BAB 3

Romance Completed 12106

- Kampung girl!

Ain kerut dahi, siapa ni malam-malam buta hantar mesej. ‘Budak kampung….,’

+ May I know,who’s the person nex door? Sy xde no. ni…awk salah org kot!

- Kampung girl!speaking?!my2x…u impress me…

Ain pelik, dia ni kenal aku ke. Kenapa asyik sebut kampung girl….

+ Sapa ni? Seriously I don hv dis no. if u really know me, then let me
know who r u? if not, sekadar nk kacau2 or wateva, pls stop sending me msg!

- Saya la…

+ Saya tu xbernama ke?sapa?

- Ashraf Muslim…haha…juz kidding! ;)

Ain tersentak. Ya Allah….kenapa tak menjadi plan aku. Dah terkantoi
awal-awal. Tiba telefon berbunyi. Nombor yang sama. Alamak!

“ Assalamualaikum…Ain…,” lembut suara itu menyapa.

“ Waalaikumsalam, err…rr… Ain dah tidur!,” logik tak jawapan ni.

“ Tapi dia reply mesej saya,”

“ Saya yang tolong reply, sebab Ain susah sikit nak layan nombor yang
tak dikenali,” lagi la nampak tak logik.

“ Owh…yeke! Takpelah…bagi tahu dia, Ashraf call. Assalamualaikum,”
talian terputus. Ain terkebil-kebil tidak percaya. Walawei…dia percaya
cakap aku! Biar betul? Takkan tak cam suara kot. Tapi…baguslah kalau
macam tu. Bolehlah aku teruskan my master plan.

Ain tersenyum sendiri.

*****

“ Mak, Ain tu betul ke tak kerja?,” soal Ashraf musykil. Sejak balasan
sms tempoh hari dia masih lagi tidak menghubungi Ain. Otak ni dah
pusing, asyik fikirkan logik jawapan yang diberi oleh tukang jawab
telefon pada malam tu.

Pn. Siti buat acuh tidak acuh melayan soalan itu. Hari tu, katanya tak
berkenan. Hari ni tiba-tiba berminat pulak dengan soal pasal Ain.

“ Kenapa?,” diajukan balik soalan pada anaknya.

“ Ashraf pelik… mak cakap dia tak kerja. Belajar pun setakat SPM je.
Tapi macam terdengar hari tu, abahnya kata Ain ni cikgu, betul ke mak?
Mak kelentong saya ye?,” soal Ashraf tidak puas hati. Dia kena dapat
jawapan hari ni jugak.

“ Betullah apa yang mak cakapkan dulu…,” malas saja Pn. Siti membalas.
Terus sahaja dia bangun menuju ke dapur, meninggalkan Ashraf yang
semakin pening memikirkan hal ini.

Pantas tangan Ashraf menekan punat di telefon. Aku dah tak boleh fikir
dan penat memikir andaian yang tak berapa nak munasabah ni.

- Ain!

Tidak sampai beberapa minit, mesejnya berbalas.

+ ada apa2 yg bisa dibantu?

Spontan Ashraf tersenyum.

- banyak yg perlu dibantu. Sibuk ke?

+ tak la sibuk sangat, nak tlg apa?

- saya nak call bleh?

+ boleh je, tapi xblh lama2.

Terus je nombor didail.

“ Kenapa?,” suara Ain kedengaran. Suara yang sama!

“ Tengah buat apa?,” itu pulak soalan yang keluar dari mulut Ashraf.

“ saya tak buat apa-apa pun. Cakap nak minta tolong, tolong apa?,”

“ Takde apa. Saja je, nak sembang dengan awak. Kita kan dalam proses
pengenalan,” Ashraf tersenyum mengusik.

“ Oh.Ok, cakaplah… tapi sekejap je..,” jawapan itu membuatkan kening
Ashraf berkerut.

“ Kenapa?,” dia kalau boleh, hendak cuba mencungkil rahsia yang cuba
disembunyikan oleh semua darinya.

“ Saya ada janji dengan orang…,” pendek saja jawapan Ain.

“ Siapa? Boyfriend?,” soalnya dengan nada cemburu. Cemburukah aku
kalau Ain ada teman lelaki? Bukankah akan lebih mudah kerjanya untuk
menolak lamaran ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience