BAB 5

Romance Completed 12106

Matanya tertancap pada wajah puan Siti yang cekap memotong daun pisang
itu. Katanya nak buat tepung pelita dan kata mak jugak, ada tetamu
istimewa hari ni. Siapa? Bila ditanya, suruh aku tunggu dan lihat.

“ Mak, sapa yang nak datang? Kenapa yang suspen sangat ni?,” soalnya
lagi, mencuba nasib.

“ Adalah!,” puan Siti membalas dengan kerek. Ashraf tergamam. Huk aloh!
Kerek pulak mak aku ni.

“ Patutnya dah sampai ni, kenapa lambat pulak,” puan Siti berkata-kata
sendiri sambil pandangannya silih berganti pada muka pintu dan jam di
dinding.

“ Assalamualaikum….,” kedengaran salam diberi. Terus berbunga senyuman
wajahnya. Tergesa-gesa dia meluru ke arah pintu. Ashraf hanya diam
memerhatikan gelagat yang dipersembahkan oleh puan Siti.

“ Masuk, masuk…. eh, datangnya berempat je? Cakap semalam berlima,”
suara puan Siti kedengaran ceria. Ashraf masih belum melihat siapakah
gerangan tetamu itu.

“Dia ada kenduri, so tak dapat nak ikut kami,” suara itu! Terus sahaja
mata Ashraf menangkap wajah Ain melangkah masuk ke dalam rumah itu.
Sekuntum senyuman mekar di bibir gadis itu. Sudah masuk tiga minggu
mereka tidak berhubungan, Ashraf makin bingung dan keliru memikirkan
siapa Ainnur ni?

Langkah Ain turut mati di situ apabila pandangannya bersatu dengan
Ashraf. Jantungnya dah berdegup pantas, takut! Namun melihatkan Ashraf
menghadiahkan senyuman manis buatnya, rasa macam kena simbah dengan ais
pulak, lega!

“ Hai, sihat?,” soal Ashraf mesra. Jaga kau Ain, kau main-mainkan aku
hidup-hidup!

“ Alhamdulillah…,” Ain turut tersenyum. Eleh mamat kerek, aku rasa aku
masih berpeluang lagi nak tanam kau hidup-hidup!

“ Teacher, this is your fiancé?,” soal Maisarah. Ain dah menjegilkan
biji matanya. Anak murid aku yang sorang ni, time suruh praktis speaking
tak nak! Kat sini jugak dia mengada-ngada nak test skill English dia.
Elok aku tengah baik hati ajak diorang berjalan ke sini, tinggalkan
terus baru padan muka!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience