BAB 6

Romance Completed 40727

“Happy birthday Yana!” ucap Jaja sewaktu aku melangkah masuk ke dalam kelas. Beberapa orang temanku turut mengucapkan benda yang sama.

“Selamat Ulang Tahun!”

Aku segera berpaling apabila mendengar satu suara dari arah berlakang. Aku terkesima apabila melihat Faris menghulurkan hadiah kepadaku.

Aku dengan pantas menarik tangannya untuk membawa ke luar kelas apabila mendengar usikan daripada teman sekelasnya.

“Sapa yang bagi tahu awak hari ni hari jadi saya?” soalku. Faris hanya tersenyum. Senyumannya tak kubalas.

“Itu tak penting tapi yang penting sempena birthday awak ni saya nak ambik kesempatan untuk minta maaf dan saya harap kita boleh jadi kawan. Pastikan awak bukak kat bilik nanti okay,” katanya lalu berlalu meninggalkan aku yang masih kebingungan.

Tiba – tiba aku teringat akan sesuatu. Pantas aku meninggalkan kelas yang baru saja hendak bermula. Di pertengahan jalan aku bertemu dengan Liza dan aku mengajaknya balik ke bilik dengan segera kerana ada sesuatu yang penting ingin aku katakan.

“Kau ni ponteng kelas ke? Tak pernah – pernah kau buat macam ni...”

“Liza, kau ada jumpa Kelly tak tadi?” aku memintas kata – kata Liza. Liza mengerutkan dahinya seolah – olah mengingatkan sesuatu.

“Tadi aku nampak dia sembang dengan tilla, budak junior tu. Kenapa kau tanya pasal dia?”

Mendengar pertanyaan Liza membuatkan aku mengeluarkan hadiah yang diberi oleh Faris sebentar tadi.

“Macam hadiah yang kau dapat masa birthday kau last year! Kelly kan yang jadi wakil peminat kau tu untuk serahkan hadiah pada kau selama ni?” sekali lagi Liza bertanya.

Aku tak segera menjawab sebaliknya aku mengeluarkan empat kotak hadiah yang berbalut dengan keratan majalah yang masih belum dibuka dari almari kecilku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience