar dengan apa yang dia ada.

Iman juga membuka bekalannya yang mengandungi biskut Lexus yang memenuhi bekas tersebut, menunjukkan yang Iman ini suka makanan yang manis supaya dia mengandungi gula di dalam badan. Sekali lagi, Aqilah hanya bersabar terhadap makanan sedap-sedap yang dibawa oleh kawan barunya.

"Qilah tak bawak banyak pun," Aqilah menjawab. Tangannya mengusap penutup bekas hijau miliknya sebelum membuka penutupnya dari bekas itu. Kawan-kawannya terkejut dan matanya terbeliak besar apabila hanya roti kosong ditunjukkan di mata mereka. Aqilah tidka berkata apa dan hanya mengukir satu senyuman, bersyukur kepada apa yang ada.

"Aqilah... Kau makan tu je ke?" tanya Iman yang masih terkejut. "Mana sihat kalau makan tu aje." dia sambung.

Aqilah tergelak kecil dengan kata-kata rakannya, menutup bibirnya dengan belakang tapak tangannya dengan lembut. Aqilah memerhati ketiga-tiga rakannya, bersyukur dengan kebaikan rakan-rakannya untuk mengambil berat tentang dirinya.

"Keluarga Qilah tak pernah cukup untuk beli banyak. Jadi Qilah makan ni ajelah untuk hari ni," Aqilah menjawab. Senyuman gembiranya pula menjadi senyuman sedih. Walau bagaimana dia bersyukur dengan apa yang dimilikinya, dia tetap berasa rendah lagi daripada orang-orang sekelilingnya. Sebab itulah dia cuba sedaya upaya untuk menceriakan keluarganya yang miskin itu. Di dalam hatinya, kalau asyik berfikir negatif, kita tidak akan mencapai kebahagiaan. Kegembiraan yang mereka ada sudah mencukupi segala keperluan Aqilah dan keluarganya. Akan Aqilah sentiasa menyayangi mereka.

Afiqah yang masih terkejut itu pula menggelengkan kepala kepada jawapan Aqilah. Bertambah sedih yang keluarganya terlampau miskin sampai nak beli bahan-bahan lain tidak cukup. Tanpa berfikir panjang, Afiqah mengeluarkan salah satu sandwich miliknya keluar dari bekas warna merah jambunya dan menghulurkan ke Aqilah. Saat itu, Aqilah tergamam dan sedikit terkejut akan pergerakan Afiqah yang secara tiba-tiba itu.

"Aqilah! Makanlah aku punya sandwich!" Afiqah berkata. Mata milik Aqilah terbeliak besar, terkejut sungguh dengan Afiqah.

"E-Eh? Tak apalah. Qilah ada..." kata-kata Aqilah dipotong oleh Kamilah.

"Qilah! Makan nasi goreng aku jugak!" Kamilah menawarkan, membawa bekalannya menghampiri Aqilah.

Aqilah menggelengkan kepalanya.

"Aku punya jugak, Aqi!" jerit Iman, menarik perhatian pelajar-pelajar lain di dalam kelas 1A itu. Salah satu pelajar lelaki yang bernama Muiz itu menghampiri kumpulan wanita tersebut. Salah satu keningnya di angkat ke udara.

"Kenapa ni?"

"Aqi bawak roti kosong aje untuk bekal!" jerit Iman.

Mata Muiz terbeliak, menarik bekalan Aqilah ke mukanya, menampakkan hanya roti kosong di dalam bekas hijau itu.

"Guys! Aqilah bawak roti kosong aje ke sekolah!" Muiz jerit, membuat sekelas tersentak akan berita yang mengejutkan itu.

Saya tahu, overreacted.

Satu kelas kemudian mengambil bekalan-bekalan mereka dan meluru kearah Aqilah. Mereka mula menawarkan bekalan mereka ke Aqilah tetapi Awilah terpaksa menolak, tidak kisah yang betapa kesalnya untuk menolak.

"Aqilah. At least ambiklah aku punya sandwich ni. Penat tau mak aku yang buat," Afiqah berkata. Satu kelas terus senyap, me6nunggu jawapan bidadari itu. Aqilah tersenyum sebelum mengambil sandwich itu dan mengambil gigitan pertama sebelum mengunyah keenakkannya.

Sebelum Aqilah tahu, dia sedang menangis tetapi sambung mengunyah sandwich yang intinya tomato, telur separuh masak yang masih lagi panas dan salad. Kawan-kawannya tidak mengutur apa-apa perkataan dan manakala, sambung merenung ke arah Aqilah yang mengambil gigitan kedua dan mengunyah.

"S-Sedapnya..." Aqilah berkata. Tangisannya menjadi berat tetapi ia tidak mengahalang Aqilah untuk menyambung memakan sandwich yang enak itu. Aqilah menelan dan melihat wajah risau kawan-kawannya. Satu senyuman gembira diukir manakala air matanya turun laju, membasahi wajah dan pipinya. "Terima kasih."

Khairul Naim yang telah ponteng kelas sepanjang hari itu sedang melepak di bangku di pagar sekolah itu. Mata coklat gelapnya merenung kereta yang melepasi sekolahnya dengan penuh minat yang palsu.

Fikirannya tiba-tiba sahaja beralih ke wajah takut Aqilah. Keningnya bertindak dan dijahitkan bersama, mata dikecilkan dan bibir menjadi dalam barisan yang lurus. Pelik baginya yang Aqilah tiba-tiba sahaja memasuki fikirannya. Adakah sebab dia menyesali cara dia melayan Aqilah sebentar tadi?

Khairul menggeleng kasar kepalanya, tidak mahu memikir dan menyesali tamparan kasar di tangan kanan Aqilah beberapa jam yang lalu.

"Ugh..." Khairul mengeluh dalam. Telinganya bergerak sedikit apabila loceng sekolah berbunyi kuat untuk kali kedua, menandakan bahawa sekolah sudah tamat untuk hari Isnin tersebut. Tetapi, Khairul tidak terus bergerak dan hanya duduk dalam diam, meletakkan badannya ke dinding di belakangnya.

Selepas beberapa minit berlalu, kedengaran suara dan gelak tawa murid-murid mula berkumandang di haluan pagar sekolah, membuatkan Khairul berasa bengang dengan bising tawa mereka. Khairul memerhati pelajar-pelajar yang baru sahaja menjejaki keluar dari sekolah dengan penuh rasa menyampah. Tetapi sebanyak dia mahu membunuh mereka kerana bising, dia yang mendiamkan diri.

"Figure that I'll find you here," satu suara berkata disebelah Khairul, membuatkan matanya menoleh kearah orang yang menegurnya tadi.

"Hm... Habis tu? Nak pergi mana lagi?" kasar Khairul membalas. Khairul menolehkan wajahnya ke arah rakannya yang menegurnye sebentar tadi, menunjukkan Muiz berdiri di sebelah bangku sekolah itu.

"Aduh, kasarnya. Aku tegur pun tak boleh ke?"

"Tak boleh."

Muiz tergelak kecil apabila pantasnya balas Khairul tadi. Tanpa menguturkan apa-apa perkataan, dia duduk diruang kosong yang berada di sebelah Khairul tersebut, membuatkan Khairul menjetikkan lidahnya dengan kuat tetapi diabaikan oleh rakannya itu.

Buat seketika, mereka berdua hanya bersandar di dinding yang berwarna coklat pudar itu sambil mencuri-curi dengar gosip-gosip yang diuturkan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah tersebut. Mata mereka pula memainkan peranan untuk mengejar kereta-kereta yang berlalu pantas dihadapan mereka. Tiba-tiba sahaja, sisi perut Khairul diterjam oleh siku Muiz. Khairul memberi pandangan tajam kearah Muiz, tetapi, sekali lagi Muiz tidak mengendahkannya.

"Kau ni dah kenapa?" jerit Khairul dengan penuh perasaan marah.

Muiz tidak mengata apa-apa dan hanya mencuit bibirnya ke hadapan, memberi signal bahawa seseorang di belakang Khairul. Khairul menolehkan kepalanya ke belakang, hanya untuk melihat Aqilah masih menagis disebabkan kebaikan rakan-rakan sekelasnya untuk memneri bekalan tengahari mereka kepadanya dan untuk keluarga Aqilah.

Ayah, abang dan adik kecilnya yang baru sahaja sampai untuk menjemput Aqilah balik ke rumah, nampak bahawa Aqilah menangis terdesak-desak di hadapan pagar sekolahnya dengan salah satu rakannya di sisi.

"Ya ALLAH, Aqilah. Kenapa menangis ni?" tanya ayahnya. Aqilah tidak dapat menjawab kerana sedu-sedu yang dikeluarkan daripada bibirnya dan manakala, Iman menjawabkan untuknya.

"Aqilah terharu yang kitaorang bagi bekalan kitaorang dekat kau orang semua, itu aje," jawab Iman. Ayah, abang dan adiknya tergelak kecil. Kebaikan rakan-rakannya memang tidak boleh dibalas.

"Terima kasihlah. Tapi kitaorang handle dekat sini ye?" Muqriz memberitahu Iman. Iman mengangguk malu dan berlalu pergi ke kereta ayahnya yang baru sahaja sampai ke sekolah.

Muqriz memeluk sisi Aqilah, gelak besar ke atas wajah muka merah dan tangisannya laju adik kecilnya itu. Lawak baginya kerana dia terlampau terharu dengan amalan baik rakannya.

"Dah, dah. Jom balik. Malam ni, kita pesta!" Muqriz berkata dengan satu genggaman di udara.

Ayah dan Mira pun meraihkannya sekali, gembira akan mereka dapat makan makanan yang sedap-sedap malam tersebut. Dengan itu, mereka berjalan pulang.

Muiz dan Khairul yang sedang melihatkan situasi tersebut, tergamam kerana kelihatan miskin pakaian keluarga Aqilah tersebut. Satu perasaan diukir di dalam hati Khairul dan namanya 'kesal'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience