BAB 5

Romance Completed 40727

Aku dapat lihat kelibat Faris dengan dua orang rakannya. Ingin saja aku berpatah balik namun hasratku mati apabila mereka bertiga sudah begitu hampir denganku.

“Beri laluan, beri laluan,” terdengar suara Faris menyindirku. Langkahku mati dengan sendirinya.

“Jangan nak sindir – sindir!” kataku sedikit keras. Faris menghampiriku dan berdiri betul – betul dibelakangku. Kedua – dua temannya sudah pun meninggalkan kami berdua.

“Tak boleh ke kalau cakap tu lembut sikit?” bisiknya hampir ditelingaku.

Aku tersentak dan tanpa disengaja aku tertoleh ke belakang dan dahiku terkena bibirnya. Faris mengaduh kesakitan.

‘Padan muka!’ Kutukku di dalam hati. Aku terus melangkah meninggalkan Faris yang masih menahan kesakitan.

“Eh awak!!” jerit Faris kuat. Aku berpaling. Kelihatan dia berlari menghampiriku. Ada apa lagi ni?

“Awak ni tak tahu nak minta maaf ke? Dah lah hari tu langgar saya, hari ni cederakan bibir saya pulak tu!”

“Padan muka awak! Itu belum awak makan penampar saya lagi!” kataku dengan berani. Hampir terbeliak mata Faris mendengar kelancangan mulutku.

“So, awak tak nak minta maaf lah ni?”

“Tak!!” jawabku pantas berlalu.

Sejak peristiwa itu, hubungan aku dengan Faris menjadi semakin dingin. Pantang berjumpa pasti ada saja pergaduhan yang tercetus. Yang paling menyakitkan hatiku bila Faris yang selalu memulakan dulu pertengkaran antara kami berdua.

Tapi memandangkan hari ini merupakan hari jadiku, aku bercadang untuk mengelak berjumpa dengan Faris kerana aku tak mahu merosakan mood pada hari yang istimewa ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience