BAB 1

Romance Completed 40727

“Hai Yana!” tegur Liza yang tiba – tiba muncul di sebalik daun pintu bilik kami. Aku sedikit tersentak.

“Orang masuk bagi salam lah dulu, ini tidak. Nasib baik kawan kau ni tak ada penyakit jantung.” Ngomelku.

Liza hanya tersengih. Ingatkan nak mintak maaf tapi dia boleh buat tak layan jer apa yang aku cakap.

“Eh, kenapa kau tak datang tengok aku buat latihan sukan tadi? Aku rasa ini kali ke dua ratus aku tunggu kau datang tapi tak jugak muka kau muncul kat stadium.” Tanya Liza.

“Aku ada kelas ganti petang tadi. Last week kan Dr. Arman tak ada so dia ganti kelas petang tadi.”

“Ermm, yelah. Kejap lagi lepas aku mandi, aku solat kejap. Lepas tu kita pergi makan okay? Aku lapar ni,” ajaknya.

Aku hanya mengangguk kerana perutku juga mula berbunyi.

#######

Liza menghampiri tempat duduk berhampiran dengan pintu cafe dan aku pula pergi mendapatkan makanan. Dalam keadaan tenang aku berjalan, tiba – tiba aku dilanggar seseorang.

“Buta ke? Hari belum malam lagi dah tak nampak orang ke?” marahku sambil mengusap bahu yang terkena badan orang yang melanggar aku sebentar tadi.

“Eh, awak tu yang langgar saya dulu!”

“Jangan nak tipu ya! Awak tu yang jalan…” kata – kataku terhenti bila Liza mencelah.

“Kenapa ni Yana? Faris?”

Aku kehairanan. Bila masa pulak dia ni kenal mamat ni?? Tak kisah lah. Aku hanya nak mengatakan aku tak bersalah. Tak bersalah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience