Rate

Bab 4

Romance Series 3045

Khairul Naim terlantang di atas katilnya, termenung ke arah kipas yang sedang berpusing laju di atasnya itu dengan senyap. Setelah sahaja pulang dari rumah, Khairul terus gegas mandi, makan dan solat sebelum membaringkan tubuhnya yang penat itu ke atas cadar katilnya. Pemikirannya berulang-alik dan teringat-ingatkan wajah takut Aqilah. Hatinya juga berdenyut pedih setiap kali dia mengingati peristiwa tersebut. Tidak pernah sesiapa membuatkan budak ganas sekolah, Khairul Naim, berasa kesal atas kesalahannya itu.

'Sebab dia budam baru, kot...?' Khairul cuba untuk menyebabkan. Tetapi sebab itu rasa tidak munasabah kepadanya.

Mengalihkan pandangan daripada kipas siling berpusing itu, dia kemudian memerhatikan telefon pintar yang sedang terlantang di sebelah kirinya itu. Memandang kipas siling sahaja membuatkan Khairul berasa bosan, maka dia mencapai tangannya kearah telefon pintar tersebut dan membuka pin sebelum menekan butang aplikasi 'Instagram'. Profil Khairul berada di pandangan. Dia tidak mempunyai banyak follower apatah lagi post. Dia tukar akaunnya ke private kerana berasa tidak penting baginya untuk membukanya sebagai public.

Hanya beberapa orang sahaja yang telah mesejnya di dalam aplikasi tersebut dan antaranya ialah Muiz, kawan setianya yang sudah lama bersamanya sejak budak kecil lagi. Khairul menghebus nafas lembut sebelum memeriksa apa yang telah di mesejnya oleh Muiz itu. Menekankan profil kawannya itu, terus aplilasi tersebut membawanya ke chat mereka yang berakhir baru sahaja pagi tadi sebelum sekolah.

'Weyh, cuba check gambar ni. Nampak something lain tak?' Muiz berkata.

"Something yang lain...?" gutis Khairul di dalam nafasnya dengan perlahan. Matanya bergerak kepada gambar yang telah Muiz hantarkan kepadanya.

Pada mulanya, tidak ada yang lain pun, semuanya gambar rakan sekelasnya seperti biasa. Tetapi, kemudian Khairul dapat menangkap sesuatu yang janggal di dalam gambar tersebut. Khairul membesarkan gambar itu dan menatap wajah pelajar baru di dalam kelasnya itu. Wajah bidadari yang berputih-putihan dan suci itu tertatap di muka skrinnya itu. Tudung putih yang labuh lagi kemas menutupi dada dan separuh legannya. Senyuman manis yang dapat memikat semua orang di dalam kelasnya. Khairul berasa terikat dengan Aqilah ini tetapi tidak akan mungkin dia mengaku tentang itu.

Khairul tergamam dan berpucat apabila ibunya memasuki bilik miliknya tanpa mengetuk dahulu seperti biasa dengan senyuman ayu terpapar di bibirnya. Khairul gegas meletakkan telefonnya ke atas katil dengan pipi yang bermerah-merahan.

"Kai, kamu nak tak buah epal? Mak dah potongkan ni," ibunya bertanya lembut sambil menghulurkan sebuah mangkuk kecil ke arah anak tunggal lelakinya.

Muka Khairul bertambah merah-kemerahannya akibat mahu menahan malu terhadap peristiwa sebentar tadi. Kemudiannya, dia menggeleng laju. "T-Tak nak! Kai dah kenyang!" Khairul menolak ajakan ibunya. Mukanya bertambah merah apabila ibunya menaikkan salah satu bulu keningnya.

Ibu Khairul menyandarkan tubuhnya ke dinding sambil memandang anaknya dengan pelik. "Kamu ni dah kenapa? Muka merah semacam."

"M-Mana ada, ma! Cuma panas sikit je!"

"Panas? Dah bukak aircond pun panas lagi?"

"Haah! Kai ada kulit sensitif!"

Ibunya mencuit bibirnya ke hadapan. "Sejak bila kamu ada kulit sensitif ni? Tak pernah tahu pun."

Khairul menggaru belakang kepalanya yang tak gatal itu, pipi masih merah-kemerahan. "Baru-baru je, ma."

Ibu Khairul menggeleng kepalanya sambil menghembus nafas. Dia kemudian berjalan ke arah meja belajar Khairul yang bersebelahan dengan katilnya itu dan meletakkan mangkuk tersebut di atas meja. Khairul tidak membuat pandangan mata dengan ibunya kerana mukanya masih berasa panas dan hatinya berdegup laju.

"Kamu ni... Jarang-jarang sakit. Ada termakan apa-apa ke?" ibunya bertanya dengan risau, menatap pipi anaknya dengan lembut.

Khairul tidak berganjak dan hanya membiarkan ibunya menatap wajahnya. "Khairul tak sakit lah, ma. Panas je."

"Hm, ye lah. Dah, masuk tidur. Dah lambat ni."

Khairul mengangguk kepalanya dan membaringkan badannya semula ke atas katil. Ibunya mengucup lembut dahin anaknya sebelum bergerak ke arah pintu. Tetapi sebelum itu, telefon milik Khairul terlanggar dengan kakinya. Ibu Khairul mengangkat telefon pintar tersebut dan menganilisisnya. Mata ibu Khairul terbuntang luas apabila matanya melihat gambar seorang gadis yang mempunyai wajah yang suci di zoomkan oleh anaknya. Satu senyuman sinis dibuat oleh ibunya.

"Kai... suka kat sesiapa ke?" ibunya bertanya.

Muka Khairul mula bermerah-kemerahan kembali dan menggelengkan kepalanya dengan pantas. "M-Mana ada! Ma ni memandai je! Dah lah! Kai nak tidur!" Kai merengus sebelum menyelimutkan dirinya dari kepala sehingga ke jari kakinya.

Ibunya tersenyum sinis dengan karenah anak lelakinya. Ibunya meletakkan telefon pintar anaknya di atas meja belajar Khairul lalu keluar dari bilik anaknya, menutup lampu dan kipas. Senyuman yand berada di bibirnya masih tidak pudar apabila dia melangkah ke kamarnya dimana suaminya sedang baca novel diatas katil. Suaminya menjungkit salah satu keningnya apabila tengok karenah isterinya itu.

"Sayang ni dah kenapa sengih-sengih?" dia bertanya lembut.

Isterinya melajukan kakinya lalu dia duduk sebelahya diatas katil. Isterinya itu memeluk lengannya dengan manja, membuatkan si suami bertambah persoalaan. Isterinya memandang mukanya dengan senyuman yang lebar.

"Abang nak cucu tak?" si ibu menanya.

Suaminya hampur tersedak dengan persoalaan si isteri. Malah, dia meletakkan novelnya di atas kedua pehanya. "Kamu jangan memandai. Anak kita masih 17 tahu," dia memberitahu. Isterinya mencebik.

"Alah, boleh je kahwin muda. Kai pun dah ada seseorang yang dia minat," pujuk si isteri.

"Kamu ni... Dia minat aje, bukannya ada niat nak kahwin pun. Lagipun baru bulan kedua, takkanlah secepat tu niat dia?" terang si suami.

Jari si ister mula meraih lengan suaminya dengan manja. Senyuman sinis masih terukir dibibirnya. "Mana tahu lah kan? Mungkin dah lama dia suka and cuma kita je yang tak tahu? Hah..." isterinya mengangguk.

Si suami hanya melayan karenah isterinya dan mengangguk, meninggalkan satu kucupan manis di dahi isterinya. Isterinya memeluk erat lengan si suami dan sambung bercerita betapa cantiknya wanita muda di dalam telefon Khairul sebentar tadi.

Keesokan pagi mula mencerah. Khairul memandang luar tingkap dengan malas. Dangunya diletakkan di atas telapak tangannya. Matanya pula memandang pokok-pokok yang berhanyun kiri dan kanan dengan malasnya. Perasaan bosan mula menghidapnya. Baru sahaja jam bertukar 7.45 pagi, dia mula berasa kesal kerana tidak membuat alasan untuk ponteng sekolah. Tetapi, dia mula ingat semula bahawa dia akan mengambil peperiksaan SPM tahun itu, jadi niatnya tadi dimatikan.

Kedengaran pintu dibuka dan ditutup. Satu kelibat kecil mula melangkah jalan kearahnya. Dengan sekali imbas, dia menampakkan bahawa budak baharu semalam duduk di kerusi kosong sebelahnya. Khairul cepat-cepat mengalihkan pandangannya daripada si Aqilah.

"Selamat pagi," Aqilah menegur.

Khairul buat tidak tahu dan tidak membalas teguran Aqilah. Tindakan Khairul membuatkan Aqilah berasa gelisah. Adakah dia tidak mendengar tegurannya tadi? Adakah suaranya terlampau perlahan? Malunya!

Aqilah tidak cuba untuk menegur lelaki disebelahnya lagi dan terus buat hal sendiri. Pipinya merah-kemerahan kerana berasa malu akan tegurannya tidak disahut. Rasa lagi awkward pun ada! Jadi, Aqilah mengeluh kecil dan mula mengeluarkan kerja rumahnya yang hampir siap itu.

Khairul sambung untuk buat tak endah dengan wanita muda disebelahnya. Hatinya berasa berat dan ketat tiba-tiba. Mungkin dia memang berasa sakit.

"A-Awak..." satu suara lembut menegur lelaki tersebut.

Khairul menjeleng kearah perempuan tersebut. Muka perempuan itu terlampau merah seperti tomato.

"Boleh tak Qilah nak pinjam satu pensel...?" dia bertanya perlahan.

Khairul menjeleng dekat dia dan mengambil sebuah pensel buruk yang tidak dipakainya lagi sebelum mencampakkan ke arahnya. Aqilah tidak sempat menyambut lalu pensel itu jatuh dan bergolek di atas lantai.

"...Thank you," balas Aqilah sebelum membangunkan tubuhnya untuk mengambil pensel yang terjatuh tadi.

Aqilah duduk semula di atas kerusinya dan terus sambung kerja rumahnya tadi. Khairul malas untuk melayan karenah Aqilah lalu sambung memerhatikan apa yang ada di luar tingkap.

Pada sekitar jam 7.55 pagi, murid dikelasnya makin bertambah. Kelas yang tadi sunyi telah menjadi riuh rendah. Khairul pula menjadi dingin terlebih kerana dia tidak suka bunyi yang menyampah baginya.

"Terima kasih, awak," Aqilah menghulurkan semula pensel milik Khairul tadi.

Khairul memandang pensel tersebut sebelum memandang keluar tingkap semula. "Kau simpan. Pensel buruk tu serupa dengan muka kau," dia membalas kejam.

Aqilah mengangguk dan simpan pensel tersebut dalam bawah mejanya. Dia mengeluh lembut. Apakah salahnya lagi yang boleh membuatkan mood Khairul bertambah lebih dingin?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience