BAB 2

Romance Completed 12106

“ Kami fikir biar masing-masing berkenalan dulu dengan hati budi
masing-masing,”

“ Ha…elok benarlah tu!,” terus je mak menyampuk. Abah dah geleng kepala
sambil tersenyum, tahu Ain masih belum habis bicaranya.

“ Mak, dengar dulu… Ain tak sudah cakap lagi,” Ain dah masuk mode tegas.
Pantang kalau ada menyampuk time-time orang tengah serius ni.

“ Ye…ye.. Mak dengar..,”

“ Kalau lepas kami dah kenal, kami masih tak rasa serasi, mak, abah atau
mak cik Siti tak boleh paksa kami kahwin jugak!,” tegas Ain bersuara.

“ Cikgu Ain, janganlah garang sangat! Kamu kat rumah ni, bukan di
sekolah…,” sempat lagi abah mengusik.

Ashraf keliru. Cikgu? Kata mak, Ain tu budak kampung, yang tak buat
apa-apa habis SPM. Biar betul cikgu. Dress code memang kampung habis!
Takkan aku kena kelentong dengan mak sendiri kot.

“ Abah ni… mana ada orang garang!,” Ain dah merajuk manja sama abahnya.
Yang lain hanya tertawa geli hati.

“ Baiklah, kalau tu yang kamu berdua setuju, kami takkan halang. Kak
Siti, kalau ada jodoh budak berdua ni, kita berbesanlah ye, Insyaallah.
Sama-samalah kita doa, semoga baik jadinya,” kata-kata abah memenuhi
ruang itu. Pn. Siti angguk tanda bersetuju.

Satu ciuman kudus hinggap di dahi Ain. Ain terkesima! Melihatkan wajah
Pn. Siti yang begitu mengharap, membuatkan hatinya terasa sayu.

“ Maafkan Ain mak cik!,” ucapnya perlahan. Pn. Siti tersenyum.

“ Mak cik tak nak dengar ucapan maaf ni. Apa yang mak cik nak dengar,
berita gembira dari kamu berdua,” Ain semakin dihimpit rasa bersalah.

“ Jangan terlalu berharap mak cik… nanti Ain rasa bersalah, Ain tak
boleh nak paksa perasaan ni…,” ucapnya bersungguh-sungguh.

“ Mak cik tahu, kamu ni berhati lembut. Yang keras tu kat sana tu hah!,”
dijeling sekilas pada Ashraf yang duduk di atas sofa. “ Mak cik yakin
dia akan setuju, kalau kamu pandai ambil hati dia. Pikat dia secara
semula jadi, dia mesti suka tu. Mak cik dah lama berkenankan kamu,
Insyaallah ada jodoh Ain jadi menantu mak cik,” bisikan Pn. Siti
benar-benar mengusik jiwa Ain. Dia tersenyum nipis sambil membuang
pandang ke wajah Ashraf yang setia membalas renungan matanya.

Selesai solat Asar, Pn. Siti dan Ashraf berkemas-kemas mahu berangkat ke
kota. Enjin kereta telah dihidupkan, tetapiemaknya masih di dalam rumah.
‘Tak sampai hati nak tinggalkan kampung ke mak?,’ desisnya.

Kelihatan Ain keluar dari pintu belakang dengan bungkusan di tangan.
Diamati gadis itu, dengan baju kurung berwarna coklat, berbunga-bunga
kecil dipadankan dengan tudung bawal putih. Jelas amat kekampungan
gayanya itu. Gadis itu melangkah ke arahnya dengan senyuman tidak lekang
di bibirnya.

“ Apa ni?,” soalnya pada Ain.

“ Mak bekalkan lauk and some…,” perlahan saja bunyi hujungnya. Ain
kenapa terlepas and pulak dah…

“ Ada lauk sikit, boleh makan dalam perjalanan nanti,” ayat disusun
dengan lebih berhati-hati. Dilihatnya, Ashraf macam tak perasan je. Dia
lebih sibuk melayan handphone di tangannya.

“ Berapa nombor?,” soal Ashraf.

“ Nombor apa?,” Ain berlagak blur. Macamlah tak tau nombor apa, confirm
dia minta nombor handset. Orang kat dalam rumah tu dah beratus kali duk
pesan.

Ashraf tak menjawab, sebaliknya dilayangkan handset di pandangan mata Ain.

“ Orang mana ada telefon bimbit, telefon rumah adalah….,” Ain ketawa
dalam hati. Ashraf dah berkerut dahi.

“ Jangan nak kelentong, bagi cepat,” gesanya. Ain mencebik. Ek eleh,
orang Bandar, janganlah kerek sangat.

“ 04-6455266,” Ain tersenyum puas menatap wajah Ashraf. Jelas terserlah
ketidakpuas hatian di situ.

“ Elok-elok la….,” Ashraf bengang. Nak main-main pulak budak, ketuk
dengan penukul kang!

“ 012-4646464,” sekali lagi Ashraf menjeling.

“ Main-main ek!,”

“ Mana ada, serius la. Nombor saya la tu….cuba telefon,mesti bunyi
deringtu,” Ashraf masih lagi dengan pandangan tidak percaya, namun
ditekan juga butang hijau untuk dail. Deringan masuk. Betullah tu.

“ Nasib masuk line!,” Ain dah get ready nak chow. Satu.. dua..tiga…

“ Memanglah, sebab tu nombor abah….,” pecut. Ashraf dah jegil biji mata.
Ya Allah, sabar jelah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience