BAB 3

Romance Completed 40727

Petang itu aku menemani Liza mejalani latihan di stadium mini kolej. Tapi aku agak terkejut apabila terdapat beberapa kelompok pelajar perempuan berkumpul di situ.

‘Ada game ke petang ni?’ Bisik hati kecilku.

Liza tiba – tiba muncul di sebelahku. Tak lari lagi dah rehat ke?

“Dah habis latihan or kau rehat ni?” soalku ingin tahu.

“Jadual ditukar hari ni, atlet lelaki yang training. Esok baru kita orang,” jelas Liza.

Oh, patut pun ramai kaum hawa berkumpul di sini.

#######

“Kau tahu Hans, last week masa aku makan kat café aku dilanggar oleh sorang minah ni. Boleh dia cakap aku ni buta. Aku rasa dia yang buta sebab tengok aku ni hensem sangat sampai membutakan mata dia.”

Berdesing telingaku mendengar suara yang begitu aku anti sejak peristiwa di café tempoh hari. Bila aku berpaling, kelihatan Faris sedang duduk bersama beberapa orang temannya.

Liza memberi isyarat supaya aku bersabar. Sabar Yana! Sabar!

“Bro, aku nak tanya sikit. Awek yang langgar kau tu cantik tak?” tanya salah sorang daripada rakannya. Faris menjeling ke arahku dan yang pasti jelingannya ku balas dengan tajam macam pisau.

“Orang perempuan tak elok cakap kasar – kasar. Betul kan Mirul?” sindir Faris lagi sewaktu mereka bergerak menuju ke depan. Nampak gayanya kali ni aku dah tak boleh nak sabar dah!

“Yang awak nak sindir saya ni kenapa hah??” Sergahku lalu berdiri. Semua mata mula tertumpu kepadaku.

“Eh, yang awak terasa pulak kenapa?” Faris pula bertanya.

Geramnya dengan dia ni. Macam nak tampar je muka dia. Tapi bila tengok muka dia yang hensem tu kesian pulak aku. Tak apalah Yana, sabar je. Pujukku di dalam hati. Aku pantas melangkah meninggalkan stadium dan tak lama selepas itu aku terdengar…

“Faris! Faris! Faris!” sorak pelajar perempuan. Aku berpaling ke balapan. Rupa – rupanya dia tu atlet juga. Lari 100 meter pulak tu. Harap – harap kau kalah Faris! Doaku dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience