BAB 6

Romance Completed 12106

“ We need to talk!,” ucap Ashraf tegas. Ain dah telan liur. Kenapa?
Ingatkan mak cik Siti cakap mamat kerek ni pergi outstation, sebab
tulah aku datang. Lain pulak jadinya…. Mak cik Siti, tolong Ain!

“ Who are you?,” soal Ashraf dengan nada yang sangat tegas. Ain nak
tayang gigi pun kena fikir berjuta kali. Ain mencuri pandang Ashraf yang
berdiri betul-betul berhadapan dengannya. Pandangannya sangat tajam dan
menikam. Aduh Ain! Apa yang aku nak kelentong ni? Jangan-jangan… jangan
berbohong Ain, nanti memakan diri sendiri.

“ Ainnur… just tell me the truth!,” suara Ashraf masih tegang. Entah
kenapa, otak ini terasa beku sebentar. Tak dapat nak berfikir dengan
logik. Apa perlunya dirahsiakan identiti Ain yang sebenar? Apa
faedahnya? Tak dapat dikenal pasti.

“ I have reason for all this. Saya cuma tak nak awak pandang rendah
pada gadis kampung macam saya…or should I say, don’t you ever
underestimate people without knowing the person!,” Ain mendapat
semangat untuk bersuara. Mamat kerek macam Ashraf ni perlu diberi
teladan. Ashraf kerut dahi. Underestimate? Siapa yang dia
underestimate? Tak dapat nak proses lagi. Otak dah beku.

“ You need my help to refresh the memory?,” soal Ain lagi. Ashraf
sekadar pandang kosong. Ain yang tadi kelihatan gelabah, tiba-tiba dapat
semangat nak berbicara. You impress me gadis kampung.

“ Okey, mari kita tengok flashback satu-satu…,” Ain bersuara lagi. “
Masa mak awak tunjuk gambar untuk merisik, you say… typical kampung
girl, I bet she wont be my perfect match in any terms,” berubah wajah
Ashraf mendengar ayat yang diucapkannya, kini didengarkan kembali
padanya. Takkan dia berkata begitu pada Ain? Ah, aku tak kenal dia masa
tu. Memang la aku akan create macam-macam alasan sebab nak elak dari
kena paksa kahwin. Itu pun nak kecoh-kecoh ke? Namun, kata-kata itu
setakat terluah dalam hati. Hakikatnya, Ashraf masih mendiamkan diri.

“ hari awak datang merisik… you saw me, for the first time. Again you
say… typical kampung girl, she wont even able to speak simple English.
How will I bring her to meet my friend… mak please end this crab!,”
sekali lagi ayat yang diucapkannya berulang tayang. Apa pulak alasan aku
untuk ini? Ligat Ashraf berfikir.

“ So, knowing me.. the real me, what do you think?,” soal Ain sinis.
Ashraf tersenyum kelat. Terasa betapa biadapnya diri melepaskan
kata-kata sebegitu depan tuan punya badan. Walaupun orang tu tak faham
sekalipun, dia tidak patut mengeluarkan kata-kata sedemikian rupa.

“ It was my fault… saya minta maaf. My bad,” pinta Ashraf ikhlas. “
Saya tak patut cakap macam tu semua. Percayalah, saya buat macam tu
bukan sebab saya pandang rendah kat awak… bukan sebab awak gadis
kampung. Percayalah… saya bukannya kacang lupakan kulit, saya takkan
lupakan asal- usul saya jugak. Anak yang berendam dengan lumpur sawah
jugak…,” sambung Ashraf lagi.

Ain pula dah pelik. Bukan sebab pandang rendah? Habis tu, cakap main
ikut sedap mulut bukan pandang rendah kat orang lain ke namanya. Macam
tu la yang dia dengar dari Puan Siti. Takkan salah informasi kot. Mustahil.

“ Sebab apa?,” soal Ain. Nak clearkan semua benda.

“ Saya tak nak kahwin lagi. Sebab tu saya create macam-macam alasan,
macam-macam komen saya bagi… tapi langsung tak jalan dengan keras kepala
mak. Lastly, sampailah kita berkenalan ni…,” Ain tersenyum kelat.
Kenapa story yang aku dengar lain dari yang lain. Puan Siti pun dah
salah faham dengan anak sendiri ke?

“ Tapi awak tak payah risau dah lepas ni…,” suara Ashraf kembali
menyinggah gegendang.

“ Risau kenapa?,” lurus Ain bertanya.

“ Sebab saya dah buat keputusan pasal hubungan kita,” ucap Ashraf
serius. Namun Ain masih berwajah selamba.

“ Tak rasa risau ke?,” soal Ashraf pelik. Wajah Ain seolah-olah tidak
beriak. Tak fikir langsung pasal future kami. Aik, sejak bila jadi
kami Ashraf? Sejak dari hari pertama lagi. Dalam diam hati sudah
berbunga cinta lestari. Tapi bukan dengan Ain version baru ni,
perasaan tu dah ada untuk Ain dalam versi totally kampung style.

“ Nak risau kenapa pulak? Awak memang confirm akan pilih saya, betul
tak?,” ucap Ain selamba sambil tersengih nakal. Ashraf terkaku sebentar.
Suppose, aksi dan kata-kata ni lahir dari bibir aku. Kenapa, terbalik
pulak!

“ I’m your perfect match, right?,” tambah Ain lagi sambil mengeyit
mata. Ashraf perlahan-lahan menarik senyum di bibir. Bakal isteri aku ni
nakal jugak ye. Wah, sudah nobat bakal isteri. Insyaallah. Dia terus
tersenyum sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience