BAB 2

Drama Series 556

“Mak rasa, baiklah kak long balik Kuala Lumpur. Di sini tiada apa untuk
kak long. Tambah sakit hati dan sakit jiwa sahaja, hari-hari kena
sindir, tahan ke kak long?” aju emak.

Aku terdiam. Aku baharu sahaja balik dari Kuala Lumpur. Ada sebab aku
pulang ke kampung. Semua orang tahu sebabnya. Sudah jadi viral di FB
tentang diriku. Lenyap sudah impianku, hilang sudah cita-citaku.
Segalanya jadi sampah atas perbuatanku sendiri. Musnah dijilat api tanpa
aku sedari. Jari-jemariku mati, fikiranku buntu untuk mengarang lagi.
Dalam mengejar populariti, aku melawan arus, aku redah air yang sedang
pasang lantaran kegelojohan ingin sampai ke seberang. Aku lupa, air yang
deras kadangkala mampu menghanyutkan.

“Mak tak suka along balik ke?” tanyaku hiba. Berdegup laju jantungku.
Resah hatiku, begitu sekalikah bencinya mereka kepadaku?

“Bukan tak suka? tapi, along kenalah faham,” ujar emak tanpa memandang
wajahku.

Aku memejamkan mataku seketika. Hancur luluh hatiku. Rumah itu aku
dirikan dengan duit yang aku perolehi sewaktu menulis karya itu. Karya
yang telah menghancurkan hidupku dalam sekelip mata. Siang malam aku
dicerca dan dihina, kata-kata nista ditumpahkan kepadaku. Mulanya tiada
penyesalan di hati. Pedulilah apa orang hendak kata, asalkan aku mampu
menjana populariti dikelilingi para peminat yang suka membaca tulisanku
itu. Aku alpa dan leka, nasihat kawan-kawanku pandang sepi, kubiarkan
mereka bernyanyi selagi daya, selagi ada suara. Sudah letih mereka pasti
membisu seribu bahasa, tiada lagi irama untuk dinyanyi dan dilagukan.
Itu tanggapanku. Rupanya lagu terus dinyanyikan, kali ini lebih lantang
dan keras. Jatuh terduduk aku dibuatnya. Terasa pecah dadaku.
Kawan-kawan yang dahulu kuanggap bagaikan keluarga sendiri juga
mengamuk, seolah-olah tujuh keturunan tidak akan berhenti.

“Baiklah mak, jika sudah itu kehendak mak dan adik-adik,” kataku lirih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience